Friday, May 8, 2009

SKSR - Chapter 9


“Andy! Sini bro,” Nizam melambai-lambaikan tangan sebaik saja dia melihat kelibat Andy yang muncul di celah-celah orang ramai di disko bersebelahan dengan Hotel New York.

“Ramainya orang, aku nak masuk tadi pun kena beratur,” rungut Andy.

“Biasalah. Weekend. Ada DJ dari US datang buat show malam ni. Species macam kau pun ramai.”

“Species macam aku?” tanya Andy dengan hairan.

“Tuh…” Nizam memuncungkan bibir ke arah beberapa kelompok warga asing yang berada di situ.

“Aku orang melayu lah, apalah kau ni!”

“Orang melayu apa. Tak nampak macam muka aku pun,” sakat Nizam sambil tergelak-gelak.

“Sudahlah, jangan usik aku lagi.”

Nizam tersengih memandang Andy yang kelihatan bengang. Andy tidak suka Nizam menyamakan dirinya seperti orang Inggeris. Baginya tiada beza dia dengan kawan-kawan melayunya yang lain.

“Sorilah. Joke ok,” pujuk Nizam sambil jarinya menunjukkan tanda ‘peace’. Andy tersenyum kelat.

“Aku dah booked private room. Jom. Iz tengah tunggu kita,” beritahu Nizam.

“Lama tak nampak kau,” tegur Andy lalu melabuhkan punggung di sisi Syed.

“Aku kerja syif malam,” jawab Syed lalu bersalaman dengan Andy.

“Susah-susah sangat kau kerja kat syarikat akulah. Time kerja pun flexible,” ujar Andy.

“Tak payahlah. Aku dah selesa kerja di sana.”

“Dia ada mata air kat sanalah beb, itu yang dia tak nak cari kerja lain,” Nizam tiba-tiba menyampuk.

“Ya ke? Bila nak kenalkan dengan kita orang?” tanya Andy.

“Mana ada. Kau jangan percaya cakap Nizam,” balas Syed dengan suara mendatar.

Andy tersenyum kecil. Dia tidak pernah melihat Syed bersama dengan mana-mana perempuan sebelum ini. Sikapnya yang sentiasa serius dan ‘control macho’ itu membuat ramai wanita sukar mendekatinya. Andy teringat semasa di kampus dulu, mereka bertiga menjadi rebutan gadis-gadis yang menuntut di sana kerana raut wajah mereka yang tampan.

“How’s your life now?” soal Syed dengan tiba-tiba. Dia tidak menghadiri perkahwinan Andy sebulan yang lepas dengan alasan untuk menjaga hati Anna. Sebenarnya dia tidak sanggup melihat kekasih sendiri bergandingan tangan dengan sahabat karibnya di atas pelamin. Hatinya dipagut rasa pilu mengenangkan Sindora sudah menjadi milik Andy yang sah.

“Kau tentu dah dengar dari Nizam kenapa aku kahwin dengan diakan?” ucap Andy dengan satu keluhan kecil.

Selepas mereka berkahwin, Sindora berpindah ke apartmentnya tetapi tidur di kamar yang berasingan. Setiap hari dia pergi kerja dan balik lewat malam. Kalau ada di rumah pun Sindora akan memerap di kamar menonton tv. Jarang sekali dia dapat berbual-bual dengan isterinya. Dia tidak tahu kenapa dengan tiba-tiba Sindora berubah menjadi begitu pasif.

“Macam mana hubungan kau dengan Sindora?”

“Hmm…susah aku nak cakap.”

“Kenapa pulak?” Syed ingin tahu apa yang terjadi di antara Andy dan Sindora kerana akhir-akhir ini hatinya di amuk resah tidak menentu.

“My marriage is like hell. She treat me like stranger. Dingin,” luah Andy dengan wajah yang keruh.

“Aku cuba bersembang, ajak dia keluar tapi dia buat tak tahu aje. Sebelum kahwin hubungan kami lebih baik dari ini,” ucap Andy lagi.

“Kau sendiri yang cakap dengan dia, tak boleh campur hal peribadi masing-masing. Itu yang sekarang dia sedang buat bro,” ujar Nizam seolah-olah membela Sindora.

“Memang itu dulu, sekarang aku nak lebih dari itu...”

“Maksud kau, kau nak dia layan kau sebagai seorang isteri? Kau dah jatuh cinta kat dia ke?” tanya Nizam ingin tahu.

“Merepeklah,” balas Andy cuba menyembunyikan sesuatu.

Andy menyandarkan badan ke sofa, kedua tangan memegang belakang kepalanya. Andy jadi bingung dengan perasaannya sendiri. Kebelakangan ini hatinya rasa tidak menentu bila terkenangkan Sindora.

“Ini dah kes berat Andy. Aku tahu kau mesti feel something bila berdua-duaan dengan dia. Ini baru sebulan kalau setahun, aku rasa kau bukan lagi angau tapi gila.”

Andy hanya diam. Mungkin benar apa yang di katakan oleh Nizam, buktinya semalam. Dia yang baru sahaja balik kerja berasa haus lalu ke dapur. Tiba-tiba Sindora keluar dari kamar mandi cuma berkembankan kain batik sambil mengirai-ngirai rambutnya yang basah dengan tuala. Dia tidak menyedari ada sepasang mata sedang memandangnya dengan tajam.

Tubuh Sindora yang montok dan gebu itu telah membangkitkan nafsu lelaki Andy. Dia menelan air liur beberapa kali. Nafasnya turun naik apabila melihat ikatan kain batik yang melekat pada tubuh isterinya hampir terlerai. Dia lalu berdehem.

Sindora kaget melihat Andy yang sedang berdiri memerhatikan dirinya. Dada yang terdedah cepat-cepat di tutup dengan tuala. Darah menyerbu ke wajahnya lalu menjadi panas dan merona merah. Kemudian dia masuk ke kamar dengan langkah tergesa-gesa.

Andy hanya kaku di situ tanpa suara. Kalau ikutkan rasa ghairah yang tiba-tiba datang mahu sahaja dia masuk ke kamar Sindora, memeluk dan membelainya. Seperti seorang suami melayani seorang isteri. Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata, hatinya resah bila berdua sahaja dengan Sindora walaupun isterinya itu berada di dalam kamar yang lain.

“Aku rasa dia tak sukakan kau,” Syed tiba-tiba bersuara menyentak lamunan nakal Andy.

“Dia ada orang lain,” ujar Syed lagi dengan bersahaja.

“Maksud kau dia ada teman lelaki?” tanya Nizam. Syed mengangguk.

“Mana kau tahu?” tanya Andy dengan curiga. Syed mula menggelabah, dia sudah terlepas cakap.

“Kau ni peliklah Iz. Dari hari tu bila aku sebut nama Sindora, kau semacam aje. Kau kenal ke dengan isteri Andy ni?” soal Nizam. Dia seolah-olah dapat menghidu sesuatu tidak kena dengan Syed.

“Itu pendapat aku aje. Kau sendiri yang cakap dia tak pedulikan kau. Mungkin hatinya pada orang lain,” Syed pura-pura berlagak selamba tetapi di dalam dadanya berkocak-kocak. Dia takut rahsianya terbongkar.

“Alah kau ni Iz, buat suspend aje.”

“Tapi memang betul. She has a boyfriend,” akui Andy. Syed tersentap, jantungnya berdegup kencang.

“Are you sure?” Nizam bertanya lagi. Andy mengangguk. Syed mengambil gelas yang berisi coke dengan tangan menggeletar lalu diteguk dengan rakus.

“Aku tahu sebelum kami berkahwin tapi aku tak kenal siapa lelaki tu,” ujar Andy.

Syed menarik nafas lega. Kelakuannya itu tidak di sedari oleh Nizam mahupun Andy.

“Wah! Nampaknya kau ada saingan. Kau kena cepat-cepat tawan dia. Kalau tak… gigit jarilah kau nanti,” ucap Nizam sambil tersengih-sengih.

“Aku takde apa-apa perasaan terhadap Sindora dan aku tak nak campur hal dia,” Andy cepat-cepat membalas. Dia tidak mahu mengakui perasaannya yang sebenar di depan mereka. Biar dia sahaja yang tahu apa yang sedang bergelora di hatinya sekarang.

“Ya ke? Habis tu, kenapa aku tengok muka kau macam orang frust aje. Kelat macam jambu air kat belakang rumah mak aku. Takde apa-apa konon!” Nizam tak henti-henti menyakat Andy sehingga lelaki itu menjadi bengang.

“Iz, kau nak tengok gigi berterabur tak kat sini? Aku boleh tunjuk sekarang,” ujar Andy sambil penumbuknya diacukan ke muka Nizam.

“Hey bro, relaklah!” jerit Nizam cuba menepis tangan Andy yang mengacah-acah ke arahnya. Syed menggeleng kepala melihat tingkah laku kedua sahabatnya itu.

“Hey geng, cool down. Come onlah, kita ke sini nak enjoy kan?” suara Syed memecah suasana yang agak tegang itu. Dia membuka pintu. Kedengaran muzik yang rancak dan bingit memenuhi ruang disko.

“Jom,” Syed menarik tangan Andy, mengajaknya ke lantai disko. Dia cuba meleraikan ‘pergaduhan kecil’ antara mereka supaya tidak berlarutan. Mereka akhirnya berdansa sakan sampai ke pagi.

****************************

Andy balik ke rumah tika subuh menjelang. Dia yang keletihan terus tidur di sofa di ruang tamu. Sindora yang sedang lena tiba-tiba terjaga apabila mendengar dentuman pintu di luar.

Dia baru balik ke? Tanya Sindora di dalam hati. Dia bingkas bangun lalu menoleh jam di dinding dengan mata yang kuyu, pukul 5.45 pagi. Dengan malas Sindora keluar dari bilik untuk mengambil wuduk.

Hajat hati ingin ke bilik air terbantut apabila dia melihat Andy yang terbaring di sofa. Dia menghampiri Andy yang sedang tidur.

Nyenyaknya dia tidur, kenapa tak masuk bilik? Mungkin letih sangat, getus Sindora sendiri. Dia lalu bertinggung di sisi lelaki itu.

Sindora mengambil kesempatan mengamati wajah Andy yang sedang lena, walaupun kelihatan samar-samar kerana hanya lampu kecil yang terpasang di ruang tamu itu tetapi dia dapat melihat dengan jelas. Tekun dia mengulit pandang seraut wajah lelaki yang sudah sah menjadi suaminya.

Rambut lurus keperangan, kening yang lebat, hidung mancung dan paling Sindora suka lihat adalah bibirnya yang nipis dan sentiasa merah. Sekali pandang persis Tom Welling, hero ‘Smallville’ yang merupakan drama bersiri kegemarannya. Sungguh sempurna lelaki ini, puji Sindora di dalam hati. Mata yang terpejam itu di tatapnya. Dia terpesona dengan mata itu. Entah kenapa hatinya berdebar-debar setiap kali Andy merenungnya dengan tajam, very irresistible!

Tangannya dengan perlahan menghampiri wajah Andy, pipi yang licin itu ingin sekali diusap. Tiba-tiba Andy bergerak membetulkan posisi tidur. Sindora terkejut lalu bingkas bangun. Mata lelaki itu masih lagi terpejam. Sindora mengurut dada lalu beristighfar beberapa kali. Kenapa dengan aku ni? Sindora menggosok-gosok mukanya.

Pintu kamar Andy di buka perlahan. Dia memasang lampu meja yang berada di sebelah katil. Sindora melihat sekeliling ruang itu. Kamar yang cantik ini mengingatkan Sindora pada pertemuan pertama mereka.

Selimut yang berada di atas katil dicapai. Ketika hendak melangkah keluar dengan sekilas dia terpandang sebuah bingkai gambar yang besar melekat di dinding atas kepala katil.

Dengan perlahan dia kembali menghampiri semula katil. Dia ingin melihat gambar itu dengan lebih dekat. Alangkah terperanjatnya Sindora apabila melihat gambar perkahwinannya yang terpampang megah di situ. Gambarnya yang sedang memeluk mesra lengan Andy di atas pelamin.

Sindora masih ingat pada hari yang dirasakan hari paling malang. Senyuman yang palsu dan bagai di paksa-paksa. Dirinya terpaksa berlakon dan berpura-pura gembira. Hanya Tuhan sahaja yang tahu hatinya yang merintih sedih dan pilu dengan perkahwinan itu.

Tetapi selepas sahaja dia berpindah di kediaman Andy, tiba-tiba dia berasa lain. Wajah lelaki itu sentiasa ada di depan mata. Dahulu sebelum berkahwin dia boleh berbual-bual mesra dengan Andy tetapi sekarang dia berasa kekok. Dia keliru dengan perasaannya sendiri.

Kerana itu dia sering menjauhkan diri dari Andy dan berlagak selamba. Dia takut dirinya tidak terkawal jika berdekatan dengan Andy dan yang paling menggerunkan ialah rasa bersalah terhadap Syed.

Semua gambar perkahwinan disimpan jauh-jauh di dalam laci. Tapi kenapa gambar yang sebesar ini berada di kamar Andy? Adakah gambar ini sangat bererti kepada lelaki itu? Tapi kenapa? Soalan-soalan itu menganggu fikiran Sindora.

“What are you doing?” Sindora yang berdiri tercegat di tepi katil terperanjat mendengar suara dari belakang. Lantas dia menoleh dan memandang Andy yang menghampirinya. Sindora tergamam tanpa kata.

“What are you doing in my room?” suara Andy yang tinggi membuat Sindora berasa gementar. Lelaki itu menghadangnya keluar dari kamar.

“Err…saya nampak awak tidur… saya nak ambil selimut… untuk awak,” balas Sindora tergagap-gagap. Selimut yang berada di tangannya di tunjukkan kepada Andy. Dia tidak berani memandang wajah Andy.

“Look at me,” ucap Andy.

Sindora dengan lambat mendongak memandang Andy yang setinggi 182cm yang pastinya lebih tinggi darinya yang hanya setinggi 165cm. Dia terpaku seketika kemudian memejamkan mata. Arrh…those eyes, please…please go away! Out of my sight, out of my mind. Mulutnya terkumat-kamit menyebut perkataan itu berulang kali.

Andy yang melihat tingkah Sindora berasa hairan.

“Sindora, kenapa ni?” Andy menggoncang-goncang bahunya.

“Huh!” Sindora tersedar. Dia membuka mata lalu tunduk. Dia begitu takut menerima panahan mata dari Andy lagi.

“Don’t you ever enter to my room again, unless…” Andy membongkokkan badan, bibirnya di dekatkan ke telinga kiri Sindora.

“Unless you want to sleep with me,” bisik Andy dengan romantis.

Sindora tersentak. Wajahnya sudah memerah. Dia dengan pantas menjauhkan diri ke belakang. Dia melangkah ke kanan tetapi dihalang oleh tubuh Andy, dia beralih ke kiri juga dihalang. Andy seolah-olah ingin mempermainkan dirinya. Sindora mendengus geram.

“Excuse me.” Tubuh Andy yang sasa itu ditolak dengan sekuat tenaga. Tubuh Andy terdorong ke belakang sedikit. Sindora dengan laju melangkah pergi meninggalkan kamar.

“Kenapa dengan aku ni?” Sindora menyandarkan tubuh di muka pintu kamar dari dalam. Tangannya memegang dada. Dia dapat merasa degupan jantung yang kencang dan hati berdebar-debar. Tak mungkin…tak mungkin, ronta hati kecilnya.

************************************

“Saya ada apa-apa apointment hari ini Cindy?” soal Andy kepada setiausahanya. Dokumen-dokumen yang diberikan oleh Cindy segera di belek kemudian ditandatangani.

“No, you free today. But yesterday our customer from US called. Tapi masa tu you dah balik. They want to know the status of their order.”

“Which customer?”

“Mr.Jason from Mitz Aerospace Inc.”

“Oh, that customer yang tak agree dengan price yang kita offer tu kan?”

“Yes, he asked you to return his call.”

“Sekarang kalau I call pun, dia tak masuk kerja lagi. Late evening nanti baru I call. Please remind me later,” balas Andy sambil menghulurkan kembali dokumen kepada Cindy.

Cindy mengangguk. Matanya dikerling ke wajah Andy yang nampak tidak bermaya.

“Are you sick Mr.Andy?” wanita berbangsa Tionghua itu bertanya kepada majikannya dengan perasaan yang bimbang.

“No. Why?” tanya Andy lalu mendongak memandang wanita itu.

“Your face look pale. You should go to clinic if you’re not feeling well,” ujar Cindy lagi.

“I cuma kurang tidur aje. Thanks for your concern,” Andy tersenyum walaupun nampak hambar.

“Your wife is so lovely. Is she chinese?” soal Cindy sekadar berbasa-basi. Dia terlihat foto perkahwinan Andy di atas meja.

“She’s malay,” jawab Andy dengan ringkas.

“Is there any document I have to sign?” Cindy menggeleng.

“Ok, you can go now.” Andy memandang langkah Cindy sehingga wanita itu menutup pintu bilik.


Andy meraup muka perlahan. Dia memandang sudut meja lalu mengambil bingkai gambar yang berada di situ.

Sindora! Nama itu kerap bermain di fikiran Andy. Wajahnya, senyumannya sering datang mengacau mimpi tanpa diundang.

Andy memicit-micit kepala kemudian tubuh disandarkan di kerusi. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini wajah Sindora sering terbayang-bayang di benak minda. Dia juga hairan kenapa ketika bersama Anna dia tidak pernah mengalami perasaan seperti yang dialami sekarang.

Kalau tidak memandang wajah Sindora dalam sehari, rasa macam tak lengkap hidup. Dia cuba menahan rasa rindu yang kian membuak-buak tapi akhirnya dia yang resah sendiri. Betul kata Nizam, aku sekarang tengah angau!

Walaupun dia ramai kenalan wanita yang lebih cantik dan seksi tapi kenapa mesti Sindora? Kenapa mesti ada perasaan aneh terbuku dalam hati terhadap gadis itu.

Dia teringat peristiwa pagi tadi ketika dia cuba menggoda Sindora. Dengan tidak sengaja dia berkata sesuatu yang nakal kepada Sindora. Memang ketika itu perasaan tidak dapat ditahan-tahan. Geli hati melihat wajah Sindora yang kalut. Puas sedikit hatinya dapat mempermainkan Sindora yang kelihatan jual mahal.

Mestikah aku berterus terang? Malu rasa hendak meluahkan perasaan hati kepada Sindora. Awal-awal dulu dia sendiri tidak mengakui dan hanya menganggap Sindora sekadar kawan biasa. Apa pula reaksi Sindora kalau mengetahui tentang perkara ini? Tentu sekali dia menolak. Andy mengeluh berat.

Bayangan wajah Sindora kembali menerpa, ingin ditepis wajah itu tetapi semakin dia menghindar semakin dekat bayangan itu menghantui diri. Akhirnya dia membiarkan sahaja. Gambar yang berada di tangan ditatap lagi tanpa jemu.

SKSR - Chapter 8


Anna menghempaskan tas tangannya di atas sofa dengan kasar. Hatinya bengkak melihat Andy bersama Sindora. Rasa cemburu meluap-luap tatkala melihat tangan Andy yang menggenggam erat tangan gadis itu. Sepanjang pertunangan mereka Andy tidak pernah melayannya semesra itu, hanya dia sahaja yang beria-ia memenangi hati Andy tetapi lelaki itu bersikap dingin seperti air batu.

Apa istimewanya perempuan itu? Dahlah muka macam tak siap, gemuk pulak tu, cemuhnya dengan geram. Getik melihat Sindora yang cuba berlagak baik di depannya. Masih terbayang Sindora yang bertudung, memakai seluar slack dan berT-shirt besar. Cuma kulit perempuan itu putih melepak sedangkan dirinya berkulit hitam manis. Aku sepuluh kali lebih cantik dari dia, Andy sahaja yang buta. Anna menyumpah di dalam hati.

“Ada kamu beli sate yang mama pesan tu?” tegur Puan Emma yang melihat Anna bungkam di sofa. Dia lalu duduk di sisi Anna.

Syed masuk membawa sebuah bungkusan. Dia menghenyakkan punggung berhadapan Anna dan ibunya.

“Nah! Sate yang mama pesan,” ujar Syed sambil menghulurkan bungkusan itu kepada ibunya. Puan Emma menyambut lalu memandang Syed, dengan isyarat dia melirik mata ke arah Anna yang berpeluk tubuh dengan muka yang masam mencuka. Syed hanya menjungkit bahu.

“Kenapa dengan kau ni? Moody aje,” tegur Syed.

Ketika keluar rumah pagi tadi dia melihat Anna elok sahaja. Tetapi selepas balik dari membeli sate, wajah kakaknya itu serta merta berubah keruh. Takkan dia marah aku sebab tak temankan dia tadi? Tapi dia yang beria-ia suruh aku tunggu dalam kereta, gerutu Syed dalam hati.

“Kau tahu tak aku jumpa siapa tadi?” soal Anna sambil menjeling kepada Syed.

“Siapa?” tanya Syed hairan. Puan Emma hanya mendengar.

“Siapa lagi kalau bukan kawan baik kau a.k.a. Andy dengan kekasih dia di restoran tadi.” jawab Anna sambil mencebir bibir.

“Ya ke Anna? Cantik tak perempuan tu?” tanya Puan Emma ingin tahu.

“Cantik?? Anna tengok selekeh aje. Apa agaknya yang dia dah bagi kat Andy sampai Andy terpikat dengan dia. Makcik yang jual kuih kat seberang jalan tu lebih cantik dari perempuan tu,” cemuh Anna.

“Diam!!!” jerit Syed. Kedua-dua wanita itu terperanjat melihat Syed yang tiba-tiba melenting marah.

“Hei, kenapa kau marah aku pulak? Ohh…aku tahu. Andy tu kawan baik kau kan? Tapi aku ni kakak kau, kau sepatutnya bela aku,” jerkah Anna. Dia memandang Syed yang merah padam mukanya.

“Kalau kau tengok perempuan tu, kau pun tak inginlah,” sembur Anna sambil merengus kecil. Hati Syed mendidih.

“Kenapa kau benci sangat dengan perempuan tu? Dia ada buat salah dengan kau ke?”

“Memang. Dia dah rampas Andy dari aku.”

“Will you stop it? It’s over Anna. It’s all over between you and Andy,” ucap Syed dengan lantang. Jengkel hatinya melihat Anna yang masih terhegeh-hegeh mengharap cinta Andy.

“No, it’s not over yet! I will make sure they never happy,” jerit Anna. Dia bingkas bangun lalu menaiki tangga menuju kamar, pintu di hempas dengan kuat.

“Kenapa kamu marah dia Syed?” soal Puan Emma. Syed meraup muka dengan perlahan. Cuba menenangkan hati sendiri yang tadinya meluap-luap marah.

“She’s no right talking bad about that woman mama,” jawab Syed. Sakit hatinya mendengar Anna yang memaki hamun Sindora.

“Dia tertekan. Mungkin dengan cara ini sahaja dia dapat melepaskan apa yang terbuku dalam hatinya,” balas Puan Emma membela Anna.

“But, still…” Syed tidak jadi meneruskan kata-kata. Dia mengeluh berat.

“Cuba kamu tengok dia dalam bilik tu, pujuk dia elok-elok,” pinta Puan Emma. Dengan rasa berat hati Syed mengangguk. Dia naik ke atas lalu menuju ke kamar Anna.

Daun pintu yang tidak berkunci itu di buka. Dia melihat Anna yang sedang meniarap di atas katil sambil menangis tersedu-sedu.

“Aku minta maaf sis. I didn’t mean to hurt you,” ucap Syed perlahan. Dia tidak pernah menengking Anna sebelum ini tapi kerana Sindora dia telah terlepas laku.

“Go away!” ujar Anna dengan suara tersekat-sekat. Dia masih tersinggung. Syed mengeluh kecil. Dia berasa simpati terhadap Anna tetapi perangainya yang suka terburu-buru dan panas baran menyebabkan dia kehilangan semuanya.

“Lupakan sahaja Andy. You deserve a better person than him,” pujuk Syed.

“Get out!!!” Anna tiba-tiba bangun. Bantal guling yang berada di sisinya dicampak ke arah Syed.

“Ok,ok. Aku pergi. Relaklah.” Syed meletakkan kembali bantal guling itu di tepi katil dengan perlahan. Dia melihat muka Anna yang menyinga marah. Hatinya menjadi kecut sedikit.

Syed cepat-cepat meninggalkan kamar. Dia tahu perangai Anna. Kalau dia mengamuk, habis semua barang yang berdekatan di lemparnya.

**********************************

“Apa hal nak jumpa ni?” tanya Andy dengan keras. Dia mencampakkan kunci kereta di atas meja.

“Kalau ya pun duduklah dulu.”

“Saya takde masa ni. Cakap cepat sikit,” Andy melabuhkan punggung di kerusi.

“Kita minum dulu ya,” lirih suara itu dengan lembut. Selepas memesan minuman Andy berkata lagi.

“Apa yang awak nak sebenarnya?”

“Do you love her?” tanya suara itu.

“What are you talking about?” soal Andy dengan hairan.

“I saw you with that girl. Do you love her?” tanya suara itu lagi seakan mendesak Andy.

“It’s nothing to do with you,” jawab Andy bersahaja.

“I want to know, please answer my question,” suara itu menjadi keras.

“This is enough Anna! I’m leaving,” Andy yang mula bosan bingkas bangun.

“Andy! Wait…” jerit Anna.

Andy yang hendak melangkah itu duduk semula sambil merengus kecil.

“Saya menyesal putuskan pertunangan kita dulu. Saya masih sayangkan awak,” ucap Anna. Matanya kelihatan redup untuk memancing simpati.

Andy tersentak. Terkejut dengan pengakuan Anna. Lidahnya kelu untuk membalas kata-kata gadis itu, dia hanya membisu.

“Saya tahu awak tak cintakan perempuan tu. Please cancel the wedding,” rayu Anna. Andy mengeluh kecil.

“Anna, please. Forget about us,” jawab Andy.

Memang dulu ada terselit rasa sayangnya terhadap Anna. Enam bulan dia bertunang dengan Anna, dia tahu serba sedikit perangai sebenar gadis itu. Nampak keras di luar tetapi lembut di dalam.

“Don’t do this to me,” rayu Anna. Matanya sudah merah. Akhirnya air jernih membasahi pipi. Andy serba salah melihat keadaan Anna yang tersedu-sedan di depannya.

“Please don’t cry. Sini tempat public. Nanti apa orang cakap,” bisik Andy.

Dia memandang sekeliling restoran. Nasib baik tak ramai orang, desis hatinya. Dia memandang Anna yang sedang menyeka air mata dengan tangan. Tisu dihulurkan kepada gadis itu.

Ada rasa kasihan dalam diri Andy melihat Anna yang bersungguh-sungguh ingin kembali padanya tetapi apakan daya, keputusan telah dibuat.

“Kita dah takde apa-apa hubungan lagi, awak sendiri yang putuskan. Kenapa baru sekarang? Saya dah nak kahwin. Lagi tiga minggu aje lagi.”

“Marry me,” ujar Anna dengan tiba-tiba.

“Tak boleh Anna, nanti apa kata Sindora…”

“Awak kahwin sebab duit kan? Berapa awak upah dia?” soal Anna.

“Saya tak upah dia. Saya cuma nak tolong dia. I don’t want to talk about this.” Andy cuba mengelak untuk bercerita lanjut tentang Sindora.

“I know you don’t love her. Dia tak layak untuk awak. Perempuan tak sedar diri,” ujar Anna dengan geram.

“Cukup! You know nothing about her,” herdik Andy dengan suara yang tinggi. Dia tiba-tiba berasa marah mendengar kata-kata kesat dari Anna.

“Are you saying that she’s better than me? Awak baru aje kenal dia. Latar belakang keluarga dia awak dah selidik? Macam mana kalau dia ada niat yang buruk terhadap awak?” ujar Anna penuh prejudis.

Saya tetap akan kahwin dengan dia,” ujar Andy. Hatinya sudah tekad. Walaupun Anna cuba meracuni fikirannya dengan memburuk-burukkan Sindora, dia tidak akan berganjak dari keputusannya.

“Saya takkan menyerah kalah Andy. Awak tetap akan jadi milik saya,” ujar Anna dengan tegas.

“I don’t want you to be hurt,” pujuk Andy.

“Tinggalkan perempuan tu dan kita sambung balik hubungan kita. Saya janji tak akan buat perangai lagi,” ujar Anna bersungguh-sungguh. Dia berharap Andy akan termakan dengan pujukannya. Tangan kanan Andy yang berada di atas meja diraih lantas diletakkan di telapak tangannya.

Andy tersentak dengan perlakuan Anna. Dengan pantas tangan kirinya menolak tangan Anna. Gadis itu kelihatan kecewa.

“Awak carilah orang lain yang lebih baik dari saya dan bina hidup baru. Lupakan kisah kita yang dah berlalu,” ujar Andy lalu bingkas bangun meninggalkan Anna. Dia takut termakan pujuk rayu gadis itu. Sedikit sebanyak hatinya tersentuh juga.

Anna memandang langkah Andy yang berlalu pergi dengan linangan air mata. Perasaannya bercampur baur, antara kecewa, geram dan macam-macam lagi. Aku tak akan putus asa. Tunggu kau Andy. Kau akan menyesal sebab tinggalkan aku, bentak hati kecilnya.

***************************************

“Abang tak sangka adik sanggup buat macam ni. Kalau abang tahu, sumpah abang tak minta pertolongan adik.”

Saiful memandang Sindora dengan penuh kesal. Dia yang datang untuk perkahwinan Sindora yang akan berlangsung seminggu saja lagi berasa terkilan dengan penjelasan adiknya.

“Adik terpaksa. Ini saja cara yang boleh bantu abang,” jawab Sindora dengan sayu.

Dia terpaksa memberitahu Saiful mengapa dia berkahwin dengan Andy setelah didesak beberapa kali. Lagi pun dia telah di ajar untuk tidak berbohong. Saiful memang pantang kalau dirinya dibohongi. Sindora pernah ditinggalkan selama sebulan kerana berbohong. Sejak hari itu Sindora serik, dia tidak mahu kehilangan satu-satunya saudara yang dia ada.

“Abang tak suruh adik lakukan pengorbanan yang begitu besar begini. Kalaulah abang ada duit sekarang ni…” keluh Saiful. Dia memandang Sindora yang sedari tadi menunduk.

“Sin ikhlas tolong abang. Ini sahaja yang mampu Sin balas terhadap jasa-jasa abang yang membesarkan Sin selama ini.”

“Abang tak minta apa-apa balasan untuk membesarkan Sin. Itu memang tanggungjawab abang kepada adiknya.”

“Tapi abang banyak berkorban untuk Sin. Keputusan peperiksaan abang cemerlang dan abang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran tapi semua abang tolak sebab nak bekerja dan menyara persekolahan Sin. Sampai sekarang Sin kesal abang,” luah Sindora.

“Itu cerita lama. Tak payah nak ungkit lagi. Sekarang macam mana dengan masa depan adik?” tanya Saiful. Dia berasa bersalah terhadap Sindora. Kerana ingin membantunya, Sindora sanggup berkahwin dengan lelaki yang tidak dia cintai.

“Abang jangan bimbang. Andy lelaki yang baik.” Sindora tersenyum menutup kegelisahan Saiful.

Tapi adik tak cintakan dia kan? I just want you to be happy,” ujar Saiful. Matanya berkaca-kaca. Entah kenapa hatinya menjadi hiba dengan nasib Sindora.

“Percayalah abang. Sindora bahagia kalau abang gembira. It’s all I want,” balas Sindora dengan yakin. Saiful lantas mengusap kepala adiknya dengan kasih sayang.

“Boleh abang jumpa dengan dia?” tanya Saiful.

“Kenapa abang nak jumpa Andy?” tanya Sindora dengan hairan.

“Salah ke seorang abang hendak bertemu dengan bakal suami adiknya?”

“Taklah salah. Tapi abang jangan bagi tahu dia apa-apa tentang duit tu,” beritahu Sindora.

“Abang nak bercakap sikit dengan dia tapi bukan perkara tu. Jangan risaulah,” balas Saiful sambil menepuk-nepuk lembut bahu adiknya.

******************************

“Terima kasih sebab sudi jumpa abang.”

“Abang Saiful kan?”

Lelaki yang berkulit cerah dan berkumis tipis itu mengangguk lalu menghulurkan salam dan disambut mesra oleh Andy.

“Saya sepatutnya yang patut jumpa abang tapi tak sangka abang pula yang mulakan. Saya tak tahu abang turun JB. Sindora pun tak cakap apa-apa,” ucap Andy dengan sopan.

“Sindora memang tak tahu. Kebetulan tak banyak projek, sebab itu abang datang awal sikit dari perancangan sebenar.”

“Sindora ada cakap abang ada bisnes kat KL, betul ke?” tanya Andy. Dia mengamati raut wajah Saiful. Memang ada iras sedikit dengan Sindora. Kerana lelaki ini juga dia pernah bertegang leher dengan Sindora.

“Bisnes kecil aje,” jawab Saiful ringkas.

“Boleh abang tanya sikit?”

Andy mengangguk. Saiful memandang wajah Andy agak lama membuatkan Andy kehairanan.

“Kenapa abang?” tanya Andy ingin tahu.

“Andy ni orang Inggeris ke? Tapi boleh pulak cakap melayu,” Saiful akhirnya bersuara membuatkan Andy tersenyum kecil.

“Mak saya orang melayu, bapa orang Irish tapi dia dah meninggal.”

“Oh, mix rupanya. Abang minta maaf tentang bapa Andy tu.”

“Takpe.” Andy tersenyum nipis. Ramai yang mengatakan dia memang seiras dengan bapanya. Orang hanya akan tahu dia berdarah melayu apabila dia bertutur bahasa melayu dengan fasih.

“Sindora tak bercerita banyak tentang Andy. Perkahwinan dia yang tiba-tiba ini pun betul-betul memeranjatkan abang. Sebelum ni dia takde pun kenalkan abang dengan teman lelakinya,” jelas Saiful.

Andy berasa hairan. Sindora ada mengatakan dia mempunyai kekasih tapi kenapa abangnya tidak tahu. Mungkin ada rahsia di sebalik semua ini, syak Andy di dalam hati.

“Sebelum ni, dia takde teman lelaki ke bang?” tanya Andy. Dia ingin tahu serba sedikit tentang Sindora melalui abangnya.

“Masa zaman sekolah dulu, dia ada kawan dengan seorang lelaki. Pada satu hari tu abang terserempak dengan dia kat bandar. Dia cakap dengan abang, dia ada kelas tambahan rupa-rupanya dia nak jumpa dengan lelaki tu. Dia sanggup ponteng sekolah, itu yang abang marah sangat. Sebagai hukuman abang tinggalkan dia selama sebulan tapi duit belanja sekolah abang sediakan awal-awal.

“Semenjak hari tu dia serik nak kawan dengan mana-mana lelaki. Masa mula-mula dulu abang keluar rumah sekejap pun dia dah menangis. Dia takut abang akan tinggalkan dia lagi,” Saiful bercerita dengan panjang lebar. Andy tekun mendengar. Tegas juga abang Saiful ni terhadap adiknya. Patutlah Sindora bersikap dingin terhadapnya ketika mula berjumpa, desis hati kecil Andy.

“Andy sayang Sindora?” tanya Saiful dengan tiba-tiba telah menyentak lamunan Andy.

“Err…sa..yang,” jawab Andy teragak-agak. Dia tidak tahu apa perasaannya terhadap Sindora tetapi dia perlu berpura-pura untuk menjaga hati Saiful.

Lebar senyuman Saiful mendengar jawapan Andy walaupun dia tahu itu adalah dusta semata. Tiba-tiba dia berasa sebak.

“Satu sifat Sindora yang Andy perlu tahu. Dia akan buat apa sahaja untuk orang yang dia sayang. Apa sahaja…” dengan sayu Saiful berkata.

Jadi duit tu untuk teman lelakinya? Kalaulah abang Saiful tahu kenapa aku berkahwin dengan Sindora, keluh Andy di dalam hati.

“Andy, tolong jaga Sindora baik-baik. Beri dia kasih sayang. Kasihan dia. Ibu bapa kami meninggal dunia ketika dia masih remaja. Dia kesepian. Abang pula siang malam bekerja. Dia tidak pernah merungut bila berhari-hari abang tinggalkan dia. Dia cukup memahami walaupun abang tahu dia inginkan perhatian tapi apakan daya abang sibuk mencari rezeki untuk menampung kehidupan kami,” luah Saiful sambil mengeluh berat.

“Saudara yang lain takde ke bang?” tanya Andy. Dia mula rasa simpati terhadap Sindora yang tidak mendapat kasih sayang dari kedua ibu bapanya. Dia bernasib baik ibunya masih ada, cuma kematian bapanya waktu dia berumur 22 tahun yang lalu sedikit sebanyak membuat dia rasa kehilangan.

“Ada. Tapi waktu senang diorang suka tapi waktu susah, mereka menjauhkan diri. Entahlah, busuk-busuk pun tetap saudara kan?” balas Saiful sambil tersenyum pahit.

“InsyaAllah. Saya akan buat yang terbaik untuk Sindora. Abang jangan risau,” ujar Andy. Betulkah apa yang aku cakap ni? Huh… keluh Andy dalam hati.

“Andy kerja di mana?” tanya Saiful cuba mengalih topik perbualan.

“Pengarah Operasi di syarikat kejuruteraan peninggalan arwah ayah. Abang-abang saya juga turut menguruskannya.”

“Mereka tak kisah Andy kahwin dengan Sindora?”

“Apa maksud abang?” tanya Andy dengan hairan.

“Yalah. Kami anak yatim piatu, tak berharta. Tak kaya macam keluarga Andy,” ucap Saiful merendah diri.

“Saya ikhlas memilih Sindora sebagai isteri saya walau dalam keadaan apa sekalipun,” jawab Andy dengan lancar. Ahh…bohong lagi, desis hati Andy.

“Baguslah kalau macam tu. Lega abang dengar,” balas Saiful sambil ketawa kecil lalu menepuk-nepuk lengan Andy.

Andy juga ikut tersenyum. Dia mula merasakan kemesraan bakal abang iparnya itu.

SKSR - Chapter 7


“Kita nak ke mana ni Andy?” tanya Sindora dengan mata mengantuk.

“Kenapa dengan mata awak? Sembab aje, tak tidur ke semalam?” tegur Andy.

Sindora tidak menjawab. Dia menguap panjang. Kelakuan ‘tidak sopan’ itu diperhatikan oleh Andy.

“Kalau ya pun, tutuplah mulut tu. Selekehlah awak ni,” marah Andy. Sindora tidak mengendahkan teguran Andy.

Semalam dia tidur lambat. Dia menonton filem seram di TV, sudahnya dia tidak dapat melelapkan mata. Ingatkan hujung minggu begini dia boleh tidur sepuas-puasnya. Tapi sedang asyik lena dibuai mimpi, dia menerima panggilan dari Andy mengajak keluar. Dia menolak tetapi Andy sudah pun berada di depan rumahnya.

Kelam kabut dia mandi walaupun dalam keadaan masih mamai. Nasib baik dia masih ingat memakai baju tapi wajahnya dibiarkan tanpa solekan.

“Kita nak ke mana ni?” tanya Sindora lagi. Panasnya cuaca hari ini, bisik hati kecilnya. Dia menatap jam di tangan. Pukul 12.15 tengahari.

“Pergi jogging,” jawab Andy.

“Awak gila ke? Tak nampak matahari tegak kat kepala?” bentak Sindora. Dia merengus kecil.

“Kalau awak nak jogging, pergilah sorang-sorang. Saya nak balik sambung tidur,” ujar Sindora lagi. Mukanya mencuka.

“Saya bergurau aje tadi. Bila awak marah rasa mengantuk tu tentu hilangkan?” balas Andy.

Eleh, gurau konon. Dia ingat dia boleh pujuk aku, rungut Sindora di dalam hati. Dia kemudian mengamati Andy yang sedang memandu. Smart pulak aku tengok mamat ni hari ini. Berkaca mata hitam, baju kemeja merah berjenama polo dipadankan dengan jeans berwarna hitam.

“Kalau awak rasa dengan pandang muka saya lama-lama dapat menghilangkan rasa mengantuk awak tu, teruskan. Sambil tu boleh cuci mata kan?” perli Andy. Sindora berasa malu, kepala dipalingkan. Wajahnya merona merah.

“Malu pulak! Tadi pandang kita tak berkelip mata. Tengok tu. Muka dah merah,” ejek Andy sambil tergelak-gelak.

“Shut up!” balas Sindora. Dia mengerling tajam kepada Andy yang masih lagi tertawa.

“Awak ajak saya keluar ni semata-mata nak sindir-sindir saya ke? Well, I’m not interested to hear your stupid joke,” marah Sindora.

“Kita nak pergi cari baju pengantinlah cik Sindora.”

“Saya tak berminat dengan tu semua. Awakkan boleh pergi sendiri,” ujar Sindora. Dari hari tu dia mengelak tapi akhirnya dia terperangkap juga.

“Memanglah saya boleh beli baju saya sendiri tapi mana saya tahu saiz badan awak. Nanti kalau saya pandai-pandai beli baju awak, takut tak muat pula.”

“Awak nak pakai kain batik dengan T-shirt masa bersanding nanti ke?” kata Andy sambil tersenyum sinis. Sindora mencebik bibir.

“Saya tak naklah sanding-sanding ni. Nikah cukuplah.”

“Eh…mana boleh, saya nak merasa jugak jadi raja sehari.”

“Awak ni peliklah. Semua perempuan kalau boleh nak buat majlis besar-besaran. Nak tukar baju pengantin sampai berbelas-belas pasang, tapi awak nak beli baju sepasang pun tak nak.”

“Saya bukan semua perempuan ok. Awak kena ingat, saya terpaksa berkahwin dengan awak. Now, you expect me to be excited to all this?” balas Sindora, suaranya sengaja dikeraskan. Andy yang terasa hati terus mendiamkan diri.

Dia melirik mata ke arah Andy yang tampak muram, tentu dia tersinggung mendengar kata-katanya. Sindora menggigit bibir perlahan. Memang kalau dia sudah marah, semua orang akan merasa betapa pedas kata-katanya. Sindora sering menyumpah dirinya sendiri tentang sifat buruknya itu.

Suasana menjadi sepi, radio juga tidak di pasang. Tiada lagi suara Andy yang galak mengusiknya tadi.

“Kita cari baju. Tapi saya tak nak yang fancy sangat. Saya nak simple aje,” ujar Sindora dengan harapan Andy akan bercakap lagi tetapi lelaki itu hanya membisu.

Alaa…merajuklah pulak mat salleh celup ni. Macam perempuan, kuat merajuk. Dia lalu menggaru dahi yang tidak gatal.

Perutnya tiba-tiba berbunyi tanda minta diisi. Laparlah pulak, keluar rumah tadi aku lupa nak makan. Hisy, time macam ni ada aje hal, rungutnya perlahan.

“Kita pergi makan, awak nak makan apa?” tiba-tiba Andy bersuara.

“Hah!” Sindora tersentak. Eh, dia tak merajuk lagi. Macam tahu-tahu aje perut aku tengah nazak sekarang ni. Sindora tersenyum kecil.

“Saya tahu satu tempat makan yang special. Saya tunjukkan arahnya ok,” balas Sindora dengan ceria. Andy mengangguk tanpa senyuman.

Andy memberhentikan kereta di sebuah restoran yang dikatakan istimewa oleh Sindora. Dia melihat satu papan tanda yang besar di depan restoran dan menyebutnya perlahan ‘Sate Special Pak Mat’ seraya memandang Sindora yang sudah turun dari kereta.

“Jomlah,” panggil Sindora sambil menggamit tangan ke arah Andy. Dia lalu membuntuti Sindora dari belakang.

Memang unik restoran ni, puji Andy dalam hati. Dekorasi yang berkonsepkan Bali. Terdapat banyak lukisan yang berlatar belakangkan pemandangan di salah satu tempat tercantik di Indonesia itu. Kerusi dan meja makan juga berukir kayu jati. Mereka melabuhkan punggung di situ.

“Restoran ni menghidangkan makanan jawa, tapi yang special tu ialah satenya. Saiz lebih besar dari sate biasa, apa-apa sate pun ada, macam sate Kajang tapi ni special dari Johor,” beritahu Sindora tanpa di tanya.

“Awak ni, semua tempat makan yang special awak tahu kan,” ujar Andy.
“Saya ingat awak nak makan bubur lagi,” tambahnya.

“Bubur tu waktu malam aje buka, restoran ni buka dari pukul 10 pagi sampai 10 malam,” jelas Sindora seraya melambai seorang pelayan restoran yang berada di situ.

“Bagi saya 10 cucuk sate ayam dan 10 cucuk sate daging lembu dengan air suam,” pinta Sindora kepada pelayan tersebut.

“Awak nak apa?” tanya Sindora kepada Andy.

“Banyaknya awak order sate. Larat ke makan?” tanya Andy terkejut.

“Makanan kegemaran saya, mestilah order lebih,” balas Sindora dengan selamba.

Semua makanan adalah makanan kegemaran dia. Memang kuat makanlah dia ni, bisik hati kecil Andy.

“Encik mau makan apa?” pelayan perempuan itu bertanya dengan loghat Indonesia yang pekat.

“Bagi saya mee bandung dengan milo ais,” jawab Andy.

“Kak, cepat sikit ehh,” pinta Sindora kepada pelayan itu. Andy hanya tersenyum melihat telatah Sindora yang sedang menekan-nekan perutnya.

“Balqis!” Seorang lelaki yang agak berumur, berbadan gempal dan berkepala botak menghampiri Sindora.

“Pak Mat!” jawab Sindora dengan riang lalu mencium tangan lelaki itu. Lelaki itu mengusap lembut kepala Sindora yang bertudung.

“Pak Mat sihat?”

“Sihat. Pak Mat tengok Balqis pun makin sihat?” tanya lelaki itu dengan mesra. Sindora hanya tergelak kecil. Pak Mat mencuit bahu Sindora dan matanya melirik kepada Andy yang sedang memerhatikan mereka berdua.

“Oh ya, kenalkan ini Andy,” ujar Sindora yang terlupa seketika tentang kehadiran Andy di sisinya. Kedua lelaki itu bersalaman.

“Pak Mat tuan punya restoran ni dan dia orang kampung saya jugak,” beritahu Sindora. Andy cuma mengangguk.

“Balqis dah order ke?” tanya Pak Mat dengan ramah.

“Dah.”

“Lama tak nampak Balqis datang sini. Kali terakhir Balqis datang dengan Saiful kan?” soal Pak Mat lagi.

“A’ah, setahun yang lepas. Balqis sibuklah Pak Mat. Tapi sebenarnya Balqis dah rindu nak makan sate kat sini,” jawab Sindora dengan manja.

“Rindu sate aje ke? Dengan Pak Mat, Balqis tak rindu?” usik Pak Mat kepada gadis itu.

“Rindu jugak,” jawab Sindora sambil tersenyum.

Andy berdehem beberapa kali menyebabkan Sindora tersedar. Pak Mat memandang Sindora sambil tersenyum penuh makna.

“Ekus (Excuse) me Mr.Andy, beside sate, we oso (also) serve nasi ambang spesel (special), wud (would) you like to terai (try)? If you don’t like nasi we oso (also) got westen pot (western food),” beritahu Pak Mat dengan broken englishnya.

Sindora yang mendengar berdekah-dekah ketawa.

“Kenapa Balqis, Pak Mat salah cakap ke?” tanya Pak Mat yang kehairanan. Sindora dengan sisa-sisa ketawa berkata,

“Dia ni melayulah Pak Mat, tak payah nak cakap English. Kelakarlah bila Pak Mat speaking tadi,” Sindora masih meneruskan ketawa sehingga muka menjadi merah.

“Macam manalah kalau betul-betul mat salleh yang datang. Agak-agaknya diorang faham tak apa yang Pak Mat cakap? Nanti lain yang diorang minta lain yang Pak Mat bagi,” usik Sindora.

“Minta maaflah Encik Andy. Saya ingat awak ni pelancong,” ucap Pak Mat tersipu-sipu malu.

“Takpe,” jawab Andy.

“Balqis ni kuat mengusik Encik Andy. Kena tahan sikit kalau berkawan dengan dia,” bisik Pak Mat kepada Andy sambil menjeling kepada Sindora yang tersengih-sengih.

Andy cuma tersenyum, wajah Sindora terus di tatapnya.

“Balqis, Pak Mat masuk dalam dulu. Sate yang kamu order pun dah sampai. Selamat menjamu selera Encik Andy,” Pak Mat meminta diri. Sindora memandang Pak Mat yang berlalu dengan ekor matanya.

Andy masih lagi memandang Sindora yang masih tersenyum-senyum. Renungannya tidak disedari oleh gadis itu.

“Wah, ketawa besar awak hari ini ya! Seronok dapat mengusik saya dengan Pak Mat?” tegur Andy.

“Sesekali jumpa, seronok kalau dapat usik dia. Lagipun tadi awak dah puas usik saya kan? Saya pun balas baliklah,” jawab Sindora tersenyum nakal.

“Kenapa Pak Mat panggil awak Balqis? Siapa awak sebenarnya?” Dia memang dari tadi ingin menanyakan soalan itu kepada Sindora.

“Nama penuh saya Sindora Balqis binti Abd Rahman. Pak Mat susah nak sebut Sindora so dia panggil nama saya yang lagi satu. Kenapa? Tak percaya? Nak tengok Mykad saya ke?” Sindora lalu membuka dompet.

“Eh, tak payahlah,” tegah Andy.

“Siapa Saiful?” tanya Andy berbaur cemburu. Dia mencuri dengar perbualan Sindora yang pernah makan di sini dengan seseorang bernama Saiful.

“Boyfriend,” jawab Sindora bersahaja. Bukan dia sengaja hendak berbohong kepada Andy tetapi dia ingin tahu reaksi lelaki itu. Dikerling matanya kepada Andy yang kelihatan sedang mengetap bibir.

“Awak dah bagitau kekasih awak tentang kita?” soal Andy.

“Sudah,” jawab Sindora ringkas. Dia menghulurkan pinggan yang berisi sate kepada Andy tetapi Andy hanya menggeleng.

“So, what did he said about us?” soal Andy lagi.

“Nothing,” jawab Sindora sambil mengunyah. Dahi Andy berkerut.

“He beloved girlfriend is getting married and he said nothing?” soal Andy dengan nada yang sinis.

“He understand when I said this marriage is strictly about money,” balas Sindora. Andy yang sedang menikmati mee bandung menghentikan suapan.

“Kenapa dia tak tolong awak dan biarkan awak berkahwin dengan orang lain?

“Atau dia yang perlukan duit tu,”

“Is he really love you?”

Wajah Sindora berubah. Dia terasa dengan soalan Andy yang bertalu-talu. Dia mengecilkan matanya, wajah lelaki itu ditatap.

“Kenapa awak berminat sangat nak tahu hal peribadi saya? Ada saya tanya hal peribadi awak tak? Takde kan? So, please stay out of it,” jawab Sindora dengan marah.

“Opps!... sorry,” ujar Andy. Sindora sudah hilang selera, dia hanya memandang sate di depannya dengan wajah yang keruh.

“Please enjoy your meal,” ujar Andy lagi. Sindora hanya membisu. Tangannya yang lincah menyuap sate sebentar tadi terus kaku di atas meja. Andy yang tampak bersalah memegang jari jemari Sindora lalu digenggamnya erat.

“I’m so sorry Sindora. Lupakan apa yang saya cakap tadi ok,” rayu Andy. Entah kenapa dia kurang senang apabila Sindora menyebut tentang teman lelakinya walaupun dia yang memulakan pertanyaan dan tanpa disedari soalannya telah menyinggung perasaan Sindora.

Sindora cuba menolak tangan Andy yang bertaut dengan tangannya tetapi genggaman lelaki itu begitu kejap sehingga sukar dia melepaskan.

“Lepaskan tangan saya ni,” pinta Sindora tapi Andy semakin menguatkan genggaman.

“Awak maafkan saya dan makan sampai habis sate ni, baru saya lepas,”Andy tersenyum nakal.

“Saya dah kenyang,” jawab Sindora. Andy menjegilkan matanya.

“Awak order bukan main banyak tapi makan sikit aje,” rungut Andy.

“Awak yang dah bantutkan selera saya,” marah Sindora.

“Ok, ok. I stop talking,”Andy mengangkat tangannya yang sebelah lagi seperti orang berikrar. Andy tergelak kecil melihat Sindora yang berhempas pulas untuk melepaskan tangannya.

“Anna!” keluar nama itu dari mulut Andy sambil matanya memandang ke depan tanpa berkelip. Tangan yang mengenggam jemari Sindora dilepaskan.

Sindora hairan memandang Andy yang ternganga, dia lantas menoleh ke belakang. Seorang gadis tinggi lampai, berambut kerinting paras pinggang sedang menatap tajam ke arah mereka. Sindora mengamati gadis itu yang berseluar jeans dan memakai blouse berjalur putih merah tanpa lengan. Cantiknya perempuan ni! Macam pernah aku nampak tapi kat mana ehh?

Gadis itu menghampiri mereka. Dia memandang Andy yang sedang tergamam.

“Hai Andy,” sapa gadis itu.

“Awak buat apa kat sini?” tanya Andy dengan dingin.

“Saya beli sate tapi nak bungkus aje,” jawab Anna. Dia memandang Sindora lalu mengukir senyuman kecil. Sindora juga turut tersenyum.

“Saya Sindora, awak kawan Andy ke?” tanya Sindora dengan ramah, dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Sharifah Anna.”

“Marilah join kita orang. Sate pun banyak lagi ni,” pelawa Sindora. Andy hanya mendiamkan diri. Wajahnya dipalingkan ke arah lain.

It’s ok. Saya tak boleh lama. Adik saya tengah tunggu dekat kereta,” tolak Anna dengan lembut. Matanya dikerling ke arah Andy yang tidak mempedulikannya. Dia mengetap bibir perlahan.

“See you later Andy,” ujar Anna. Dia berpaling sambil merengus kecil.

“Siapa tu?” tanya Sindora kepada Andy yang sedang menghirup minuman. Pertanyaan Sindora dibiarkan sepi.

“Cantiknya! Macam model,” gumam Sindora memuji Anna. Andy yang mendengar hanya tersenyum kelat.

“Cantik kalau perangai buruk, tak guna jugak,” ucap Andy perlahan. Sindora mengangkat kening tanda tidak mengerti.

“She’s my ex fiancee,” jelas Andy. Sindora membulatkan mata.

Tiba-tiba dia berasa rendah diri. Dia membandingkan dirinya dengan Anna, macam langit dengan bumi! Dia memandang Andy yang bersahaja. Tidak menyesalkah dia melepaskan gadis secantik Anna?

“Kenapa awak putus tunang?” tanya Sindora ingin tahu.

“Kami tak serasi lagipun dia pilihan mak saya,” jawab Andy. Sindora mencebik bibir.

“Nasib dia baik. Tak sempat jadi mangsa,” ujar Sindora.

“Apa maksud awak?”Andy menatap tajam wajah Sindora.

“Mangsa untuk dapatkan harta,” balas Sindora selamba. Tiba-tiba hati Andy panas mendengar sindiran Sindora.

“Tapi dia tak terdesak sehingga sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan duit,” perli Andy pula. Sindora yang mendengar tiba-tiba tersentap.

“Awak kata saya?” marah Sindora.

“Awak yang mulakan dulu,” bidas Andy.

“Sekurang-kurangnya saya jujur, saya lepaskan dia sebab saya takde apa-apa perasaan terhadap dia. Saya tidak mengkhianati cinta macam awak,” tambah Andy cuba menambahkan kemarahan Sindora.

Sindora berasa sedih dengan kata-kata pedas dari Andy. Air jernih sudah mula bertakung di kelopak mata. Suasana yang penuh gelak ketawa tadi menjadi tegang.

“Awak nak ke mana?” soal Andy apabila melihat Sindora bingkas bangun.

“Saya nak balik. Saya takde mood nak tengok muka awak,” jawab Sindora sambil menyeka air mata yang mula menitik.

Oh ya! For your information, Saiful tu abang kandung saya. Dia yang akan mewalikan saya masa pernikahan kita nanti,” beritahu Sindora. Andy tersentak, dia memandang Sindora yang berlalu pergi.

“Sindora! Tunggu…” Andy berlari mendapatkan Sindora yang semakin jauh. Dia mencapai tangan gadis itu.

“Let go my hand.” Dengan kasar Sindora merentap tangannya.

“This is your fault, awak yang perli saya. Kenapa tiba-tiba awak yang terasa hati?” luah Andy sambil termengah-mengah.

“Ok, ok, salah saya. Saya minta maaf and now please leave me alone,” jawab Sindora dengan keras.

“Calm down, we have to talk about us. No more sarcastic word and no more argument,” pujuk Andy. Sindora bungkam. Betul kata Andy. Aku jugak yang salah tadi, akui Sindora di dalam hati. Akhirnya Sindora mengalah, dia mengangguk. Andy tersenyum lega.

“Awak tunggu sekejap. Saya nak bayar bil,” ujar Andy lalu berlari semula ke restoran.

“What’s your plan after we married?” soal Sindora. Mereka berdua di dalam kereta sambil menikmati pemandangan di sekitar Stulang Laut.

“We move together dan jalani kehidupan macam biasa. You can do whatever you want. Kita hormati hak peribadi masing-masing,” jawab Andy. Sindora tersenyum meleret, dia teringat satu drama korea yang berkisar tentang perkahwinan kontrak.

“Cerita kita ni macam dramalah, but that story ending with they love each other. We are different,” luah Sindora.

“Are you sure you will never falling in love with me?” tanya Andy.

“No,” jawab Sindora sambil menggeleng. Dia yakin cintanya kepada Syed tidak akan beralih arah. Dia memandang Andy yang berwajah serius.

“Are you?” tanya Sindora, dia ingin tahu perasaan Andy terhadapnya.

“Yes, I’m falling in love with you,” jawab Andy bersahaja. Sindora terpempan. Dia terkejut dengan jawapan Andy, hatinya mula rasa berdebar-debar. Dia terkebil-kebil memandang Andy.

Andy yang sedari tadi cuba menahan ketawa akhirnya pecah juga. Dia berdekah-dekah.

“No, I’m not. Awak percaya ehh?” ujar Andy sambil meneruskan gelak. Sindora menatap Andy dengan lama. Baru pertama kali dia melihat lelaki itu ketawa besar. Wajahnya yang putih merah itu menjadi semakin merah.

“It would never happen between us ok,” ucap Andy setelah ketawanya reda.

“You always be my friend Sindora. No matter what,” kata Andy lagi sambil tersenyum.

Sindora menarik nafas lega. Tersentuh sedikit hatinya dengan gurauan Andy tadi. Diam-diam dia mengakui tidak mungkin lelaki sekacak Andy jatuh cinta dengan gadis biasa sepertinya. Tapi Syed kacak juga, kenapa dia suka kat aku? Ahh… ini semua takdir, desis hatinya.

“Awak dah bersedia nak kahwin dengan saya Sindora?” soalan Andy secara tiba-tiba itu menyentak lamunan Sindora.

Sindora tidak segera menjawab, dia masih lagi berfikir. Walau apa pun dia sudah terhutang budi kepada Andy. Kalau tidak kerana lelaki itu mungkin masalahnya sampai sekarang masih belum selesai. Setelah agak lama mendiamkan diri akhirnya dia bersuara.

“Yes, I’m willing to do it,” jawab Sindora dengan bersungguh-sungguh.

“Well then. Shall we go?”

“Where?” tanya Sindora dengan hairan.

“Hai dah lupa ke? Our original planlah, cari baju. Sebab nak pujuk awak saya terpaksa bawa awak ke sini,” Andy menjuihkan bibirnya. Sindora tersenyum nipis.


“Ok. Let’s go,” jawab Sindora. Andy terus memecut laju kereta.

SKSR - Chapter 6


“Sindora berasal dari mana?” soal Puan Azie kepada bakal menantunya.

“Batu Pahat auntie,” jawab Sindora dengan sopan.

“Ibu bapa masih ada?”

“Sudah meninggal. Kemalangan jalan raya.”

“Ada saudara mara yang lain?”

“Saya ada seorang abang. Dia kerja di Kuala Lumpur.”

“Sindora kerja di mana?”

“Kerja kilang aje auntie,” jawab Sindora dengan gugup.

“Dah lama kenal Andy?”

“Baru 3 bulan.”

Sindora menoleh kepada Andy yang sedang asyik mendengar soal jawab antara dia dan Puan Azie.

“Umur berapa?” tanya Puan Azie lagi.

“29 tahun.”

“Oh…” Puan Azie mencemik muka.

Sindora mulai gelisah. Dia tidak selesa dengan pertanyaan demi pertanyaan yang dilontarkan kepadanya. Lagipun mata Puan Azie asyik merenung dirinya dari atas ke bawah. Ada yang tak kena dengan aku ke? tanya hati kecil Sindora.

Sindora membelek dirinya sendiri. Dia memakai sepasang baju kurung berwarna merah jambu muda bersulamkan bunga-bunga kecil yang berwarna biru, dengan solekan tipis dan berselendang putih terserlah keanggunannya. Walaupun tidak secantik perempuan lain tetapi dia perasan mata Andy tidak berkelip memandangnya tadi.

Semasa Andy memberitahu bahawa ibunya ingin berjumpa, Sindora berasa sedikit bimbang untuk melihat reaksi bakal ibu mentuanya nanti. Dia sedar dengar latar belakang kehidupannya pasti wanita itu tidak bersetuju dan dia dapat merasakannya sekarang.

“Sindora, mari kita ke meja makan,” pelawa Andy.

“Andy, ikut mak kat dapur. Tolong bawakan air minuman,” pinta Puan Azie.

“Sindora duduklah dulu ya. Auntie nak hidangkan makanan,” ujar Puan Azie sambil tersenyum.

“Saya tolong auntie ya?” Sindora menawarkan diri.

“Eh…takpe. Biar Andy yang buat, dia dah biasa buat kerja rumah.” Puan Azie melirikkan mata kepada Andy yang kelihatan bersahaja.

“Andy, kamu serius ke nak kahwin dengan perempuan tu?” Puan Azie menarik tangan Andy ke sudut dapur setelah pasti Sindora tidak dapat mendengar perbualan mereka.

“Seriuslah. Kenapa mak?” soal Andy hairan.

“Mak tak puas hati dengan latar belakang dia. Anak yatim piatu, kerja kilang pulak tu. By the way, she’s older than you,” beritahu Puan Azie sambil memuncungkan bibir.

“Dua tahun aje. Itu semua tak penting mak. Saya tengok dia lain dari perempuan yang saya kenal. Saya pasti dia boleh membahagiakan saya,” jawab Andy. Dia perlu berpura-pura yakin dengan keputusannya untuk mendapat restu Puan Azie.

“Kenapa tak pilih Anna aje? Dia lagi cantik dari perempuan tu.”

“Tak cantik mak cakap. Mak tengok betul-betul Sindora tu, kulit putih, gebu. Andy peluk pun sedap tau mak,” gurau Andy sambil terkekeh-kekeh ketawa. Puan Azie dengan pantas mencubit lengan anak lelakinya itu.

“Aduh!”Andy menyeringai sakit sambil menggosok-gosok lengannya yang terasa perit.

“Sudah! Pergi ambil minuman ni, hidang kat meja makan. Nanti bakal isteri kamu tu tertunggu-tunggu pulak,” ujar Puan Azie sambil berlalu meninggalkan Andy dengan perasaan yang geram.

“Saya faham kalau mak awak tak suka saya,” ujar Sindora selepas pulang dari rumah ibu Andy. Sindora menoleh Andy yang sedang memandu, tiada respons dari kata-katanya.

“Awak dengar tak apa yang saya cakap?” soal Sindora.

“Dengar,” jawab Andy tanpa menoleh kepadanya.

“Kalau macam tu, tak payah kahwinlah,” ucap Sindora lagi.

Andy hanya mendiamkan diri. Kata-kata Sindora bagai angin lalu dibiarkan sepi. Dia terus memandu kereta menuju ke tepian tasik, tempat mereka selalu bertemu. Di situ dia memberhentikan kereta.

Suasana gelap menyelubungi tasik, ada beberapa tiang lampu di situ tetapi kebanyakannya tidak berfungsi. Sindora memandang jam di pergelangan tangan, sudah pukul 10 malam. Dia memandang ke luar. Tiada kelihatan kereta lain selain dari kereta Andy di situ.

“Andy, marilah balik,” rayu Sindora.

Andy tidak mengendahkan kata-kata Sindora malah dia bernyanyi-nyanyi kecil mengikuti irama muzik pada radio yang terpasang sambil tangannya mengetuk-ngetuk stereng kereta.

Sindora berasa gementar. Dia membaca doa di dalam hati dan bermohon kepada Allah semoga dilindungi dirinya dari sebarang bahaya. Tidak pernah dalam hidupnya berduaan-duaan dengan lelaki di dalam kereta dan dalam keadaan yang gelap begini.

Tiba-tiba Andy berpaling ke arah Sindora, tubuhnya bergerak menghampiri gadis itu.

Helaan nafas dapat di dengar oleh Sindora kerana tubuh lelaki itu hanya seinci dari tubuhnya. Mata Andy merenung dengan tajam sebelum beralih memandang pada bibirnya. Sindora seolah terpukau dengan renungan itu, tubuhnya terus menjadi kaku.

Tiba-tiba dia terasa tali pinggang yang melingkari tubuhnya terlepas.

“Tak rimas ke pakai seat belt? Saya dah bukakan untuk awak,” Andy berkata selamba.

Sindora yang tergamam dengan perlakuan Andy yang spontan itu hanya mendiamkan diri.

“Pasal mak saya tu, janganlah awak risau. Dia tak kisah siapa pilihan saya asalkan saya kahwin,” beritahu Andy.

“Sebenarnya bukan pasal tu saja,” ujar Sindora perlahan.

“Saya tak cintakan awak. Saya cintakan orang lain,” katanya lagi.

“Saya pun tak cintakan awak.” Sindora tersentak mendengar jawapan dari Andy.

“Habis tu, kenapa awak nak kahwin dengan saya?” soal Sindora hairan.

“Saya dah beritahu awak kan. Kalau tak kahwin, mak saya takkan lepaskan harta saya dan awak tak dapatlah duit tu. Sekarang semua dah jadi milik saya,” jelas Andy.

Sindora menundukkan kepala. Tidak benar apa yang katakan oleh Amran bahawa lelaki ini ada hati padanya. Andy berkahwin semata-mata inginkan duit dari ibunya. Barulah dia mengerti sekarang.

“Kita berkahwin bukan kehendak perasaan. Awak bebas mencintai orang lain begitu juga saya. Selepas setahun, kita boleh berpisah tapi…” kata-kata Andy terhenti seketika.

Sindora mendongak, dia menantikan penjelasan lelaki itu seterusnya.

“Tapi saya tidak boleh batalkan perkahwinan ini, dah terlambat. Kita kena teruskan juga. Saya tak mahu harta saya di ambil balik,” ujar Andy dengan tegas.

“Tolonglah Andy. Saya tak sanggup nak teruskannya,” rayu Sindora yang sudah bergenang air mata.

“Look here Sindora! We both are desperate person. Don’t be so selfish or else you will regret it,” ugut Andy sambil menatap tajam kepadanya.

Sindora berasa kecut. Cepat-cepat air matanya diseka dengan tangan. Dia tidak menyangka Andy akan berkata sedemikian, dia hanya ingin lelaki itu mengerti perasaannya tetapi dia silap.

“Pakai seat belt tu. Kita dah nak bergerak ni,” arah Andy. Sindora tersentak lalu dengan pantas dia mengikut sahaja.

Andy menghidupkan enjin kereta, brek tangan diturunkan, menukar gear lalu menekan pedal minyak. Kereta meluncur laju membelah angin malam yang pekat.

****************************************

“Arrgh!” jerit Sindora perlahan. Dia bersandar di kerusi sambil berpeluk tubuh. Matanya memandang skrin komputer sedangkan fikiran telah melayang entah ke mana.

Masih terngiang-ngiang kata-kata Andy 2 hari yang lepas. Sampai sekarang peristiwa itu sedang bermain-main di kepalanya.

“Sayang…” panggil Syed kepada Sindora tetapi tiada jawapan.

“Sindora!” panggil Syed lagi. Kali ini dengan suara yang lebih kuat.

“Huh!” Sindora tersedar. Dia memandang Syed yang sedang berdiri memerhatikannya.

“Dah lama awak di sini?” soal Sindora.

“Ada dalam 5 minit. Termenung jauh nampak,” ujar Syed.

“Mana ada. Saya banyak kerjalah,” nafi Sindora. Dia berpura-pura mencari fail kemudian mengetuk-ngetuk papan kekunci komputer. Syed tersenyum. Dia tahu Sindora berbohong.

“Saya sebenarnya nak ajak awak makan,” jelas Syed.

“Takpelah. Saya tak lapar,” Sindora menolak lembut.

“Jomlah. Temankan saya,” pujuk Syed. Sindora memandang Syed yang tersenyum manis. Tidak sampai hati menolak pelawaan Syed lantas dia mengangguk.

Ketika hendak melangkah keluar, tiba-tiba telefonnya berdering. Sindora teragak-agak untuk mengambil panggilan. Dia memandang Syed yang kelihatan bersahaja.

“Hello.”

“Sindora,” suara Andy di talian.

“Ya,” Sindora menjawab malas.

“Petang ni saya jemput awak balik kerja. Kita pergi ke kedai. Cari baju,” ujar Andy.

“Baju apa?”

“Baju pengantinlah. Lagi 3 minggu kita kahwin kan? Kad jemputan pun mak saya dah tempah,” beritahu Andy.

“Sayang, saya tunggu di luar.”

“Siapa tu?” Andy yang terdengar suara Syed bertanya dengan nada curiga.

“Saya banyak kerja. Awak pergilah sendiri.”

Tanpa menjawab pertanyaan Andy dia cepat-cepat mematikan telefon. Dia tidak berminat untuk membuat persiapan perkahwinan. Biar Andy sahaja yang menguruskannya sendiri.

“Kita nak pergi mana ni awak?” Sindora bertanya kepada Syed yang sedang memandu.

“Pergi makan. Tadikan saya dah bagitau,” jawab Syed.

“Saya ingat awak nak ajak makan kat kantin aje,” ujar Sindora.

“Sesekali kita makan luar. Hari-hari makan kat kantin, jemu jugak kan?”

“Kalau hari-hari macam ni, badan saya yang gemuk ni bertambahlah saiznya.” Sindora cuba berlucu. Tanpa di sangka lelaki itu ketawa dengan kuat.

“Gemuk pun cute kan?” Syed mengenyitkan mata.

Sindora tersenyum. Apa sahaja yang dikatakan oleh Syed seringkali membuatkan dia berasa senang di sampingnya. Oh Tuhan! Tak sanggup aku untuk melukakan hatinya.

“Syed, Sin minta maaf ya,” pinta Sindora.

“Untuk apa?”

“Perselisahan faham kita hari tu,” Sindora cuba menerangkan keadaan sebenar.

“Saya salah sangka terhadap awak dan tiba-tiba saya telah buat keputusan tanpa kerelaan hati saya. Percayalah, saya tak cintakan dia. Sin… ”

“Lupakan saja,” Syed memotong kata-kata Sindora.

“Betul awak tak marah?” soal Sindora untuk mendapatkan kepastian.

“Hmm…” jawab Syed sambil mengangguk.

“Tapi saya dah nak kahwin. Macam mana dengan hubungan kita?” Sindora bingung memikirkan masa depannya.

“Saya setia menanti awak, Sin. Kalau saya ada duit saya akan bayarkan untuk awak.”

“Tak perlu awak bersusah payah kerana saya. Saya sendiri akan bayar. Hanya kasih sayang awak yang saya mahu,” ucap Sindora dengan sayu.

“I love you Sin. I always will. I promise,” ucap Syed. Tangan Sindora dicapai dan digenggam erat.

Sindora tersenyum mendengar. Barulah hatinya menjadi lega. Perkahwinan ini tidak bererti apa-apa selagi Syed mencintaiku. Tetapi Sindora ada sedikit berasa curiga. Syed begitu memahami seolah-olah dia sudah tahu cerita yang sebenar. Kenapa dia tak mahu dengar penjelasan aku tadi?

“Dah sampai pun. Jom,” suara Syed mengejutkannya dari lamunan. Kereta berhenti betul-betul di depan restoran Singgah Selalu.

***************************************

“Tok..tok..tok..” Daun pintu diketuk bertalu-talu.

“Iz…”

“Iz, cepatlah turun, makan.”

Kedengaran pintu di buka dari dalam. Terjengul wajah lelaki yang sedang menguap dan menggosok-gosok matanya yang merah. Lelaki itu kembali ke katil dan baring semula.

“Bangunlah Iz. Mama ajak makan,” ujar Anna sambil melabuhkan punggung di birai katil.

“Dah berapa hari kau asyik berkurung aje kat bilik ni, tak rimas ke?”

“Iz, aku rasa aku nak berbaik semula dengan Andy. Apa pendapat kau?”

“Bila aku dengar dia nak kahwin, aku rasa menyesal pulak. Masa tu baru aku sedar yang aku masih sayangkan dia.”

“Kau tolong aku ehh. Kau cubalah pujuk dia.” Anna memandang adiknya yang masih lagi tidur. Dia merengus geram.

“Bangunlah!” jerit Anna lalu paha adiknya yang terdedah itu ditampar.

“Aduh!” lelaki itu terpisat-pisat bangun kerana terkejut.

“Kau kalau tak dera aku satu hari boleh tak? Sakitlah.” marah lelaki itu sambil menyeringai lalu berbaring semula.

“Padan muka! Orang cakap tak dengar. Aku suruh kau bangun. Mama tunggu kat bawah tu,” jerkah Anna.

“Syed Izham!!!” Anna yang tidak tahan dengan tingkah adiknya menjerit lantang.

“Apaa?” jawab lelaki itu acuh tak acuh dengan mata terpejam.

“Eeei... malaslah nak layan kau ni. Kalau lapar nanti, pandai-pandailah turun,” Anna mendengus marah. Dia melangkah keluar lalu daun pintu di tutup dengan kuat.

Syed membuka mata. Dia mengusap-usap pahanya yang merah. Sebenarnya dia berpura-pura tidur tadi. Dia mendengar segala apa yang di katakan oleh Anna. Nafas dihela dengan panjang. Tiba-tiba dia berasa sebak.

Fikirannya mula melayang mengingati peristiwa yang telah membuatkan dia serba tak keruan.

“Hai Iz, lama tak nampak kau hang out kat sini?” sapa Nizam kepada Syed yang sedang lepak di Luna Bar, sebuah pusat hiburan yang terkemuka di Johor Bahru.

“Dah lama sampai?” tanpa menjawab pertanyaan, dia bertanya balik kepada Nizam yang dilihatnya keseorangan.

“Baru saja.” Nizam menggamit seorang waiter yang kebetulan lalu di situ.

“Coke please,” pintanya.

“Kau datang sorang saja ke, mana girlfriend?” tanya Syed.

“Dia takde mood hari ini. Period,” jawab Nizam dengan selamba menyebabkan Syed tergelak kecil.

“Kau pun aku tengok moody aje. Period jugak ke?” usik Nizam apabila melihat wajah Syed yang tampak muram.

“Merepeklah kau ni,” Syed tersenyum hambar.

“Andy mana? Selalu kau dengan dia macam belangkas.”

“Dia dah nak kahwin. Tentulah tengah dating sekarang ni,” jawab Nizam.

“Opps! Sorry about your sister.”

“It’s ok. Aku tak kisah kalau dia tak jadi saudara aku pun. We still friends right?” ujar Syed. Nizam hanya mengangguk.

“Wah! Tak sangka dia dah nak kahwin kan? Aku ingat dia masih frust lagi sejak putus dengan kakak aku,” ucap Syed yang terperanjat dengan berita itu.

“Tapi aku kasihan tengok si Andy tu. Dia kahwin pun bukan kerana cinta,” ujar Nizam.

“Habis tu, pilihan keluarga ke?”

Nizam menggeleng. Dia serba salah ingin bercerita tapi bila dia fikirkan balik, mereka bertiga sudah lama berkawan sejak di universiti lagi, tentu Andy tidak kisah kalau Syed juga tahu tentang keadaan dirinya sekarang.

“Actually macam ni. Dia ada seorang member tapi perempuanlah. Perempuan tu perlukan duit tapi Andy tak pasti untuk apa. Dia minta tolong Andy. Kau tahulah Andy ni jenis yang lembut hati. Kalau aku berada kat tempat dia memang aku cakap takde,” beritahu Nizam.

“Untuk tolong perempuan tu, dia kenalah kahwin baru mak dia setuju lepaskan segala asset dia,” sambung Nizam lagi.

“Ohh!... perempuan tu setuju ke?”

“Terpaksalah dia korbankan masa depan. Hmm…, kesian, Sindora, Sindora.” Berderau darah Syed mendengar nama yang tercetus dari mulut Nizam.

“Apa kau cakap tadi?”

“Cakap apa?” Nizam yang hairan bertanya balik.

“Tadi last kau ada cakap nama seseorang,” Syed ingin menyebut nama Sindora tapi dia tidak mahu Nizam menaruh syak.

“Sindora, kenapa?”

“Siapa tu?” hatinya berdebar-debar mendengar nama yang Nizam sebut.

“Nama perempuan yang akan kahwin dengan Andy. Sedapkan nama tu?” jawab Nizam. Wajah Syed tiba-tiba berubah. Dia terkedu seketika.

“Kau kenal dia?”

“Tak. Tapi dari apa yang Andy terangkan, perempuan tu iras pelakon Zizie Ezette.”

Hati Syed berdetak. Sah…memang sah Sindora yang sedang mereka perkatakan itu adalah kekasihnya. Adakah ini permainan takdir? Sahabat karibnya yang juga bekas tunang kakaknya bakal menjadi suami kepada gadis yang dicintai separuh mati.

Syed tertunduk lemah. Mahu sahaja dia mengalirkan air matanya di situ tetapi cuba di tahan. Nizam yang tidak mengerti apa-apa hanya memandang Syed dengan hairan.

“Kenapa dengan kau ni?” tanya Nizam yang melihat Syed tiba-tiba murung.

“Kau sedih sebab best friend kita tu kahwin ke?”

“Takdelah,” jawab Syed perlahan cuba menutup kesedihan yang bersarang di hati.

“Kau tahu berapa lama diorang kahwin?”

“Setahun kot. Atau mungkin sampai bila-bila,” jawab Nizam sambil tersengih.

“Apa maksud kau?”

“Dia macam dah sangkut dengan perempuan tu. Kalau tak, takkan senang-senang dia nak kahwin kan? Kita kenal Andy dah lama. Tentu kau tahu dia mana pernah serius dengan mana-mana perempuan. Dia tunang dengan Anna pun sebab mak dia dengan mak kau kawan baik. Itu pun mula-mula dulu susah dia nak terima. Tapi dengan Sindora ni, senang aje. Macam dah jodoh dia.”

Syed berasa resah setelah mendengar penjelasan dari Nizam yang tentunya tidak mengerti apa-apa tentang perasaannya ketika itu. Tak mungkin Andy akan jatuh cinta dengan Sindora. Tak mungkin! Hati kecilnya memberontak.

Laungan Azan yang berkumandang di masjid yang berdekatan dengan rumah banglo dua tingkat itu mengejutkan Syed dari lamunan. Syed menatap jam di dinding, pukul 7.05 malam. Dia mengesat air mata yang mengalir. Walau apa pun terjadi Sindora akan tetap menjadi milik aku! Tekadnya dalam hati.

Thursday, May 7, 2009

SKSR - Chapter 5


Hari ini Sindora bercuti setengah hari. Dia ke bank yang terletak di Plaza Angsana untuk memasukkan duit sebanyak RM20,000 ke dalam akaun abangnya. Duit itu adalah hasil titik peluhnya selama dia bekerja di kilang. Dia masih kekurangan RM30,000. Pertemuannya dengan Andy telah memberinya sedikit harapan walaupun dia tidak pasti Andy mampu atau tidak dapat menolongnya.

Perutnya tiba-tiba terasa lapar. Baru dia teringat dari pagi tadi dia tidak menyentuh sejamah makanan pun. Oleh kerana ingin balik awal, kerja-kerja ofis di siapkan terlebih dahulu sampai dia lupa untuk makan.

Sindora menuju ke gerai makan yang berdekatan untuk mengalas perut. Di kala itu dia terpandang Syed bersama dengan seorang gadis yang sungguh cantik. Mata Sindora terpaku melihat mereka yang begitu mesra sekali. Hatinya menjadi sebak.

Airmata laju membasahi pipi, dadanya sakit melihat kejadian itu. Sampai hati Syed menduakannya. Mungkin betul apa kata Amran, Syed seorang playboy. Hati kecilnya merintih sedih.

Perutnya yang lapar di biarkan sahaja. Dia cepat-cepat ingin balik. Dia tidak sanggup melihat adegan itu dengan lebih lama. Dia akan lebih terluka kalau Syed perasan akan kehadirannya. Mungkin juga Syed akan memalukannya di depan gadis itu.

Patutlah dia sudah lama tidak melihat Syed di kilang. Rupa-rupanya sedang berfoya-foya. Aku sahaja yang bodoh sukakan dia selama ni. Sindora mendengus geram.

“Cik nak ke mana?” tegur pemandu teksi dengan lembut.

“Balik.”

“Yalah, balik mana?”

“Balik rumahlah.” Tak pasal-pasal pemandu teksi yang tidak bersalah itu menerima jerkahannya.

Pemandu teksi itu menggeleng-gelengkan kepala. Dalam keadaan begini dia hanya mampu bersabar menangani ragam pelanggan.

“Maafkan saya. Hantar saya ke BBU.” Sindora akhirnya sedar akan kekasarannya. Tidak sepatutnya dia melepaskan geram kepada orang lain.

“Takpe.” Pemandu itu faham. Teksi meluncur laju menuju destinasi yang disebutkan tadi.

*****************************************

“Mak, Andy nak kahwin,” beritahu Andy kepada ibunya.

“Kenapa tiba-tiba nak kahwin pulak ni?” Puan Azie berasa hairan dengan sikap anak bongsunya. Baru 3 bulan lepas mereka putus tunang tiba-tiba nak kahwin pulak, getus hati kecilnya.

“Anna setuju ke?” soal Puan Azie.

“Siapa cakap Andy nak kahwin dengan dia?”

“Habis tu, kamu dah ada calon?”

“Belum.”

“Aduh! Pening kepala mak ni Andy. Kamu ni nak kahwin tapi tak tau nak kahwin dengan siapa, mesti ada something wrong ni?” Puan Azie merungut marah.

“Takde apa-apalah mak, cuma Andy memang rasa nak kahwin sekarang.”

“Nanti mak bincang dengan auntie Emma. Kalau-kalau Anna nak kat kamu lagi.”

“No…no... kali ini biar Andy yang cari,” bantah Andy.

“Lantak kamulah Andy. Tapi mak nak kamu pilih dari keluarga yang baik-baik, hormat dengan orang tua,” jawapan klise dari seorang ibu kepada anaknya. Puan Azie malas hendak melayan kerenah anak kesayangan itu. Apa yang diharapkan hanyalah melihat Andy mendirikan rumahtangga dengan secepat yang mungkin.

Andy tersenyum mendengar jawapan dari ibunya, dia mematikan talian telefon lalu mendail nombor yang lain.

“Zam, aku nak jumpa kau malam ni.”

“Tempat biasa.”

“Ok.” Dalam keadaan terdesak begini, sahabatnya itulah diharapkan boleh membantunya.

************************

Disko Renaissance kelihatan lengang, jam menunjukkan pukul 8 malam. Biasanya tempat-tempat hiburan begini akan meriah menjelang 10 malam ke atas. Alunan muzik pun agak mellow sahaja. Kelihatan 2 orang sahabat sedang membincangkan sesuatu yang serius.

“Apa ni bro? Kau macam desperate aje.” Nizam terkejut dengan pengakuan Andy tadi. Andy mahu dia mencari seorang perempuan untuk dijadikan isteri.

“Kahwin ni bukan main-main. Kau nampak aje aku macam ni tapi bab memilih isteri ni memang aku cerewet. Kau tengoklah aku sekarang, belum ada calon lagi.”

“Aku perlukan duit Zam. Mak aku awal-awal lagi dah bagi syarat. Selagi aku tak kahwin, aset aku semua dia yang pegang,” beritahu Andy.

“Banyak ke kau nak guna?” soal Nizam lagi. Selama dia berkenalan dengan Andy, masalah duit tidak ada dalam kamus lelaki itu. Duit gajinya mampu menanggung dua isteri kalau dia mahu.

“RM30K.”

“Fuh! Banyak tu. Boleh buat belanja hantaran artis. Kau pinang aje Fasha Sandha, sure dia setuju punya.” Dalam keadaan begini Nizam sempat lagi bergurau.

“Aku serius ni Zam, ni semua pasal Sindora.”

“Sindora? Perempuan yang kau bawa balik rumah tu ke?” soal Nizam dengan suara yang kuat.

“Syyy!”Andy meletakkan jari telunjuk ke mulutnya sambil memandang kiri dan kanan.

“Kau jangan cakap kuat-kuat, kau nak semua orang kat disko ni dengar ke?” marah Andy.

“Sorilah bro, aku tak sengaja,” jawab Nizam.

“Dia nak buat apa dengan duit sebanyak tu?”

“Aku pun tak tahu tapi aku dah cakap yang aku akan tolong dia. Walau apa cara sekali pun.”

Masih terbayang 2 hari yang lepas sewaktu Sindora bertemu dengannya. Walaupun dalam perbualan mereka, gadis yang suka mengusik itu kelihatan riang tetapi apabila Andy lihat dari matanya ada duka yang terpendam dan ini disedari oleh Andy walaupun gadis itu cuba mengelak pandang darinya.

Tiba-tiba timbul perasaan kasihan terhadap Sindora. Setelah lama berfikir dia mengambil keputusan untuk menolong gadis itu, walaupun tahu dia terpaksa melakukan sesuatu yang dia sendiri tidak ingini.

“Tolonglah Zam. Kau kan banyak kawan perempuan. Kau pilihlah mana satu yang kau rasa sesuai untuk aku,” rayu Andy. Nizam hanya menggaru dahinya yang tidak gatal.

“Macam ni lah bro. Susah-susah sangat kau kahwin ajelah dengan dia,” cadangan Nizam membuat Andy tersentak.

“Hisy! Kitaorang kawan ajelah. Macam aku dengan kau,” jelas Andy.

“Kau tak menaruh apa-apa perasaan kat dia?” soal Nizam.

“Mana ada!” nafi Andy.

“Kau pasti?” tanya Nizam sekali lagi sambil tersenyum penuh makna.

“Kalau takde apa-apa, kenapa kau beriya-iya sangat nak tolong dia sampai sanggup pertaruhkan masa depan kau.”

Andy terdiam. Ya tak ya jugak. Betul cakap Nizam. Apa istimewa Sindora padanya?

“Betul, aku memang takde perasaan apa-apa kat dia,” jawab Andy ragu-ragu.

“Aku tak percaya,” Nizam merenung tepat mata Andy untuk mendapatkan kepastian tetapi Andy segera melarikan matanya.

“Oklah. Mungkin ada sikitlah feeling tu, sikit aje…” akui Andy.

“Hah! Kan senang macam tu. Cubalah tanya dia. Dia terdesak. Mungkin dia akan setuju.”

Andy cuba memikirkan cadangan Nizam. Mungkin ada benar kata-kata dari sahabatnya. Walaupun dia tertarik dengan perwatakan Sindora bukan bermakna dia sudah jatuh cinta dengan gadis itu. Tetapi dalam situasi begini apa salahnya dia mencuba.

***********************

“Hah!!!” bulat mata Sindora mendengar cadangan Andy. Dia terkejut. Petang yang bening di tepi tasik tiba-tiba pemuda yang berada di depannya ini mengajaknya kahwin.

“Macam mana?” soal Andy.

“Awak gila ke?” jerit Sindora tiba-tiba.

Andy memang telah menduga itulah reaksi yang akan diberikan. Dia mengusap-usap rambutnya yang perang. Matanya mengerling Sindora yang nampaknya dalam keadaan bengang.

Sindora pula tidak menyangka Andy akan berkata begitu terhadapnya. Sudahlah dirinya masih lagi marah dengan perbuatan Syed. Ingin sahaja dia bersemuka dengan Syed bertanyakan siapa gadis yang begitu mesra dengannya tempohari. Tetapi puas dia mencari Syed di kilang dan dari pengurus Syed, dia mendapat tahu Syed bercuti selama seminggu tanpa memberitahunya.

Sakit hatinya dengan perbuatan Syed ditambah dengan masalah abangnya Saiful dan sekarang dengan lelaki yang nampak sahaja ikhlas hendak menolongnya tetapi ada maksud tersendiri.

“Kenapa pandang saya macam tu?” soal Andy hairan dengan pandangan tajam dari Sindora. Selama ini tidak ada seorang gadis yang berani membuat pandangan seperti itu melainkan jelingan manis, manja dan menggoda.

“Huh!” Sindora membuang pandang lalu melihat tasik yang berada di hadapan. Masing-masing melayan perasaan sendiri sambil duduk di atas bangku kayu yang di sediakan di situ.

“Takde cara lain ke selain dari berkahwin?” soal Sindora setelah lama membisu.

Andy menggeleng tanpa kata.

“This is my life that we are talking about…” keluh Sindora. Macam mana dia hendak berkahwin dengan lelaki yang tidak di cintainya.

“That’s the only way that I can help you. Take it or leave it,” ucap Andy dengan serius.

Dia bingkas berdiri dan tanpa menoleh dia meninggalkan Sindora yang sayu memandangnya berlalu.

Inikah pergorbanan yang harus aku lalui untuk membalas jasa abangku? Bagaimana dengan masa depanku jika aku setuju mengahwininya? Kenapa lelaki yang aku cintai mengkhianatiku di saat-saat aku begini? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran Sindora. Dia masih berteleku di bangku tanpa menyedari malam telah menjelang tiba.

**********************************

“Abang, Sin dah masukkan baki duit yang abang nak tu,” ujar Sindora kepada abangnya di talian.

“Terima kasih dik. Bagi tempoh dalam setahun nanti abang bayar balik,” jawab Saiful yang terharu mendengar berita gembira itu.

“Abang jangan fikir sangat pasal nak bayar balik. Pulihkan dulu bisnes abang,” balas Sindora.

Tidak sampai seminit dia mematikan talian telefon, ada 1 mesej yang masuk.

“Sayang, saya rindu kat awak” dari Syed.

“Huh! Baru sekarang nak mesej. Sayang konon!” Sindora menjuihkan bibir.

“Kenapa Sin? Masam aje abang tengok sejak akhir-akhir ni?” soal Amran. Dia dapat merasakan perubahan ketara Sindora sejak seminggu yang lepas. Kerja-kerja ofis banyak yang terbengkalai. Telefon bimbit tidak pernah lekang dari tangan gadis itu. Sekejap-sekejap ada sahaja panggilan telefon yang masuk.

“Oh ya! Lupa abang nak bagitau. Syed hari itu ada pesanan untuk Sin. Dia pergi ekspedisi kat Gunung Ledang. Dia camping seminggu kat sana. Dia tak dapat call Sin sebab line asyik engaged aje,” ujar Amran.

Sindora hanya diam mendengar penjelasan Amran. Huh… alasan! Bisik hati kecil Sindora. Sudah lama dia tidak berjumpa Syed. Seringkali dia mengelakkan diri dari lelaki itu. Panggilan dan sms yang diberikan tidak satu pun di balas.

“Kenapa sekarang ni susah sangat nak jumpa dengan awak?” tanya Syed ketika terserempak dengan Sindora di kantin. Sindora tidak dapat melarikan diri kerana Syed menyedari kehadirannya di situ.

“Awak selalu mengelak kalau terserempak dengan saya. What’s wrong with you?” soal Syed lagi.

Syed cuba memegang lengan gadis itu tetapi ditepis dengan kasar. Syed tergamam dengan perbuatan Sindora. Wajah gadis itu sedikit pun tidak memandang ke arahnya.

“Look at me, my dear,” pujuk Syed sambil mencuit dagu Sindora.

“Hubungan kita sampai di sini saje,” beritahu Sindora.

“I know you upset. Saya minta maaf ok. Tapi abg Am dah bagitau awak kan?” ujar Syed. Dia berharap kata-kata Sindora itu hanyalah gurauan.

“Saya serius,” balas Sindora, lalu memandang tepat mata Syed. Dia mahu lelaki itu tahu kata-katanya itu bukanlah mainan.

“No,”

“No,” ulang Syed lagi sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“I’m getting married,” ujar Sindora. Syed tersentak,wajahnya ketara berubah. Dia mendengus marah.

“You know that I love you. Why are you doing this to me?” soal Syed.

“Whyyy!!!” tengking Syed membuat Sindora terkejut. Dia ketakutan melihat Syed yang sudah merah padam mukanya.

Suara Syed yang kuat menarik perhatian semua pekerja kilang yang berada di kantin. Amran yang berada di situ meluru ke arah mereka.

“Kenapa dengan kau ni Syed? Terjerit-jerit depan Sindora,” tegur Amran sambil memandang Syed yang dalam keadaan tegang.

“Abang tau tak dia dah buat apa kat saya? Tau tak?” adu Syed sambil menuding jarinya ke arah Sindora. Sindora ingin bercakap untuk membela diri tetapi baru sahaja dia membuka mulut, tangan Amran memberi isyarat supaya dia mendiamkan diri.

“Kalau ya pun, janganlah nak buat drama kat tempat public ni,” bisik Amran kepada Syed. Dia memandang orang ramai yang sedang berbisik-bisik menyaksikan pertengkaran mereka.

“Mari ikut abang. Cepat!!!” arah Amran dengan garang. Mereka segera membuntuti Amran dari belakang. Pintu bilik mesyuarat yang terletak bersebelahan stor di bukanya.

“Kalau nak bincang ke, nak luahkan perasaan ke, cakap sahaja kat bilik ni. Jangan nak terjerit-jerit kat tempat awam. Memalukan aje,” bebel Amran. Mereka berdua hanya mendiamkan diri.

“Sin, abang keluar dulu. Syed, kau jangan buat apa-apa kat adik aku ni. Cakap sahaja,” ujar Amran dengan tegas. Dia keluar sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Lima minit sudah berlalu tetapi masing-masing hanya mendiamkan diri. Syed asyik memandang Sindora tanpa berkelip membuatkan gadis itu berasa gelisah. Syed kemudian meraup mukanya.

“Saya minta maaf. Saya tak berniat nak tengking awak tadi,

“Saya tak boleh terima perpisahan ini,” ujar Syed sambil menggeleng kepalanya.

“Saya nak kita berpisah juga,” balas Sindora dengan suara yang sengaja dikeraskan.

“Apa salah saya Sin sehingga awak buat keputusan terburu-buru begini? Awak cakap dengan saya hanya saya seorang yang awak suka. Tak sangka rupa-rupanya awak curang,” Syed berkata sinis.

“Siapa yang curang? Awak atau saya?” tempelak Sindora.

“Apa yang awak cakap ni? Saya tak faham,” soal Syed dengan hairan.

“Saya nampak awak kat Plaza Angsana 2 minggu lepas dengan seorang perempuan cantik, kekasih awakkan?” ujar Sindora sambil menjeling tajam kepada Syed yang kelihatan berkerut-kerut dahi mengingati sesuatu.

Akhirnya dia tersenyum.

“So, awak jealouslah ni ya?” Syed tersenyum nakal sambil memandang Sindora yang masam mencuka.

“Betulkan apa yang saya nampak? Memang awak jahatlah Syed,” bentak Sindora lalu bingkas bangun.

“Wait Sin, dengar dulu apa saya nak cakap ni,” Syed kelam kabut melihat tingkah Sindora. Dia turut bangun lalu memegang kedua-dua bahu gadis itu.

Sindora menepis tangan Syed tapi dengan pantas Syed menggenggam erat kedua tangan gadis itu lalu di bawa ke dadanya yang bidang. Dia menghela nafas.

“For God sake sayang. She’s my big sister.” Syed memandang tepat mata Sindora lalu kedua tangan gadis itu di kucup lembut. Sindora terkesima mendengarnya.

“What???” Sindora terkejut. Jadi selama ini dia tersalah sangka.

“Tapi awak nampak mesra dengan dia, tak macam kakak awak pun…” ujar Sindora. Dia masih tidak percaya perempuan secantik itu adalah saudara Syed.

“Dia memang kakak saya. Well, actually my twin. Kami memang rapat, macam kawan. Kalau sekali pandang memang orang boleh salah sangka,” jelas Syed lagi.

“But the woman that I truly love is you,” ucap Syed.

Sindora terpana. Fikirannya bercelaru tetapi keputusan sudah pun di buat. Dia tidak boleh berpaling lagi.

“Saya minta maaf Syed. Saya tetap akan berkahwin dengan lelaki tu,” ujar Sindora dengan suara yang lemah.

“Lagi-lagi kahwin, lagi-lagi kahwin. Saya tak kira, awak kena batalkan,” arah Syed. Dia melepaskan genggaman tangan Sindora.

“Siapa lelaki tu? Biar saya jumpa dia. Berani dia nak rampas awak dari saya,” marah Syed.

“Dia kawan saya. Dia baik. Dia banyak tolong saya sebab tu saya dah janji nak kahwin dengan dia,” jelas Sindora.

“Oh, sekarang awak nak bela lelaki tu pulak? Habis, saya ni siapa bagi awak? Spare tyre awak?” tuduh Syed. Dia menjegilkan matanya kepada Sindora.

“Cukup. Jangan cakap lagi,” jerit Sindora.

“Saya sayangkan awak dengan ikhlas. Memang takde lelaki lain dalam hati saya kecuali awak. Tapi saya terpaksa,” akui Sindora dengan air mata berlinangan di pipi.

“Arggh! Sudahlah,” jerit Syed. Dengan laju dia melangkah keluar lalu membuka pintu dan menghempaskannya dengan kuat.

Bahu Sindora terangkat kerana terkejut dengan dentuman itu. Dia masih lagi terpaku dan teresak-esak menangis.

Amran muncul di muka pintu. Dia menghampiri Sindora lalu menghulurkan sekotak tisu kepadanya.

“Apa yang berlaku Sin?” soal Amran ingin tahu.

“Macam mana ni bang? Sin tak tahu nak buat apa,” ujar Sindora. Airmatanya bercucuran keluar lagi, hidungnya sudah merah bersama esakan yang tidak putus-putus. Dia menceritakan segala-galanya kepada Amran dan lelaki itu tekun mendengarnya tanpa menyampuk.

“Sin sayang dia?” soal Amran.

“Abang pun tahu kan Sin memang dah lama minat kat Syed,” jawab Sindora dengan tersedu-sedan.

“Bukan Syed tapi Andy,” ujar Amran.

“Eeii! Mana ada,” nafi Sindora.

“Habis tu, kenapa setuju nak kahwin dengan dia?” soal Amran.

Sindora yang sudah berhenti menangis menelan air liur dan dengan payah dia berterus-terang kepada Amran.

“Masa tu Sin kecewa dengan Syed. Sin ingat dia curang. Andy sahaja harapan Sin untuk dapatkan duit tu. Tanpa fikir panjang, Sin terus terima syaratnya,” jelas Sindora.

“Kalau abang kat tempat Sin, abang akan teruskan,” ujar Amran.

“Apa maksud abang?” soal Sindora lalu matanya mencerlung memandang Amran.

“Kahwin dengan Andy,” jawab Amran bersahaja.

“Sin dah agak abang akan cakap macam tu. Dari dulu lagi abang tak suka Sin berkawan dengan Syed kan?” bentak Sindora.

“Sin, dengar dulu apa yang abang nak cakap ni. Dengar betul-betul,” pujuk Amran kepada Sindora yang tiba-tiba marah.

“Sin nak tau kenapa abang minta Sin pilih Andy?” soal Amran. Sindora mengangguk.

“Dia kacak, berjawatan tinggi dan dari keluarga berada. Sekali petik semua perempuan melutut depan dia dan merayu minta dikahwini,” ujar Amran. Sindora tekun mendengar.

Dia mengakui ciri-ciri yang dimiliki oleh Andy memang amat sempurna. tetapi bukan bagi dirinya. Dia menganggap lelaki yang berdarah Irish itu hanyalah kawan biasa.

“Tapi perempuan yang dia pilih ialah Sin.”

“Dia dah tolong Sin sebab tu dia kenakan syarat macam tu,” jelas Sindora.

“Abang tak percaya seorang lelaki sanggup kahwin kalau dia takde hati dengan perempuan tu,” ujar Amran bersahaja.

“Apa maksud abang? Sin tak fahamlah,” soal Sindora lalu memandang Amran dengan rasa hairan.

“Itu Sin kena fikir sendiri,” ujar Amran lalu berlalu meninggalkan Sindora yang melongo kebodohan.

Andy ada hati kat aku? Tak mungkin. Dia anggap aku macam kawan aje. Takpe. Nanti aku tanya sendiri kat dia, bisik hati kecil Sindora.

*****************************

“Tadi mama jumpa dengan untie Azie,” beritahu Puan Emma.

“So?”

“Dia cakap Andy dah nak kahwin.”

Tangan Anna yang sedang leka mengupas kulit buah epal itu terhenti seketika kemudian dia menyambung balik.

“Baguslah. Dengan siapa?” Anna pura-pura tersenyum.

“Dia tak bagitau, tapi Andy sendiri yang pilih.”

“Dulu, senang-senang dia putus dengan kamu. Rupa-rupanya dia dah ada perempuan lain.” Puan Emma mencebik bibir.

“Andy bukan macam tulah mama.”

“Hai kamu ni, dah jadi macam ni pun masih nak sebelahkan dia.”

“Anna pernah cabar dia dulu. Dia main-main aje tu.”

“Perkara macam ni mana boleh main-main Anna. Tengok kamu sekarang masih belum ada pengganti tapi dia dah nak kahwin pun.”

Anna terdiam mendengar bebelan ibunya. Dalam diam dia menyesal memutuskan tali pertunangan dengan Andy. Dia akui dia masih sayangkan lelaki itu. Kalau benarlah dia hendak berkahwin dia ingin lihat perempuan mana yang telah berjaya merampas Andy daripadanya.

“Percayalah ma. Anna akan dapatkan balik Andy tu,” ujar Anna dengan yakin.

“Kamu jangan nak cari pasal Anna. Cari ajelah lelaki lain. Kamu tu bukannya tak cantik. Ramai lagi lelaki yang nak kat kamu,” bantah Puan Emma.

Kata-kata ibunya tidak diendahkan. Dia nekad untuk mendapat balik cinta Andy.

“Mama jangan risaulah. Tahulah apa yang Anna nak buat nanti.”

Sedang mereka asyik berbual tiba-tiba pintu rumah terbuka. Seorang lelaki yang kelihatan agak lemah langkah kakinya terus menaiki tangga.

“Kamu ni dari mana Izham?” tegur Puan Emma kepada pemuda itu yang kelihatan sugul. Pertanyaan dari Puan Emma hanya di biar sepi. Dia terus naik ke atas menuju kamarnya.

“Apa kena dengan adik kamu tu? Macam baru putus cinta aje,” Puan Emma memandang Anna untuk mendapatkan jawapan. Mungkin dia tahu apa yang telah terjadi memandangkan hubungan mereka yang agak rapat.

Anna hanya menjungkit bahu. Epal yang telah siap dipotong disuakan kepada ibunya, tetapi ibunya cuma menggeleng.

“Takkan kamu tak tahu dengan siapa dia berkawan? Kamu dengan Izham kan macam isi dan kuku. Mesti kamu tahu apa masalah dia?” soal Puan Emma tidak puas hati.

“Betul ma, Anna tak tahu,” akui Anna.

“Dia ada cakap dia dah ada kekasih tapi dia takdelah cerita lebih-lebih kat Anna, dia tu kan suka berahsia. Takkan mama tak kenal dengan anak bujang mama yang sorang tu,” beritahu Anna lagi.

“Hisy, mama risaulah Anna, 2-3 hari ni dia asyik muram aje. Makan pun tak mahu,” adu Puan Emma.

“Alaa mama ni, dia dah besarlah. Umur dia dah 27 tahun. Tahulah dia nak selesaikan masalah dia sendiri,” pujuk Sharifah Anna kepada ibunya yang tampak bimbang.

SKSR - Chapter 4


Lantai disko yang terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru dipenuhi oleh pemuda pemudi setiap kali hujung minggu. Ramai antara mereka yang berdansa mengikut alunan muzik yang kuat, tak kira gaya menari apa pun, yang penting enjoy!

Kelihatan di sudut paling jauh, Andy hanya sekadar memerhati gelagat anak-anak muda sekarang. Biasanya dia datang ke sini ditemani Anna tetapi hari ini dia bersendirian sahaja.

Beberapa gadis seksi di sebelah meja memandang Andy dengan penuh minat. Mungkin mereka menganggap Andy adalah pelancong. Perlakuan mereka seolah-olah ingin menarik perhatian supaya Andy mendekati mereka, tetapi Andy tidak mempedulikan gadis-gadis muda yang hanya bertopengkan solekan tebal.

Andy meneguk rakus air coke sementara kepala bergoyang mengikuti irama muzik dari penyanyi kegemarannya, Justin Timberlake.

“Yo, what’s up bro?” Bahunya ditepuk dari belakang.

Andy menoleh. Kelihatan sahabatnya yang agak akrab, Nizam datang bersama seorang gadis yang hanya memakai tube warna merah dan mini skirt putih yang mendedahkan sebahagian tubuhnya. Andy tidak mengenali gadis itu tetapi setiap kali dia berjumpa Nizam di sini tentu dengan perempuan yang berlainan.

“Mana Anna bro?” Nizam menjenguk-jengukkan kepalanya mencari seseorang.

“Aku dah putus dengan dia.” Andy bercakap dengan nada yang kuat untuk mengatasi suasana yang bising.

“What happen bro?” Nizam berasa terkejut.

“Dia tu cantik macam pelakon hindustan pun kau tinggalkan. Kalau aku tak lepas bro,” Nizam mengenyitkan mata kepada perempuan seksi yang berada di sebelahnya.

“Dasar miang.” Perempuan itu dengan pantas mencubit lengan Nizam yang sasa lantas kedua lelaki itu tertawa. Terhibur sedikit hati Andy melihat telatah sahabatnya. Andy mengenali Nizam ketika mereka menuntut di Univesity Oxford, UK.

“Bila kau break off dengan Anna?” Nizam memulakan pertanyaan dengan serius setelah alunan muzik di disko bertukar menjadi perlahan.

“Dua minggu lepas, keluarganya datang. Putus secara rasmi.”

“Kau ada perempuan lain ke?”

Andy membulatkan matanya ke arah Nizam.

“Kau ingat aku macam kau ke? Kau kan tahu aku ni mana pandai layan perempuan.”

“Itulah kau. Dah ada tunang tapi tak pandai nak jaga baik-baik. Dah macam ayam berak kapur aje.”

Andy memuncungkan mulut mendengar usikan Nizam.

“So, apa rancangan kau selepas ni? Dah ada calon yang sesuai?”

“Sebenarnya aku ada kenal dengan seorang perempuan tapi dia ni lain sikitlah.”

“Apa yang lainnya?”

“Sombong dan konservatif.”

“Tapi cantikkan?”

“Taklah cantik. Badan pun gempal tapi kulit dia yang putih gebu tu yang buat aku geram.”

“Macam pelakon Zizie Ezzette.”

“Yalah kot.”

“Tapi memang lain dari yang lain.” Selintas wajah Sindora hadir dalam ingatan Andy.

“Jom bro, kita menari.” Andy hanya menggelengkan kepala menolak ajakan sahabatnya. Nizam kemudian menyertai teman wanitanya yang sudah berdansa sejak dari tadi.

****************************************

“Terima kasih sebab pinjamkan baju awak ni dan selamatkan saya pada malam tu.” Sindora menghulurkan baju kepada Andy sambil tersenyum.

Andy terpegun memandang Sindora yang tersenyum kepadanya. Sesungguhnya gadis ini memiliki senyuman yang amat manis dan mempunyai lesung pipit yang kecil di kedua belah sudut bibirnya.

Matanya yang berwarna coklat jernih itu merenung Sindora tanpa jemu. Hati kecil Andy berdetak. Tak mungkin. Kenapa hati aku berdebar-debar ketika memandang wajahnya?

“Andy…” Sindora memanggil Andy yang ketika itu merenung tajam kepada dirinya. Apa kena dengan dia ni? Kena sampuk ke? Sindora mengawang-awangkan tangannya ke wajah lelaki itu.

Andy tersedar dari lamunan kemudian menyambut baju yang berada di tangan Sindora. Untuk menutup malu dia berdehem lalu menundukkan kepalanya sedikit.

“Saya hantar Sindora balik,” Andy berkata sambil memandang Sindora yang ketika itu sedang menekan-nekan butang telefon bimbitnya.

“Hai sayang. Tengah buat apa?” teks mesej dari Syed. Sindora tersenyum.

“Hmm…takpelah. Saya nak sambung kerja,” Sindora menolak lembut pelawaan Andy.

Baru sahaja dia hendak mengatur langkah, Andy memanggilnya.

“Sindora…” Andy dengan perlahan mendekati Sindora.

“Ya, ada apa?”

“Saya nak jumpa lagi dengan Sindora, boleh?”

“Kenapa?” Sindora memandang Andy dengan perasaan hairan.

Andy menghulurkan tangannya ingin bersalaman.

“Friends?”

Sindora teragak-agak menyambut tangan Andy. Tetapi akhirnya dia tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala. Satu perasaan halus yang sukar di mengertikan menyelinap masuk di dalam hati ketika tangannya menyentuh tangan lelaki kacak itu.

***********************

Sindora menghempaskan badannya di atas katil bujang di dalam kamar miliknya. Peristiwa pagi tadi benar-benar membuatkan dirinya berasa resah gelisah, badannya dibasahi peluh. Begitulah keadaan dirinya kala diri berasa susah hati.

Perbualan telefon dia dengan Saiful, abang kandungnya masih terngiang-ngiang sehingga kini.

“Adik mana ada duit sebanyak tu.”

“Tolonglah abang dik. Hanya adik sorang aje sekarang harapan abang. Kalau tak bankrap bisnes abang.”

“Itulah abang, hutang sana,hutang sini,duit takde nak bisnes.”

“Sekarang ni siapa yang susah? Abang jugak kan? Hutang dengan ‘along’ lagi pulak tu.”

“Abang mengaku abang yang salah tapi abang takde pilihan. Klien abang lambat bayar hutang tapi abang masih perlukan duit untuk buat pusingan modal.”

“Abang tutup ajelah syarikat kontraktor abang tu atau jual kat sesiapa. Duit tu abang bayarlah hutang.”

“Siapa yang nak beli syarikat yang tengah nazak sekarang ni dik,” terang Saiful sambil mengeluh. Dia tahu dia tidak sepatutnya menyusahkan adik kesayangannya tetapi hanya Sindora sahajalah sekarang yang mampu menolong.

“Duit simpanan adik memang takdelah sebanyak tu. Nantilah adik usahakan.”

Sindora berasa kesal dan serba salah kerana tidak dapat menolong Saiful. Sejak kematian ibu bapa mereka, Saifullah yang menjaganya. Waktu itu Sindora berumur 13 tahun dan Saiful berumur 17 tahun. Saiful tidak dapat meneruskan pelajaran kerana bekerja untuk membiayai pelajaran Sindora sampailah dia tamat tingkatan 6. Walaupun Saiful memujuknya untuk meneruskan pengajian ke universiti tetapi Sindora tidak mahu menyusahkan Saiful yang telah banyak berkorban untuknya.

Sindora memicit-micit kepala. Walaupun tidak berasa pening tetapi sengaja dia berbuat begitu untuk mengurangkan tekanan. Dia mengeluh berat kemudian membelek-belek telefon bimbit. Ada satu pesanan ringkas belum di baca.

“Terima kasih sebab sudi menjadi kawan saya. Just tell me if you have any problem, I’ll be there for you. Kalau takde problem pun takpe, just call me ok”

Sindora tersenyum. Andy memang seorang lelaki yang baik, puji Sindora di dalam hati. Tiba-tiba dia teringat akan masalahnya. Dia membaca sekali lagi mesej itu. Andy!

*********************************

Andy bersendirian sahaja di sebuah pub yang diberi nama ‘Melody’. Begitulah aktivitinya setiap hujung minggu, samada lepak di pub atau pun disko. Clubbing sudah menjadi kegemarannya sejak di bangku sekolah lagi.

Sebuah band dari Filipina telah membuat persembahan pada malam itu. Boleh tahan jugak show diorang ni. Andy memandang penuh asyik band yang di anggotai oleh 3 orang gadis seksi dan 2 orang lelaki.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Di skrin tertera nama ‘snow white’. Andy tersenyum lalu menjawab telefon.

“Hello, Andy ke ni?” Sudah lama Andy tidak mendengar suara itu.

“Ya Cik Sindora, apa yang boleh saya bantu?” jawab Andy dengan nada bergurau.

“Awak dekat mana ni? Kenapa bising sangat? Tak dengarlah.”

Andy lalu bangun dan keluar dari pub.

“Ok, sekarang clear. Ada apa Sindora?”

“Saya nak jumpa awak, boleh ke?”

“Bila? Sekarang?”

“Ya, boleh ke?”

“Tunggu saya dalam 15 minit.”

Andy bergegas ke kereta lalu memandu laju menuju ke rumah Sindora.

*****************************

“Kenapa tak makan?” Andy memuncungkan bibirnya ke arah bubur Sindora yang belum lagi terusik.

“Saya takde seleralah nak makan,” Sindora menolak lembut mangkuk yang berisi makanan kegemarannya itu.

“Janganlah macam ni. Awak sendiri yang bawa saya makan kat sini. Saya pun dah suka dengan bubur ni. Sedaplah.” Andy menyuap dengan laju kerang bakar yang berada di depannya.

Sindora memerhatikan gelagat lelaki kacukan itu. Mungkin ini kali pertama dia menikmati bubur bersama kerang bakar. Begitu berselera sekali dia.

Sindora melihat sekeliling gerai makan yang terletak di Taman Sentosa yang terkenal dengan bubur specialnya. Gerai itu sentiasa sahaja dipenuhi orang. Pada ketika ini ramai yang melihat dirinya bersama Andy dengan pandangan semacam.

“Awak perasan tak? Ramai yang pandang kita,” Sindora memandang Andy yang sedang asyik mengunyah.

“Entah. Diorang pandang awak, bukan saya.”

“Taklah, diorang pandang awak yang gelojoh sangat makan.”

Andy terus memandang ke kiri dan kanan, memang ramai yang sebenarnya memerhatikan dirinya, dia menggaru-garu kepala. Kemudian dia tersengih-sengih sambil memandang Sindora.

“Saya ni kacak sangat sebab itu diorang pandang.”

Sindora cuma mencebik bibir.

“Jangan nak perasanlah, masuk bakul angkat sendiri.”

“Apa tu? Tak fahamlah.”

“Hello. Awak ni tak belajar bahasa melayu ke? Itu namanya peribahasa. Budak sekolah rendah pun tahu.”

“Dari kecil saya belajar di International School. Saya pandai cakap bahasa melayu pun sebab mak saya yang guna bahasa tu.”

“So, awak ni mat salleh celuplah,” Sindora mengusik Andy.

Andy memandang tajam kepada Sindora yang masih tertawa panjang. Sindora perasan akan pandangan itu,dia berhenti ketawa dan wajahnya yang putih menjadi merah. Andy tersenyum simpul melihat Sindora yang tersipu-sipu malu.

“Awak ni kuat bergurau jugak ya, sebijik macam kawan saya. Nizam namanya.”

“Awak selalu kena usik dengan dia ke?”

“A’ah. Tapi nampaknya sekarang saya dah ada 2 orang kawan yang kuat bergurau. Habislah saya,” Andy tertawa kecil. Sindora hanya tersenyum nipis. Kemudian dia mengeluh perlahan.

Dia masih lagi memikirkan samada untuk meminta bantuan Andy atau tidak. Segan pulak rasanya kerana dia baru sahaja mengenali lelaki itu. Tetapi entah kenapa buat masa ini hanya Andy sahaja yang terlintas dalam kepalanya. Dia sendiri berasa hairan.

Sindora mengeluh lagi. Perbuatannya itu diam tak diam telah disedari oleh Andy sejak mula dia bertemu Sindora tadi. Mesti ada sesuatu perkara yang telah merunsing fikirannya. Andy menanti kalau-kalau Sindora akan memberitahunya kelak.

“Awak ada masalah ke?” Secara automatik, Sindora mengangguk kepala.

“Saya nak dengar masalah awak tu.”

“Tak payahlah.”

“Saya nak tau jugak,” desak Andy.

“Kenapa?”

“Sebab awak ajak saya keluar mesti awak nak cerita masalah awakkan? Saya sedia mendengar.”

Sindora terdiam seketika. Dia tak sangka Andy pandai mentafsir setiap gerak lakunya.

“Andy, saya…” Andy mendongak memandang Sindora yang kelihatan teragak-agak ingin berkata sesuatu.

“Ada apa Sindora. Is something wrong?” Andy hairan melihat Sindora yang berwajah muram.

“I need your help.”

“Tell me. I’m your friend right?” Andy cuba menyakinkan Sindora supaya menceritakan masalahnya.

“Saya perlukan duit.”

“Berapa?”

“RM30,000.”

“Bila awak nak?”

“Awak boleh tolong saya ke?” Andy mengangguk perlahan. Mata Sindora bersinar memandang Andy.

“Saya memang ada saving tapi ada masalah sikit.”

“Masalah?”

“Buku akaun tu mak saya yang pegang.”

“Dah besar panjang macam ni pun, mak masih kontrol lagi ke?” Sindora tertawa sinis.

“She never trust me, unless…” Andy tidak jadi meneruskan kata-katanya.

“Kecuali apa?” Sindora tidak sabar menunggu jawapan dari Andy.

“Unless if I ready to get married.”

“Kahwin?” Sindora memandang Andy untuk mendapatkan kepastian sekali lagi.

Andy menganggukkan kepala. Sindora mengeluh tanda hampa. Nampaknya dia gagal mendapat bantuan dari lelaki itu.

“It’s ok. I’ll find out other way to help you. Don’t worry.”

“Takpelah. Saya tak nak susahkan awak,” ujar Sindora.

“I’m insist. I’ll never let you down.” Andy berwajah serius. Hatinya terasa sakit ketika memandang wajah Sindora yang sedih.

Sindora mengetap bibir. Tiba-tiba dia berasa terharu. You’re my saviour!

“Wahai cik adik yang rupawan, janganlah tuan hamba berasa gundah gulana. Hamba sedia lakukan apa sahaja. Hamba tidak akan membiarkan tuan hamba bermuram durja lagi,” Andy cuba mengusik.

Sindora yang pada mulanya tersenyum simpul akhirnya tergelak.

“Mana awak belajar bahasa sastera ni?”

“Saya dulu suka menonton drama Pendekar. Sikit-sikit saya belajarlah.”

Sindora sudah boleh tersenyum. Andy berasa lega apabila dapat melihat senyuman Sindora yang ketika ini seakan sudah melekat dalam kotak fikirannya.