“Mak tak sangka kamu boleh tipu mak!”
“Apa yang mak cakap ni? Andy tak faham.”
Tanpa dijemput, Puan Azie terus meluru masuk lalu menghenyakkan punggung ke sofa. Andy menutup pintu. Kemudian turut sama duduk menghadap ibunya. Terpinga-pinga dia memandang wajah Puan Azie yang merah padam.
“Mana Sindora? Mana perempuan penipu tu?” Melilau mata Puan Azie memandang semua sudut apartment Andy, namun tidak ditemui bayang Sindora.
“Apa ni mak? Siapa penipu?” soal Andy yang tidak tahu apa niat sebenar kedatangan ibunya secara tiba-tiba di tengah malam.
“Mak dah tahu semua. Mak dah tahu kenapa kau kahwin dengan Sindora,” beritahu Puan Azie dengan suara yang lantang. Tubuhnya menggigil kerana bahang kemarahan sudah mula menyelinap ke seluruh tubuh.
Andy tergamam. Jantungnya berdegup dengan kencang.
“Apa yang mak cakap ni?” Andy pura-pura tidak mengerti.
“Sanggup kamu tipu mak semata-mata kerana duit,” luah Puan Azie dengan rasa kesal. Cerita yang dia dengar betul-betul memeranjatkan. Kalau dia ada sakit jantung tentu sekarang dia berada di hospital.
“Mak janganlah percaya cakap-cakap orang. Semua tu tak betul,” sangkal Andy.
“Memang pada mulanya mak tak percaya. Tapi bila mak siasat ternyata kamu ada transfer duit ke akaun Sindora dua minggu sebelum kamu berkahwin. Now tell me, what excuses that you want to give?”
Andy menelan air liur. Dia tunduk. Tidak berani memandang wajah Puan Azie yang seperti singa lapar.
“Why? Why? Andy!” tengking Puan Azie.
Andy menghela nafas lalu meraup wajah. Memang dia bersalah kerana membohongi ibunya. Segala-galanya sudah terbongkar. Memang patut pun kalau Puan Azie naik angin.
Puan Azie masih tidak berpuas hati. Kebisuan yang ditunjukkan oleh Andy betul-betul menguji kesabarannya.
“Mana Sindora? Kalau kamu masih nak mendiamkan diri, mak sendiri akan tanya dia.”
“Mak, tolong jangan babitkan Sindora. Dia tak bersalah dalam perkara ni. Dia tak pernah paksa Andy. Saya yang nak bantu dia.” Andy akhirnya mengaku.
Puan Azie terpempan. Dia tidak faham kenapa Andy begitu mudah membuat keputusan tanpa berbincang terlebih dahulu kepadanya. Semua ini gara-gara Sindora. Andy sudah termakan pujuk rayu perempuan itu. Puan Azie merengus geram.
“Kamu masih nak bela perempuan tu. Dia gunakan kamu pun kamu tak sedar.”
Meluap-luap rasa marah terhadap Sindora. Dia mula berasa kesal kerana merestui perkahwinan mereka.
“Mak nak kamu ceraikan dia!” arah Puan Azie.
“Tidak mak. Saya takkan buat macam tu,” bantah Andy sambil menggeleng kepala.
“Kenapa pulak tidak? Bukan ke kamu kahwin dengan dia kerana nak dapatkan aset kamu? Sekarang tiada alasan lain untuk kamu bersama dengan dia lagi.”
“Dia cuma pinjam duit tu. Selagi dia tak pulangkan, selagi itu dia akan bersama saya.” Andy cuba memberi alasan.
“Lupakan sahaja. It’s up to her if she want to return back your money or not. It's doesn’t matter anymore,” tukas Puan Azie.
“It’s not about the money. I just can’t leave her…” Andy sudah terlepas cakap. Puan Azie memandang dengan rasa curiga.
“What are you trying to say Andy?”
Puan Azie menatap tajam kepada Andy yang hanya menikus. Mindanya sudah berfikir yang bukan-bukan. Melihat wajah Andy yang serba-salah, dia mengesyaki ada perkara lain yang cuba disembunyikan.
“Jangan-jangan kamu…”
“Bukan mak. Bukan pasal tu.” Andy dapat meneka apa yang cuba disampaikan oleh ibunya.
“Then, tell me.”
“Mak, boleh tak mak lupakan semua? Sindora…”
“Tidak!” ujar Puan Azie dengan tegas.
“Mak tak nak menantu yang tak ikhlas kahwin dengan anak mak. Sindora kahwin dengan kamu kerana duit. Dia hanya mengambil kesempatan terhadap kamu. Itu pun kamu tak boleh fikir ke Andy?”
“Sindora bukan macam tu, mak. Percayalah. Dia perempuan yang baik. Dia berbuat begitu kerana terpaksa,” jelas Andy cuba menyakinkan Puan Azie.
“Terpaksa kerana apa? Ada kamu tanya apa yang dah dibuat dengan duit tu?”
“Itu…saya tak pasti,” jawab Andy dengan teragak-agak.
“Kamu bagi dia duit macam tu aje?”
Andy mengangguk. Puan Azie menghela nafas.
“Sindora tak buat perkara yang salah mak. Tentu dia ada alasan yang kuat,” jelas Andy yang cuba membela Sindora.
“Walau apapun alasan, kamu tak sepatutnya percaya bulat-bulat. Kalau dia lari macam mana? Sekarang pun dia tak duduk dengan kamu kan?
“Entah-entah sekarang dia tengah bersuka ria dekat luar. Ada dia ingat dekat kamu? Kalau macam ni lah baik kamu tinggalkan dia.”
“Tidak mak. Saya tetap akan bersama dengan dia dan keputusan saya muktamad,” ujar Andy dengan tegas.
“Kamu dah kenapa, Andy? Dulu kamu tak macam ni. Pasal Sindora kamu dah pandai melawan mak,” ujar Puan Azie dengan suara yang meninggi. Hatinya bertambah panas dengan perangai Andy yang degil.
“Kenapa kamu tak boleh tinggalkan dia? Kamu dah buat apa dengan dia?”
“Saya tak buat apa-apa.” Andy mengeluh perlahan. Sukar untuk dia memberikan jawapan. Seperti ada batu yang tersekat di kerongkong.
“Kenapa dengan kamu ni? Kenapa jadi macam ni?” Puan Azie bertalu-talu melontarkan soalan.
“I’m in love with her,” ucap Andy akhirnya.
“Apa? Kamu…kenapa? Ya Allah!” Puan Azie mengucap panjang. Dia jadi tidak keruan. Dadanya berombak-ombak menahan rasa marah.
Puan Azie tidak menyangka Andy boleh jatuh cinta dengan perempuan yang berkahwin dengannya hanya kerana duit. Sudah hilang akalkah anaknya itu? Andy yang selama ini tidak pernah serius dengan mana-mana perempuan begitu mudah menyerah kepada perempuan seperti Sindora.
Tetapi bila Puan Azie fikir balik memang Sindora punya keistimewaan yang tersendiri. Berbudi bahasa, manja dan pandai mengambil hati. Dia sendiri sudah mula menyayangi Sindora. Tetapi di sebalik semua itu, rupa-rupanya Sindora hanya berpura-pura sahaja. Sakit hatinya mengenangkan perbuatan Sindora.
“Lupakan sahaja dia. Mak akan carikan kamu perempuan lain. Anna pun masih sayangkan kamu,” tutur Puan Azie dengan lembut. Mungkin dengan cara ini hati Andy akan cair.
“I don’t want other women,” bantah Andy dengan keras.
“Kamu tak sayang mak ke Andy?”
“Mak dah beri segala-galanya pada kamu. Syarikat, duit, semua dah jadi milik kamu yang sah. Segala kemahuan kamu, mak turutkan. Mak tidak pernah membantah apa yang kamu buat, apa yang kamu lakukan. Mak percayakan kamu, tapi kamu sanggup buat mak macam ni,” rintih Puan Azie sambil mengerling kepada Andy yang hanya membungkam.
“Mak minta sekali ini sahaja. Jangan hampakan mak, Andy.”
Tersentuh hati Andy mendengar rayuan ibunya. Tetapi payah untuk dia membuat keputusan. Perasaan terhadap Sindora sudah menebal. Sukar untuk dikikis dari hati.
“Mak, terima kasih atas segala-galanya. Andy tidak mungkin dapat melupakan apa yang telah mak berikan. Selama ini pun Andy patuh dengan kata-kata mak sebab Andy sayang sangat dengan mak,” ucap Andy dengan syahdu. Tangan Puan Azie dicapai lalu di kucup. Puan Azie mengusap lembut rambut anak kesayangannya itu.
“Tapi…” Andy menelan air liur sebelum meneruskan kata-kata.
“Tolonglah, mak. Jangan pisahkan saya dengan Sindora. Mak nak tengok saya mati ke?”
“Andy!!” jerit Puan Azie. Ucapan Andy telah membuat dia terkejut besar. Matanya mencerlung memandang Andy. Ada air jernih bergenang di kelopak mata anaknya.
Ya Allah, apa yang dah jadi pada anak aku? Keluh Puan Azie. Sebelum ini dia tidak pernah melihat Andy berasa begitu tertekan. Andy sanggup menentangnya hanya semata-mata kerana seorang perempuan. Hati Andy sukar untuk dilentur lagi. Puan Azie sungguh-sungguh kecewa. Ada rasa sayu menusuk dalam sanubari.
Puan Azie melepaskan tangan Andy. Tanpa kata dia bingkas bangun dan melangkah keluar.
“Mak!” panggil Andy tetapi Puan Azie terus berlalu tanpa berpaling.
Andy menyandarkan kepala ke sofa. Dia merenung kosong ke muka pintu. Kali terakhir dia melihat bayang ibunya di situ. Andy tahu keputusan yang dibuat telah memberi tamparan hebat kepada ibunya. Dia telah membuat hati ibunya terluka.
Ampunkan Andy, mak. Tiba-tiba dia berasa sebak. Air mata yang cuba ditahan mengalir jua membasahi pipi.
***********************************************
“Do you really want to go out today?”
Sindora mengangguk perlahan.
“Awak nak pergi mana?”
Sindora mengangkat bahu.
“Kalau macam tu kita pergi Danga Bay. Ok tak?”
Sindora mengangguk lagi. Sebenarnya dia sedang memikirkan sesuatu. Dalam hatinya tertanya-tanya, kenapa Andy tidak menghantar SMS seperti selalu. Selalunya walaupun dia tidak membalas, Andy tetap juga bertanya khabar. Tetapi sejak semalam, telefon bimbitnya langsung tidak menerima panggilan atau mesej. Mungkin Andy sudah berputus asa, mungkin Andy telah lupa akan dirinya, tebak Sindora dalam hati. Dia menjadi gundah.
“Kenapa Sin?” Syed Izham yang sedang memandu kereta bertanya apabila mendengar keluhan dari bibir Sindora.
Sindora menggeleng lemah. Untuk menutup kesedihan, dia melemparkan pandangan ke luar. Langit begitu cerah pada petang itu, tetapi tidak secerah wajahnya.
“Ok. Kita dah sampai,” beritahu Syed Izham sambil tersenyum tetapi Sindora tidak membalas.
“Iz, boleh tak kalau saya nak pergi tempat lain?”
“Kenapa tengok saya macam tu?” tegur Sindora apabila Syed Izham asyik memandangnya. Dia membetul-betulkan tudung. Mungkin senget.
“Awak nampak lain hari ni.”
“Lain macam apa? Saya biasa aje.”
“Awak panggil saya Iz, itu biasa ke?”
“Kan memang nama awak. Saya selalu dengar Andy panggil awak Iz. Salah ke kalau saya panggil awak Iz jugak?” jawab Sindora dengan selamba.
“Eh taklah! Saya suka. Tapi saya lebih suka kalau awak panggil saya sayang,” usik Syed Izham. Namun sedikit pun tidak mencuit hati Sindora. Dia hanya merenung telefon bimbit yang berada dalam genggamannya.
“Awak nak pergi mana?”
“Sin!” tegur Syed Izham sambil mencuit bahu Sindora yang sedang berkhayal.
“Huh! Apa dia?” Sindora tersedar lantas menoleh kepada Syed Izham yang merenungnya.
“Saya tanya tadi. Awak nak ke mana?”
“Kita pergi tasik.”
“Ada apa kat sana? Kat Danga Bay ni lagi best. Pemandangan pun cantik.”
“Saya lama tak pergi. Suka tengok tasik tu. Tenang aje. Takde gangguan. Lagipun kat sini ramai orang.”
Syed Izham menurut sahaja permintaan Sindora. Dalam hatinya tertanya-tanya, kenapa Sindora beriya-iya sangat hendak ke sana.
“Boleh saya tanya sikit?” soal Syed Izham sambil memandang Sindora yang berada di sebelahnya. Mereka duduk di atas bangku sambil memandang tasik yang berada di hadapan.
“Awak selalu ke sini?” soal Syed Izham lagi. Sindora mengangguk.
“Dengan siapa?”
“Dengan…” Sindora tidak jadi menjawab.
“Awak tak pernah ke sini ke?” soal Sindora balik untuk mengelak pertanyaan Syed Izham tadi.
“Tak pernah.”
“Kawan awak tak pernah ajak awak ke sini?”
“Siapa yang awak maksudkan? Andy?”
Berderau darah Sindora tatkala mendengar nama itu.
“Siapa-siapalah. Takkan Andy sahaja kawan awak,” balas Sindora menutup rasa gugup.
“Andy nak pergi tempat macam ni?” ujar Syed Izham sambil tergelak kecil.
“Kenapa?” tanya Sindora ingin tahu.
“Kalau pergi disko, bar, dia sukalah. Tempat ramai orang,” beritahu Syed Izham.
Sindora tersenyum kecil. Rupa-rupanya Syed Izham tidak tahu tempat kegemaran Andy yang sebenar. Lantas dia teringat peristiwa lalu.
“Kenapa awak selalu bawa saya ke tasik ni?”
Andy tidak segera menjawab pertanyaan Sindora. Dia ralit merenung tasik yang luas terbentang di hadapan mata.
“Setiap kali ke sini, saya rasa tenang. Suasana yang sunyi dapat melayan perasaan.”
“Wah, sentimental jugak awak ni ya! Saya ingat orang yang suka bersosial macam awak ni tak akan pergi tempat-tempat macam ni,” usik Sindora sambil tergelak kecil.
“Tempat hiburan untuk release tension. Tempat macam ni buat saya bahagia.”
“So, sekarang awak tengah bahagialah?”
“Ya,” jawab Andy sepatah seraya tersenyum penuh makna kepada Sindora.
“Tapi saya dah nasihatkan Andy, jangan terlalu kerap ke tempat-tempat hiburan macam tu.”
Suara dari Syed Izham mematikan lamunan indah Sindora.
“Awak selalu pergi disko dengan dia ke?”
“Hmm…selalu jugaklah. Tapi itu dulu.”
“Awak berdua sahaja?”
“Dengan Nizam. Kadang-kadang dengan Anna.”
Anna? Sindora mencebik bibir. Perasaan kurang enak mula singgah dalam hati. Tentu mereka semakin mesra sekarang. Fikiran Sindora menjadi terganggu.
“Kenapa? Awak teringin nak pergi tempat macam tu ke?” soal Syed Izham sekadar untuk mengusik. Tetapi Sindora telah menarik muka masam.
“Saya minta maaf kalau pertanyaan saya tadi menyinggung perasaan awak,” ujar Syed Izham dengan rasa kesal. Dia tahu Sindora bukan jenis perempuan yang suka bersosial.
“Dahlah. Mari kita balik,” ujar Sindora dengan spontan. Dia bingkas bangun.
Syed Izham cepat-cepat mencapai tangan Sindora yang baru sahaja hendak melangkah.
“Kenapa ni? Kita baru sahaja sampai. Pasal perkara tadi, saya betul-betul minta maaf.”
“Saya lapar.” Sindora memberi alasan. Dia menarik tangan dari pegangan Syed Izham.
“Awak nak makan apa?” soal Syed Izham sebaik sahaja mereka berada di perut kereta.
“Spagetti.”
“Sejak bila pandai makan western food ni?”
“Sejak…” Sindora mengetap bibir.
“Sejak apa?”
“Saja.” Sindora cuba tersenyum. Tetapi hambar.
Sewaktu dalam perjalanan menuju ke restoran Pizza Hut yang dicadangkan oleh Sindora, tiba-tiba telefon bimbit Syed Izham berdering.
“Hello.”
“Aku nak makan.”
“Dengan kawan.”
“Ok. Nanti aku confirm balik.”
“Siapa tu?” soal Sindora yang sedari tadi memasang telinga mendengar perbualan Syed Izham.
“Andy.”
“Dia nak apa?” soal Sindora dengan suara bergetar.
“Ajak keluar.”
“Dia ok ke?”
“Hmm…macam biasa aje.”
“Dia dengan siapa?”
“Entah. Saya pun tak tanya.”
“Dengan Anna kot,” ujar Sindora dengan riak cemburu.
Sepanjang perjalanan Sindora berwajah murung. Tingkahnya itu diperhatikan oleh Syed Izham tanpa dia sedari.
“Tak sama,” rungut Sindora dengan tiba-tiba.
“Apa yang tak sama?”
“Rasa spagetti ni. Yang saya pernah makan rasanya pedas. Kuahnya lagi pekat.”
“Lebih special?”
“A’ah. Memang special,” tutur Sindora. Dia lalu mengeluh. Sudu dan garpu diletakkan semula di atas meja.
“Makanlah sikit. Tadi awak cakap lapar kan?” pujuk Syed Izham walaupun dalam hatinya sudah rasa semacam dengan tingkah Sindora.
“Saya takde seleralah,” balas Sindora. Kemudian dia memandang ke arah sepasang warga asing yang baru sahaja masuk ke restoran itu. Wajah lelaki itu dirasakan seiras wajah Andy. Tetapi semakin lama dipandang tidak sama pula. Kenapa wajah Andy asyik terbayang di ruang mata sehingga semua orang yang aku nampak macam Andy, getus hati Sindora.
“Lepas ni kita nak ke mana?” soal Syed Izham yang sedang memandu.
“Saya nak balik,” jawab Sindora yang sebenarnya sudah hilang mood.
Dia merenung telefon bimbit yang berada di tangannya. Patut ke aku yang telefon dia? Buat apa nak telefon, dia pun dah lupakan aku. Agaknya sekarang dia sedang bersuka ria dengan Anna. Konon cakap suka tapi tak sampai beberapa hari dah berfoya-foya balik. Wajah Sindora bertambah kelat.
“Apa yang awak fikirkan tu?” teguran Syed Izham mematikan lamunan Sindora.
“Err..takde apa-apa.”
“Betul awak takde apa-apa?” Sindora mengangguk.
Syed Izham yang tidak berpuas hati memberhentikan keretanya di tepi jalan. Brek ditekan secara tiba-tiba menyebabkan tubuh Sindora terdorong ke depan. Dia tergamam lantas mengucap panjang. Nasib baik tiada kereta di belakang. Kalau tidak pasti malam ni mereka menjadi penghuni hospital.
“Kenapa dengan awak ni? Bahaya tau tiba-tiba berhenti macam ni!” jerkah Sindora. Jantungnya masih berdegup kencang kerana kaget.
“Awak dah berubah,” ujar Syed Izham sambil mendengus marah.
“Apa yang awak cakap ni?”
“Awak jangan cuba nak menafikan pulak!” tukas Syed meninggikan suaranya.
“Awak ni tiba-tiba aje nak cari pasal. Kalau saya tau tadi, malas saya nak keluar,” rungut Sindora. Dia bengang kerana tiba-tiba sahaja Syed Izham naik angin.
“Jadi awak terpaksa keluar dengan saya?”
“Saya tak cakap macam tu…”
“Sudahlah Sin! Awak ingat saya bodoh. Jasad awak memang bersama saya tapi perasaan dan fikiran awak pada orang lain.”
“Apa maksud awak ni Iz?”
“Jangan panggil saya Iz!” tengking Syed Izham. Sindora tersentak. Wajah Syed Izham sudah merah padam.
“Ok. Kalau awak tak suka. Saya panggil awak Syed aje. Puas hati?”
Syed Izham mengeluh. Wajah masam Sindora ditatap dengan perasaan berbaur.
“Memang pada mulanya saya suka awak panggil saya Izham. Tetapi lama-lama hati saya jadi sakit. Awak mengingatkan saya pada seseorang. Dan orang itu juga yang sekarang awak fikirkan bukan?”
“Saya tak faham apa yang awak cakap ni,” ujar Sindora cuba menyembunyikan rasa hati.
“Awak tak faham atau pura-pura buat tak faham,” sindir Syed Izham. Wajah Sindora tiba-tiba menjadi merah.
“Atau memang awak tak sedar?” Syed Izham tersenyum sinis. Dia menelan air liur sebelum menyambung kata.
“Tasik, spagetti. Apa semua tu? Awak termenung sana, termenung sini. Bila sebut nama Andy awak jadi gelabah, tak tentu arah. Awak ingat saya tak perasan semua tu?” bentak Syed Izham. Sindora hanya membungkam.
“Benda-benda tu semua ada kaitan dengan Andy kan? Awak sedang fikirkan dia. Kenapa?”
“Syed…” Sindora memandang Syed Izham dengan perasaan bersalah. Dia tidak tahu hendak berkata apa-apa seperti ada batu terlekat dikerongkongnya. Dia baru sedar sebenarnya dia telah menyinggung perasaan Syed Izham secara tidak sengaja.
“Saya dah tak kenal siapa sebenarnya Sindora Balqis. Kekasih kepada Syed Izham atau isteri kepada Andy Zarith!” ujar Syed Izham dengan sinis. Tingkah Sindora benar-benar telah menghiris hatinya.
“Saya minta maaf, Syed. Saya tak tahu kenapa saya tiba-tiba jadi begini,” ujar Sindora. Dia bingung dengan perasaannya sendiri.
“Awak cintakan Andy?”
Sindora terpempan. Air mata membasahi pipi. Terasa gementar seluruh tubuhnya.
“Saya minta maaf. Saya minta maaf,” mohon Sindora berkali-kali dengan nada bergetar.
Syed Izham meraup wajah. Hancur luluh hatinya ketika itu. Dia tidak menyangka Sindora boleh berubah hati. Dikerling matanya ke arah Sindora yang tersedu-sedu.
“Sudahlah. Jangan menangis. Saya hantar awak balik,” pujuk Syed Izham. Kasihan pula melihat Sindora yang sedang menangis. Salahnya juga kerana menengking dan meninggikan suara kepada gadis itu.
“Syed, maafkan saya,” pinta Sindora lagi. Sepanjang perjalanan Syed hanya membisu melayan perasaannya sendiri.
“Saya janji, saya akan lupakan Andy. Kita tetap bersama macam dulu-dulu. Tolong percayakan saya.”
“Tak payah cakap perkara tu lagi,” tegas Syed Izham.
“Tapi…” Sindora tidak berani meneruskan kata-kata apabila melihat wajah Syed Izham yang tegang.
Sebaik sahaja sampai, Sindora turun dari kereta. Tidak sempat dia berkata apa-apa, Syed Izham terus memandu keretanya dengan laju. Sindora berasa sungguh hiba. Terasa besar kesalahannya kerana mencalarkan perasaan Syed Izham. Lelaki itu benar-benar berasa tersinggung. Air matanya berguguran lagi.

No comments:
Post a Comment