Thursday, May 7, 2009

SKSR - Chapter 5


Hari ini Sindora bercuti setengah hari. Dia ke bank yang terletak di Plaza Angsana untuk memasukkan duit sebanyak RM20,000 ke dalam akaun abangnya. Duit itu adalah hasil titik peluhnya selama dia bekerja di kilang. Dia masih kekurangan RM30,000. Pertemuannya dengan Andy telah memberinya sedikit harapan walaupun dia tidak pasti Andy mampu atau tidak dapat menolongnya.

Perutnya tiba-tiba terasa lapar. Baru dia teringat dari pagi tadi dia tidak menyentuh sejamah makanan pun. Oleh kerana ingin balik awal, kerja-kerja ofis di siapkan terlebih dahulu sampai dia lupa untuk makan.

Sindora menuju ke gerai makan yang berdekatan untuk mengalas perut. Di kala itu dia terpandang Syed bersama dengan seorang gadis yang sungguh cantik. Mata Sindora terpaku melihat mereka yang begitu mesra sekali. Hatinya menjadi sebak.

Airmata laju membasahi pipi, dadanya sakit melihat kejadian itu. Sampai hati Syed menduakannya. Mungkin betul apa kata Amran, Syed seorang playboy. Hati kecilnya merintih sedih.

Perutnya yang lapar di biarkan sahaja. Dia cepat-cepat ingin balik. Dia tidak sanggup melihat adegan itu dengan lebih lama. Dia akan lebih terluka kalau Syed perasan akan kehadirannya. Mungkin juga Syed akan memalukannya di depan gadis itu.

Patutlah dia sudah lama tidak melihat Syed di kilang. Rupa-rupanya sedang berfoya-foya. Aku sahaja yang bodoh sukakan dia selama ni. Sindora mendengus geram.

“Cik nak ke mana?” tegur pemandu teksi dengan lembut.

“Balik.”

“Yalah, balik mana?”

“Balik rumahlah.” Tak pasal-pasal pemandu teksi yang tidak bersalah itu menerima jerkahannya.

Pemandu teksi itu menggeleng-gelengkan kepala. Dalam keadaan begini dia hanya mampu bersabar menangani ragam pelanggan.

“Maafkan saya. Hantar saya ke BBU.” Sindora akhirnya sedar akan kekasarannya. Tidak sepatutnya dia melepaskan geram kepada orang lain.

“Takpe.” Pemandu itu faham. Teksi meluncur laju menuju destinasi yang disebutkan tadi.

*****************************************

“Mak, Andy nak kahwin,” beritahu Andy kepada ibunya.

“Kenapa tiba-tiba nak kahwin pulak ni?” Puan Azie berasa hairan dengan sikap anak bongsunya. Baru 3 bulan lepas mereka putus tunang tiba-tiba nak kahwin pulak, getus hati kecilnya.

“Anna setuju ke?” soal Puan Azie.

“Siapa cakap Andy nak kahwin dengan dia?”

“Habis tu, kamu dah ada calon?”

“Belum.”

“Aduh! Pening kepala mak ni Andy. Kamu ni nak kahwin tapi tak tau nak kahwin dengan siapa, mesti ada something wrong ni?” Puan Azie merungut marah.

“Takde apa-apalah mak, cuma Andy memang rasa nak kahwin sekarang.”

“Nanti mak bincang dengan auntie Emma. Kalau-kalau Anna nak kat kamu lagi.”

“No…no... kali ini biar Andy yang cari,” bantah Andy.

“Lantak kamulah Andy. Tapi mak nak kamu pilih dari keluarga yang baik-baik, hormat dengan orang tua,” jawapan klise dari seorang ibu kepada anaknya. Puan Azie malas hendak melayan kerenah anak kesayangan itu. Apa yang diharapkan hanyalah melihat Andy mendirikan rumahtangga dengan secepat yang mungkin.

Andy tersenyum mendengar jawapan dari ibunya, dia mematikan talian telefon lalu mendail nombor yang lain.

“Zam, aku nak jumpa kau malam ni.”

“Tempat biasa.”

“Ok.” Dalam keadaan terdesak begini, sahabatnya itulah diharapkan boleh membantunya.

************************

Disko Renaissance kelihatan lengang, jam menunjukkan pukul 8 malam. Biasanya tempat-tempat hiburan begini akan meriah menjelang 10 malam ke atas. Alunan muzik pun agak mellow sahaja. Kelihatan 2 orang sahabat sedang membincangkan sesuatu yang serius.

“Apa ni bro? Kau macam desperate aje.” Nizam terkejut dengan pengakuan Andy tadi. Andy mahu dia mencari seorang perempuan untuk dijadikan isteri.

“Kahwin ni bukan main-main. Kau nampak aje aku macam ni tapi bab memilih isteri ni memang aku cerewet. Kau tengoklah aku sekarang, belum ada calon lagi.”

“Aku perlukan duit Zam. Mak aku awal-awal lagi dah bagi syarat. Selagi aku tak kahwin, aset aku semua dia yang pegang,” beritahu Andy.

“Banyak ke kau nak guna?” soal Nizam lagi. Selama dia berkenalan dengan Andy, masalah duit tidak ada dalam kamus lelaki itu. Duit gajinya mampu menanggung dua isteri kalau dia mahu.

“RM30K.”

“Fuh! Banyak tu. Boleh buat belanja hantaran artis. Kau pinang aje Fasha Sandha, sure dia setuju punya.” Dalam keadaan begini Nizam sempat lagi bergurau.

“Aku serius ni Zam, ni semua pasal Sindora.”

“Sindora? Perempuan yang kau bawa balik rumah tu ke?” soal Nizam dengan suara yang kuat.

“Syyy!”Andy meletakkan jari telunjuk ke mulutnya sambil memandang kiri dan kanan.

“Kau jangan cakap kuat-kuat, kau nak semua orang kat disko ni dengar ke?” marah Andy.

“Sorilah bro, aku tak sengaja,” jawab Nizam.

“Dia nak buat apa dengan duit sebanyak tu?”

“Aku pun tak tahu tapi aku dah cakap yang aku akan tolong dia. Walau apa cara sekali pun.”

Masih terbayang 2 hari yang lepas sewaktu Sindora bertemu dengannya. Walaupun dalam perbualan mereka, gadis yang suka mengusik itu kelihatan riang tetapi apabila Andy lihat dari matanya ada duka yang terpendam dan ini disedari oleh Andy walaupun gadis itu cuba mengelak pandang darinya.

Tiba-tiba timbul perasaan kasihan terhadap Sindora. Setelah lama berfikir dia mengambil keputusan untuk menolong gadis itu, walaupun tahu dia terpaksa melakukan sesuatu yang dia sendiri tidak ingini.

“Tolonglah Zam. Kau kan banyak kawan perempuan. Kau pilihlah mana satu yang kau rasa sesuai untuk aku,” rayu Andy. Nizam hanya menggaru dahinya yang tidak gatal.

“Macam ni lah bro. Susah-susah sangat kau kahwin ajelah dengan dia,” cadangan Nizam membuat Andy tersentak.

“Hisy! Kitaorang kawan ajelah. Macam aku dengan kau,” jelas Andy.

“Kau tak menaruh apa-apa perasaan kat dia?” soal Nizam.

“Mana ada!” nafi Andy.

“Kau pasti?” tanya Nizam sekali lagi sambil tersenyum penuh makna.

“Kalau takde apa-apa, kenapa kau beriya-iya sangat nak tolong dia sampai sanggup pertaruhkan masa depan kau.”

Andy terdiam. Ya tak ya jugak. Betul cakap Nizam. Apa istimewa Sindora padanya?

“Betul, aku memang takde perasaan apa-apa kat dia,” jawab Andy ragu-ragu.

“Aku tak percaya,” Nizam merenung tepat mata Andy untuk mendapatkan kepastian tetapi Andy segera melarikan matanya.

“Oklah. Mungkin ada sikitlah feeling tu, sikit aje…” akui Andy.

“Hah! Kan senang macam tu. Cubalah tanya dia. Dia terdesak. Mungkin dia akan setuju.”

Andy cuba memikirkan cadangan Nizam. Mungkin ada benar kata-kata dari sahabatnya. Walaupun dia tertarik dengan perwatakan Sindora bukan bermakna dia sudah jatuh cinta dengan gadis itu. Tetapi dalam situasi begini apa salahnya dia mencuba.

***********************

“Hah!!!” bulat mata Sindora mendengar cadangan Andy. Dia terkejut. Petang yang bening di tepi tasik tiba-tiba pemuda yang berada di depannya ini mengajaknya kahwin.

“Macam mana?” soal Andy.

“Awak gila ke?” jerit Sindora tiba-tiba.

Andy memang telah menduga itulah reaksi yang akan diberikan. Dia mengusap-usap rambutnya yang perang. Matanya mengerling Sindora yang nampaknya dalam keadaan bengang.

Sindora pula tidak menyangka Andy akan berkata begitu terhadapnya. Sudahlah dirinya masih lagi marah dengan perbuatan Syed. Ingin sahaja dia bersemuka dengan Syed bertanyakan siapa gadis yang begitu mesra dengannya tempohari. Tetapi puas dia mencari Syed di kilang dan dari pengurus Syed, dia mendapat tahu Syed bercuti selama seminggu tanpa memberitahunya.

Sakit hatinya dengan perbuatan Syed ditambah dengan masalah abangnya Saiful dan sekarang dengan lelaki yang nampak sahaja ikhlas hendak menolongnya tetapi ada maksud tersendiri.

“Kenapa pandang saya macam tu?” soal Andy hairan dengan pandangan tajam dari Sindora. Selama ini tidak ada seorang gadis yang berani membuat pandangan seperti itu melainkan jelingan manis, manja dan menggoda.

“Huh!” Sindora membuang pandang lalu melihat tasik yang berada di hadapan. Masing-masing melayan perasaan sendiri sambil duduk di atas bangku kayu yang di sediakan di situ.

“Takde cara lain ke selain dari berkahwin?” soal Sindora setelah lama membisu.

Andy menggeleng tanpa kata.

“This is my life that we are talking about…” keluh Sindora. Macam mana dia hendak berkahwin dengan lelaki yang tidak di cintainya.

“That’s the only way that I can help you. Take it or leave it,” ucap Andy dengan serius.

Dia bingkas berdiri dan tanpa menoleh dia meninggalkan Sindora yang sayu memandangnya berlalu.

Inikah pergorbanan yang harus aku lalui untuk membalas jasa abangku? Bagaimana dengan masa depanku jika aku setuju mengahwininya? Kenapa lelaki yang aku cintai mengkhianatiku di saat-saat aku begini? Persoalan demi persoalan bermain di fikiran Sindora. Dia masih berteleku di bangku tanpa menyedari malam telah menjelang tiba.

**********************************

“Abang, Sin dah masukkan baki duit yang abang nak tu,” ujar Sindora kepada abangnya di talian.

“Terima kasih dik. Bagi tempoh dalam setahun nanti abang bayar balik,” jawab Saiful yang terharu mendengar berita gembira itu.

“Abang jangan fikir sangat pasal nak bayar balik. Pulihkan dulu bisnes abang,” balas Sindora.

Tidak sampai seminit dia mematikan talian telefon, ada 1 mesej yang masuk.

“Sayang, saya rindu kat awak” dari Syed.

“Huh! Baru sekarang nak mesej. Sayang konon!” Sindora menjuihkan bibir.

“Kenapa Sin? Masam aje abang tengok sejak akhir-akhir ni?” soal Amran. Dia dapat merasakan perubahan ketara Sindora sejak seminggu yang lepas. Kerja-kerja ofis banyak yang terbengkalai. Telefon bimbit tidak pernah lekang dari tangan gadis itu. Sekejap-sekejap ada sahaja panggilan telefon yang masuk.

“Oh ya! Lupa abang nak bagitau. Syed hari itu ada pesanan untuk Sin. Dia pergi ekspedisi kat Gunung Ledang. Dia camping seminggu kat sana. Dia tak dapat call Sin sebab line asyik engaged aje,” ujar Amran.

Sindora hanya diam mendengar penjelasan Amran. Huh… alasan! Bisik hati kecil Sindora. Sudah lama dia tidak berjumpa Syed. Seringkali dia mengelakkan diri dari lelaki itu. Panggilan dan sms yang diberikan tidak satu pun di balas.

“Kenapa sekarang ni susah sangat nak jumpa dengan awak?” tanya Syed ketika terserempak dengan Sindora di kantin. Sindora tidak dapat melarikan diri kerana Syed menyedari kehadirannya di situ.

“Awak selalu mengelak kalau terserempak dengan saya. What’s wrong with you?” soal Syed lagi.

Syed cuba memegang lengan gadis itu tetapi ditepis dengan kasar. Syed tergamam dengan perbuatan Sindora. Wajah gadis itu sedikit pun tidak memandang ke arahnya.

“Look at me, my dear,” pujuk Syed sambil mencuit dagu Sindora.

“Hubungan kita sampai di sini saje,” beritahu Sindora.

“I know you upset. Saya minta maaf ok. Tapi abg Am dah bagitau awak kan?” ujar Syed. Dia berharap kata-kata Sindora itu hanyalah gurauan.

“Saya serius,” balas Sindora, lalu memandang tepat mata Syed. Dia mahu lelaki itu tahu kata-katanya itu bukanlah mainan.

“No,”

“No,” ulang Syed lagi sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“I’m getting married,” ujar Sindora. Syed tersentak,wajahnya ketara berubah. Dia mendengus marah.

“You know that I love you. Why are you doing this to me?” soal Syed.

“Whyyy!!!” tengking Syed membuat Sindora terkejut. Dia ketakutan melihat Syed yang sudah merah padam mukanya.

Suara Syed yang kuat menarik perhatian semua pekerja kilang yang berada di kantin. Amran yang berada di situ meluru ke arah mereka.

“Kenapa dengan kau ni Syed? Terjerit-jerit depan Sindora,” tegur Amran sambil memandang Syed yang dalam keadaan tegang.

“Abang tau tak dia dah buat apa kat saya? Tau tak?” adu Syed sambil menuding jarinya ke arah Sindora. Sindora ingin bercakap untuk membela diri tetapi baru sahaja dia membuka mulut, tangan Amran memberi isyarat supaya dia mendiamkan diri.

“Kalau ya pun, janganlah nak buat drama kat tempat public ni,” bisik Amran kepada Syed. Dia memandang orang ramai yang sedang berbisik-bisik menyaksikan pertengkaran mereka.

“Mari ikut abang. Cepat!!!” arah Amran dengan garang. Mereka segera membuntuti Amran dari belakang. Pintu bilik mesyuarat yang terletak bersebelahan stor di bukanya.

“Kalau nak bincang ke, nak luahkan perasaan ke, cakap sahaja kat bilik ni. Jangan nak terjerit-jerit kat tempat awam. Memalukan aje,” bebel Amran. Mereka berdua hanya mendiamkan diri.

“Sin, abang keluar dulu. Syed, kau jangan buat apa-apa kat adik aku ni. Cakap sahaja,” ujar Amran dengan tegas. Dia keluar sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Lima minit sudah berlalu tetapi masing-masing hanya mendiamkan diri. Syed asyik memandang Sindora tanpa berkelip membuatkan gadis itu berasa gelisah. Syed kemudian meraup mukanya.

“Saya minta maaf. Saya tak berniat nak tengking awak tadi,

“Saya tak boleh terima perpisahan ini,” ujar Syed sambil menggeleng kepalanya.

“Saya nak kita berpisah juga,” balas Sindora dengan suara yang sengaja dikeraskan.

“Apa salah saya Sin sehingga awak buat keputusan terburu-buru begini? Awak cakap dengan saya hanya saya seorang yang awak suka. Tak sangka rupa-rupanya awak curang,” Syed berkata sinis.

“Siapa yang curang? Awak atau saya?” tempelak Sindora.

“Apa yang awak cakap ni? Saya tak faham,” soal Syed dengan hairan.

“Saya nampak awak kat Plaza Angsana 2 minggu lepas dengan seorang perempuan cantik, kekasih awakkan?” ujar Sindora sambil menjeling tajam kepada Syed yang kelihatan berkerut-kerut dahi mengingati sesuatu.

Akhirnya dia tersenyum.

“So, awak jealouslah ni ya?” Syed tersenyum nakal sambil memandang Sindora yang masam mencuka.

“Betulkan apa yang saya nampak? Memang awak jahatlah Syed,” bentak Sindora lalu bingkas bangun.

“Wait Sin, dengar dulu apa saya nak cakap ni,” Syed kelam kabut melihat tingkah Sindora. Dia turut bangun lalu memegang kedua-dua bahu gadis itu.

Sindora menepis tangan Syed tapi dengan pantas Syed menggenggam erat kedua tangan gadis itu lalu di bawa ke dadanya yang bidang. Dia menghela nafas.

“For God sake sayang. She’s my big sister.” Syed memandang tepat mata Sindora lalu kedua tangan gadis itu di kucup lembut. Sindora terkesima mendengarnya.

“What???” Sindora terkejut. Jadi selama ini dia tersalah sangka.

“Tapi awak nampak mesra dengan dia, tak macam kakak awak pun…” ujar Sindora. Dia masih tidak percaya perempuan secantik itu adalah saudara Syed.

“Dia memang kakak saya. Well, actually my twin. Kami memang rapat, macam kawan. Kalau sekali pandang memang orang boleh salah sangka,” jelas Syed lagi.

“But the woman that I truly love is you,” ucap Syed.

Sindora terpana. Fikirannya bercelaru tetapi keputusan sudah pun di buat. Dia tidak boleh berpaling lagi.

“Saya minta maaf Syed. Saya tetap akan berkahwin dengan lelaki tu,” ujar Sindora dengan suara yang lemah.

“Lagi-lagi kahwin, lagi-lagi kahwin. Saya tak kira, awak kena batalkan,” arah Syed. Dia melepaskan genggaman tangan Sindora.

“Siapa lelaki tu? Biar saya jumpa dia. Berani dia nak rampas awak dari saya,” marah Syed.

“Dia kawan saya. Dia baik. Dia banyak tolong saya sebab tu saya dah janji nak kahwin dengan dia,” jelas Sindora.

“Oh, sekarang awak nak bela lelaki tu pulak? Habis, saya ni siapa bagi awak? Spare tyre awak?” tuduh Syed. Dia menjegilkan matanya kepada Sindora.

“Cukup. Jangan cakap lagi,” jerit Sindora.

“Saya sayangkan awak dengan ikhlas. Memang takde lelaki lain dalam hati saya kecuali awak. Tapi saya terpaksa,” akui Sindora dengan air mata berlinangan di pipi.

“Arggh! Sudahlah,” jerit Syed. Dengan laju dia melangkah keluar lalu membuka pintu dan menghempaskannya dengan kuat.

Bahu Sindora terangkat kerana terkejut dengan dentuman itu. Dia masih lagi terpaku dan teresak-esak menangis.

Amran muncul di muka pintu. Dia menghampiri Sindora lalu menghulurkan sekotak tisu kepadanya.

“Apa yang berlaku Sin?” soal Amran ingin tahu.

“Macam mana ni bang? Sin tak tahu nak buat apa,” ujar Sindora. Airmatanya bercucuran keluar lagi, hidungnya sudah merah bersama esakan yang tidak putus-putus. Dia menceritakan segala-galanya kepada Amran dan lelaki itu tekun mendengarnya tanpa menyampuk.

“Sin sayang dia?” soal Amran.

“Abang pun tahu kan Sin memang dah lama minat kat Syed,” jawab Sindora dengan tersedu-sedan.

“Bukan Syed tapi Andy,” ujar Amran.

“Eeii! Mana ada,” nafi Sindora.

“Habis tu, kenapa setuju nak kahwin dengan dia?” soal Amran.

Sindora yang sudah berhenti menangis menelan air liur dan dengan payah dia berterus-terang kepada Amran.

“Masa tu Sin kecewa dengan Syed. Sin ingat dia curang. Andy sahaja harapan Sin untuk dapatkan duit tu. Tanpa fikir panjang, Sin terus terima syaratnya,” jelas Sindora.

“Kalau abang kat tempat Sin, abang akan teruskan,” ujar Amran.

“Apa maksud abang?” soal Sindora lalu matanya mencerlung memandang Amran.

“Kahwin dengan Andy,” jawab Amran bersahaja.

“Sin dah agak abang akan cakap macam tu. Dari dulu lagi abang tak suka Sin berkawan dengan Syed kan?” bentak Sindora.

“Sin, dengar dulu apa yang abang nak cakap ni. Dengar betul-betul,” pujuk Amran kepada Sindora yang tiba-tiba marah.

“Sin nak tau kenapa abang minta Sin pilih Andy?” soal Amran. Sindora mengangguk.

“Dia kacak, berjawatan tinggi dan dari keluarga berada. Sekali petik semua perempuan melutut depan dia dan merayu minta dikahwini,” ujar Amran. Sindora tekun mendengar.

Dia mengakui ciri-ciri yang dimiliki oleh Andy memang amat sempurna. tetapi bukan bagi dirinya. Dia menganggap lelaki yang berdarah Irish itu hanyalah kawan biasa.

“Tapi perempuan yang dia pilih ialah Sin.”

“Dia dah tolong Sin sebab tu dia kenakan syarat macam tu,” jelas Sindora.

“Abang tak percaya seorang lelaki sanggup kahwin kalau dia takde hati dengan perempuan tu,” ujar Amran bersahaja.

“Apa maksud abang? Sin tak fahamlah,” soal Sindora lalu memandang Amran dengan rasa hairan.

“Itu Sin kena fikir sendiri,” ujar Amran lalu berlalu meninggalkan Sindora yang melongo kebodohan.

Andy ada hati kat aku? Tak mungkin. Dia anggap aku macam kawan aje. Takpe. Nanti aku tanya sendiri kat dia, bisik hati kecil Sindora.

*****************************

“Tadi mama jumpa dengan untie Azie,” beritahu Puan Emma.

“So?”

“Dia cakap Andy dah nak kahwin.”

Tangan Anna yang sedang leka mengupas kulit buah epal itu terhenti seketika kemudian dia menyambung balik.

“Baguslah. Dengan siapa?” Anna pura-pura tersenyum.

“Dia tak bagitau, tapi Andy sendiri yang pilih.”

“Dulu, senang-senang dia putus dengan kamu. Rupa-rupanya dia dah ada perempuan lain.” Puan Emma mencebik bibir.

“Andy bukan macam tulah mama.”

“Hai kamu ni, dah jadi macam ni pun masih nak sebelahkan dia.”

“Anna pernah cabar dia dulu. Dia main-main aje tu.”

“Perkara macam ni mana boleh main-main Anna. Tengok kamu sekarang masih belum ada pengganti tapi dia dah nak kahwin pun.”

Anna terdiam mendengar bebelan ibunya. Dalam diam dia menyesal memutuskan tali pertunangan dengan Andy. Dia akui dia masih sayangkan lelaki itu. Kalau benarlah dia hendak berkahwin dia ingin lihat perempuan mana yang telah berjaya merampas Andy daripadanya.

“Percayalah ma. Anna akan dapatkan balik Andy tu,” ujar Anna dengan yakin.

“Kamu jangan nak cari pasal Anna. Cari ajelah lelaki lain. Kamu tu bukannya tak cantik. Ramai lagi lelaki yang nak kat kamu,” bantah Puan Emma.

Kata-kata ibunya tidak diendahkan. Dia nekad untuk mendapat balik cinta Andy.

“Mama jangan risaulah. Tahulah apa yang Anna nak buat nanti.”

Sedang mereka asyik berbual tiba-tiba pintu rumah terbuka. Seorang lelaki yang kelihatan agak lemah langkah kakinya terus menaiki tangga.

“Kamu ni dari mana Izham?” tegur Puan Emma kepada pemuda itu yang kelihatan sugul. Pertanyaan dari Puan Emma hanya di biar sepi. Dia terus naik ke atas menuju kamarnya.

“Apa kena dengan adik kamu tu? Macam baru putus cinta aje,” Puan Emma memandang Anna untuk mendapatkan jawapan. Mungkin dia tahu apa yang telah terjadi memandangkan hubungan mereka yang agak rapat.

Anna hanya menjungkit bahu. Epal yang telah siap dipotong disuakan kepada ibunya, tetapi ibunya cuma menggeleng.

“Takkan kamu tak tahu dengan siapa dia berkawan? Kamu dengan Izham kan macam isi dan kuku. Mesti kamu tahu apa masalah dia?” soal Puan Emma tidak puas hati.

“Betul ma, Anna tak tahu,” akui Anna.

“Dia ada cakap dia dah ada kekasih tapi dia takdelah cerita lebih-lebih kat Anna, dia tu kan suka berahsia. Takkan mama tak kenal dengan anak bujang mama yang sorang tu,” beritahu Anna lagi.

“Hisy, mama risaulah Anna, 2-3 hari ni dia asyik muram aje. Makan pun tak mahu,” adu Puan Emma.

“Alaa mama ni, dia dah besarlah. Umur dia dah 27 tahun. Tahulah dia nak selesaikan masalah dia sendiri,” pujuk Sharifah Anna kepada ibunya yang tampak bimbang.

No comments:

Post a Comment