Friday, June 26, 2009

SKSR - Chapter 18



“You have to stop doing that.”

“Doing what?”

“That kind of stuff…”

“What stuff?”

“Come on, Anna.”

“I have no idea. What are you talking about?”

Nora mengeluh. Dikerling matanya ke wajah Anna yang selamba. Sudah berbuih mulut menasihati kawan baiknya itu tetapi seperti mencurah ke daun keladi. Langsung tidak memberi kesan!

“Kau yang beritahu auntie Azie tentang Sindora kan?”

“Mana kau tahu?” soal Anna sedikit cemas.

“Aku terdengar perbualan telefon kau dengan auntie Azie tadi. Why Anna? Just let them be together. Forget everything and start think about your life.”

“Hati aku sakit Nora. Semuanya gara-gara perempuan yang bernama Sindora. Dia dah rampas semua orang yang aku sayang.”

“Semua orang? Apa maksud kau?”

“My beloved brother also fall to her. Can’t you imagine that?” Anna mencebik tanda benci.

“What?? How come?” Mata Nora menjadi tegak dengan tiba-tiba.

“Aku pun tak tahu kenapa boleh jadi macam ni. Buat aku semakin menyampah dengan dia!”

“You mean love triangle between best friend? Wow, hebat sungguh Sindora!”

“Hebat? She’s such a bitch!”

“Hei Anna, calm down. Tak baik kau cakap macam tu. Aku tahulah kau tengah marah but it’s so harsh!” Nora mengusap-usap belakang Anna yang tengah di landa api kemarahan.

“Aku rasa Sindora pun tak sangka akan jadi begini. Mungkin hanya satu kebetulan. I think she’s a nice woman. Kalau tak, takkan dua orang lelaki yang kacak, berstatus tinggi macam Andy dan Izham terpikat dengan dia.”

“Whose side are you now? Kau kenal ke dengan Sindora sampai boleh puji melambung macam tu?” jerkah Anna sambil menjeling tajam kepada Nora. Dahlah tak support aku, puji pulak orang yang aku benci, hati Anna semakin bengkak.

“Ok,ok. Aku minta maaf. Itu pendapat aku aje. Sebenarnya aku risau dengan kau ni.”

“Kenapa pulak?”

“Yalah. Cara kau ni macam tak betul aje.”

“Kalau aku tak dapat Andy, jangan harap perempuan lain dapat hidup bersama dengan dia!” ucap Anna dengan rasa dengki di hati.

“Macamana pulak dengan Izham?”

“Perempuan tu jadi keluarga aku? Kirim salam!” Anna tertawa sinis. Nora hanya menggeleng kepala. Dia perlu buat sesuatu sebelum Anna menjadi semakin parah.

*************************************

“Iz, you have to do something to stop her!”

“Apahal dengan kau ni Nora?”

“Anna…”

“Kenapa dengan dia?”

Syed Izham berasa hairan melihat Nora yang kelihatan cemas. Gadis yang berambut pendek ala-ala pelakon Julia Ziegler itu menggigit kuku. Serba salah untuk menjelaskan kepada adik kawan baiknya. Tetapi kalau dia berdiam diri, dia tidak tahu apalagi yang akan dilakukan oleh Anna. Firasatnya mengatakan akan berlaku sesuatu yang buruk.

“Kenapa dengan kau ni? Macam risau aje. Tadi kau nak cakap sesuatu tentang Anna. Apa dia?” Syed Izham bertanya lagi.

“Sebelum tu, aku nak tanya kau sikit,” ujar Nora dengan wajah serius.

“Hmm, tanyalah.”

“Kau bercinta dengan wife Andy ehh?”

“Hisy, apa yang kau cakap ni?” ujar Syed Izham cuba menafikan.

“Kau janganlah nak sorok lagi. Anna dah cerita semua kat aku. Sindora tu memang makwe kau kan?”

Syed Izham menggigit bibir. Wajah bersih Nora ditenung dalam keadaan serba-salah.

“Sebelum dia berkahwin lagi,” akui Syed Izham.

“Interesting!” ujar Nora sambil tertawa sinis.

“Eh, cepatlah! Apa yang kau nak beritahu aku ni?” Malas dia hendak melayan Nora yang boleh menyebabkan hatinya bertambah sakit.

“Mak Andy dah tahu kenapa Andy kahwin dengan Sindora. Anna yang beritahu.”

“Apa?” Mata Syed Izham terjegil. Nora mengangguk kepala tanda dia bercakap benar.

Syed Izham tampak risau. Dia menggosok dahinya berkali-kali. Hisy Anna nih, macam-macam hal! Rungut Syed Izham dalam hati.

“Kau tak rasa happy ke? Kalau Sindora bercerai dengan Andy, kau boleh teruskan hubungan kau dengan Sindora kan?”

Syed Izham menjeling sekilas kepada Nora yang terkenal dengan mulut lasernya.

“Kenapa kau cerita semua ni kat aku? Selalu kau sokong apa sahaja yang kawan baik kau lakukan. Apa yang telah membuat kau berubah?” soal Syed Izham dengan sinis.

“Tak semua perkara yang dia buat aku suka. Now I know she’s wrong. Aku tak nak Anna buat perkara yang bukan-bukan. Kalau boleh aku nak Anna lupakan sahaja Andy. Kasihan aku tengok dia terhegeh-hegehkan suami orang. Dia tu cantik. Dia boleh cari lelaki lain yang lebih baik dari Andy. It’s not worth it apa yang dia buat sekarang.”

“Kau ingat senang nak lupakan orang yang kita cinta macam tu aje? Boleh gila babi dibuatnya!”

“Aik bercakap melalui pengalaman ke? Macam cinta kau terhadap Sindora?” sindir Nora sambil tersenyum sinis.

“Mulut kau tu aku cili karang, baru tahu!” jerkah Syed Izham. Hatinya mula berasa panas.

“Dulu aku minat kat kau tapi kau tak layan aku. Sekarang ni terjebak dengan cinta 3 segi. Isteri orang pulak tu!” Nora sengaja menambah bara di hati Syed Izham.

“Tomboy macam kau, siapa yang nak. Bagi free pun aku tak ingin!” sembur Syed Izham membuatkan muka Nora menjadi merah. Padan muka, kenakan aku lagi!

“Kau cakap baik-baik sikit ehh. Walaupun aku macam ni, ramai lelaki nak kat aku tau! Patutnya kau berterima kasih sebab aku ambik berat tentang Anna. Tak macam kau. Hal kakak sendiri pun tak pernah nak ambil tahu.” Nora menarik muka masam. Dia terasa dengan kata-kata Syed Izham. Tetapi salahnya juga yang suka menambah minyak ke atas api yang mula marak.

“Kau jugak yang sindir-sindir aku tadi. Sekarang nak marah aku pulak!” Nora cuma mencebik bibir mendengar kata-kata Syed Izham.

Mereka terdiam sejenak. Melihat suasana seperti itu, Syed Izham terus mengalah.

“Oklah, I’m sorry. Apa kau tahu lagi tentang rancangan Anna?”

Nora mengerutkan dahinya, cuba mengingati sesuatu.

“Entahlah. Yang aku tahu, dia sekarang kerap berjumpa dengan auntie Azie sebab urusan kerja. Aku rasa dia ambil kesempatan menghasut auntie supaya bencikan Sindora. Lepas tu auntie mesti suruh Andy ceraikan Sindora. Aku takut kalau rancangan dia tak berjaya, dia akan buat perkara yang tak elok pulak!”

“Maksud kau?”

“Mana tahu dia upah orang untuk cederakan Sindora atau Andy. Takkan kau tak terfikir itu semua.”

“Aku tak percayalah Anna sanggup buat benda-benda macam tu!” tukas Syed Izham cuba membela Anna.

“Kau macam tak kenal pulak perangai Anna! Kalau dia nak something, she must get it by hook or by crook. Can’t you remember our high school back then?”

Syed Izham menelan air liur. Betul jugak apa yang dicakap oleh Nora. Dia turut berasa bimbang.

“Lah, termenung pulak! Macamana ni Iz?” tegur Nora apabila melihat Syed Izham yang termangu-mangu.

“Nantilah. Aku cakap dengan Anna. Kau janganlah risau.” Syed Izham sekadar ingin menyedapkan hati Nora. Dia sendiri masih ragu-ragu apa tindakan yang harus dibuat.

“Promise?”

Syed Izham mengangguk. Nora menarik nafas lega. Dia berharap Izham dapat menasihati Anna dari melakukan perkara yang tidak baik terhadap Sindora.

********************************

“Iz, kau tahu Sindora ada kat mana sekarang?”

“Aku tak tahu. Aku tak nampak dia bekerja hari ni. Kenapa Dy?”

“Aku tahu dia tak kerja. Kawan dia, Watie yang cakap dia cuti hari ni.”

“So, what is the problem?”

“Dia dah hilang!”

“Hah! Apa?” Syed Izham terkejut. Dia seperti tidak percaya apa yang telah didengar.

“Sindora bawa semua pakaian dan keluar dari rumah Watie. Aku balik apartment tapi dia takde,” beritahu Andy lagi dengan suara yang cemas.

“Kau dah cuba telefon dia?”

“Telefon bimbit dimatikan. Dah banyak kali aku hantar mesej tapi tak dibalas.”

“Kau tahu mana dia pergi? Siapa kawan atau saudara rapat dia?” soal Andy pula.

“I have no idea,” balas Syed Izham dengan wajah yang sedih. Terdengar keluhan dari Andy di talian.

“Aku betul-betul risaukan dia. Aku takut terjadi apa-apa kat dia.”

Syed Izham mengetap bibir. Dia menjadi buntu. Rasa kesal mula bersarang di hatinya. Dialah punca Sindora menghilangkan diri. Tubuhnya menjadi kaku seketika.

“Iz, you still there?”

“Huh!” Syed Izham tersentak. Terlupa dia yang Andy masih di talian.

“Kau dah cuba pergi tempat yang selalu dia pergi?”

“Semua tempat aku dah cari.”

Andy mengambil cuti semata-mata untuk mencari Sindora. Sudah lebih 3 jam dia berpusing-pusing di tempat yang sama tetapi kelibat Sindora langsung tidak ditemui. Dia mengambil keputusan menghubungi Syed Izham. Tentu sahabatnya ada cara untuk menghubungi Sindora tetapi Syed Izham sendiri bingung dan tidak tahu ke mana Sindora menghilang.

“Dy, aku cuba tanya kawan-kawan dia kat sini. Kau cuba cari lagi kat tempat-tempat yang dia pernah pergi.”

“Oklah.”

Lemah sahaja suara Andy sebelum memutuskan talian. Syed Izham hanya mampu mengeluh. Sejurus selepas itu dengan langkah tergesa-gesa dia menuju ke stor. Dia ternampak Amran sedang asyik memandang skrin komputer di situ.

“Abang, Sindora mana?” soal Syed Izham kepada Amran tanpa membuang masa.

“Dia cuti,” jelas Amran dengan selamba.

“Abang tahu tak kenapa dia cuti? Dia ada beritahu apa-apa?”

“Dia cakap emergency.”

“Berapa hari?”

“Dia minta seminggu tapi abang cakap tak boleh sebab banyak kerja tak settle lagi. Lepas tu dia minta 3 hari. Dia beriya-iya sangat, tak sampai hati pulak abang nak tolak. Lepas discuss dengan Cik Li, abang approve jugak leave dia,” jelas Amran sambil berkerut apabila melihat wajah Syed Izham yang seperti menyembunyikan sesuatu.

“Abang ada tanya dia kat mana sekarang?”

“Dia tak cakap. Tapi macam terdengar bunyi bising masa dia telefon tu. Dia pun macam tergesa-gesa aje. Tak dapat nak berbual panjang.”

“Bunyi bising?”

Amran mengangguk. Syed Izham pula berasa tidak sedap hati

“Kenapa dengan kau? Ada masalah ke?” soal Amran apabila melihat wajah Syed Izham berubah.

“Takde apa-apa.”

Syed Izham tidak mahu kehilangan Sindora menjadi bahan perbualan di kilang. Selepas mengucapkan terima kasih, dia terus berlalu menuju ke biliknya.

Syed Izham berjalan mundar-mandir, tidak senang duduk dia jadinya. Berkali-kali dia menggosok muka dengan wajah tidak keruan. Ya Allah, kau selamatkanlah Sindora walau di mana sahaja dia berada, doa Syed Izham dengan hati yang bimbang. Takut-takut Sindora dalam keadaan yang bahaya.

Anna! Terdetik dalam mindanya nama itu. Terngiang-ngiang suara Nora tentang rancangan Anna. Dia mengetap bibir. Jangan-jangan ini semua angkara dia. Tak mungkin! Syed Izham kemudian menggeleng kepala. Di sudut hatinya sukar untuk mempercayai saudara kembarnya sanggup membuat kerja-kerja kotor sebegitu.

Dia lantas mendail telefon Anna. Lama dia di talian tetapi Anna tidak menjawab. Mana pulak perempuan ni? Rungut Syed Izham di dalam hati. Dia mencuba sekali lagi tetapi hanya pesanan mesej yang kedengaran.

Kali ini dia mendail pula telefon bimbit Sindora. Memang telefonnya dimatikan. Syed Izham bertambah risau.

Tanpa memikirkan apa-apa lagi, dia terus mengambil kunci kereta dan keluar dari kilang. Biarlah dikenakan tindakan disiplin, Syed Izham tidak peduli lagi. Hanya wajah Sindora yang bermain-main dalam kepalanya sekarang.

2 comments:

  1. cepatlah sambungannya..best ar citer ni tak sabo rasanya nak bace citer selanjutnya..huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. bila nak sambung ne... dah bulan september ne

    ReplyDelete