“Aduh! Banyaknya kerja, mana satu nak buat ni?” Sindora mengeluh dalam hati.
Sudah beberapa hari dia dibebani kerja-kerja yang menimbun. Ini disebabkan pembantunya, Shahida cuti bersalin, dia kena melakukan dua kerja. Sebagai Senior Logistik di sebuah syarikat elektronik setiap saat waktu kerjanya sangat berharga. Dia kena membuat perancangan keluar masuk barang-barang setiap 2 jam dalam satu hari dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Bersambung dari pukul 6 petang hingga 12 malam dia sibuk menyemak ‘billing’ dari agen penghantaran. Juga kerja-kerja yang Shahida tinggalkan.
Waktu balik selepas sembahyang Isyak, selalunya dia akan terus rebah di bantal dan tidur tanpa memikirkan apa-apa lagi.
Hari ini seperti hari-hari biasa, Sindora tekun melakukan kerja tanpa disedari jam sudah menunjukkan angka 12 malam.
“Sin, kau tak balik lagi ke? Bas dah jalan tu,” beritahu Amran setelah melihat Sindora masih lagi mengadap skrin komputernya.
“Hah! Alah, macam mana ni abang Am? Siapa nak hantar Sin balik ni?”
“Sori Sin. Abang tak dapat hantar Sin balik. Ada hal. Hah…apa kata Sin minta tolong abang Mail, dia ada kat luar tu. Pergilah tanya dia.” Dengan langkah tergesa-gesa Sindora melangkah keluar. Ismail yang dilihatnya sedang berbual-bual dengan Watie.
“Abang Mail, nak minta tolong hantar Sin balik, boleh tak?” pinta Sindora dengan menunjukkan wajah simpati.
“Alah dik sorilah, abang nak hantar Watie ke stesen bas. Dia nak balik kampung,” jawab Ismail sambil memandang wajah Sindora dengan serba salah.
“Sin, kau cuba telefon teksi,” Watie bersuara memberikan cadangan.
“Oklah. Anyway terima kasih.” Dengan hampa Sindora kembali ke tempat duduknya dan menelefon teksi. Malangnya tiada satu teksi pun yang sudi datang di waktu tengah malam begini.
***********************
“Saya nak putus,” dengan spontan Anna berkata.
“What! Apa ni Anna, apa yang awak merepek ni? Tiba-tiba nak minta putus pulak?”
Andy bingung dengan sikap Anna yang kebelakangan ini selalu panas baran dan bersikap melulu.
“Saya tak merepek, saya nak putuskan pertunangan kita ni. Buang masa aje.”
Bukan Anna tidak sayang kepada Andy walaupun pertunangan mereka adalah dirancang oleh keluarga masing-masing. Di sebabkan terpikat dengan ketampanan Andy terus menimbulkan bibit-bibit cinta terhadap jejaka yang menjadi idaman setiap gadis itu. Tetapi sikap acuh tak acuh Andy membuatkan dia sebal.
“Saya tahu awak rasa tak dipedulikan tetapi berilah saya masa untuk mengenali awak dengan lebih rapat lagi, bolehkan?” Andy cuba memujuk Anna sambil memegang kedua-dua tangan gadis genit itu. Bukan dia tidak terpikat dengan Anna yang cantik dan seksi tapi entahlah, hatinya masih tidak dapat menerima Anna sepenuhnya.
“Ahh! Sudahlah Andy. Keputusan saya muktamad.” Anna bangun dan meninggalkan Andy terpinga-pinga sendirian.
“Anna, perkahwinan kita 3 bulan lagi, janganlah macam ni. Annaaaaaa!” Andy menjerit lantang tanpa mempedulikan mata-mata yang memandangnya di restoran itu.
Anna yang tersentak dengan jeritan itu, menoleh dan mendekati Andy.
“Andy, carilah perempuan lain dan kahwin dengan dia. I dare you!” Anna tahu Andy tentu tidak setuju. Dan seperti jangkaannya Andy mengeluh.
“Saya tak ada masa nak cari perempuan lain buat masa ni. Awak adalah pilihan saya.”
“Tidak Andy. Dekat luar tu ramai perempuan yang akan beratur menanti awak. Awak pilihlah salah seorang dari mereka,” Anna berkata sinis. Dia percaya Andy akan kembali memujuk dan merayunya lagi. Biar dia terseksa macam mana dia buat kat aku selama ni, Anna berkata di dalam hati.
******************************
“Macam mana Sin? Dapat teksi tak?” Amran bertanya kepada Sindora yang dilihatnya berwajah keruh. Dia terdengar perbualan Sindora di telefon tadi.
“Teksi tak nak datanglah abang Am. Sin nak balik macam mana ni?” matanya sudah merah dan hampir hendak menangis.
Amran memandang Sindora dan tiba-tiba merasa kasihan terhadap gadis itu.
“Oklah. Abg Am boleh hantar tapi sampai simpang aje, lepas tu Sin kena jalan kaki. Jalan raya tu tak sunyikan? Banyak kenderaan lalu jalan yang menuju rumah Sin tu kan?” Amran cuba memujuk Sindora. Bukan dia tak mahu menghantar Sindora sampai rumah, dia sendiri sudah terlewat hendak mengambil anaknya yang ditinggalkan di nurseri.
“Alhamdulilah. Terima kasih abang. Takpelah, sampai simpang pun kira dah ok. Sin cuma bimbang jalan dari kilang ni, kan sunyi. Tapi bila dah sampai simpang tu dah ada lampu jalan.” Sindora merasa lega kerana Amran sudi menolongnya.
”Jomlah kita beransur, dah lambat ni.”
Sindora berjalan lambat-lambat di tepi jalan raya. Inilah akibatnya kalau takut sangat nak memandu, dah kena jalan kaki. Sindora menyalahkan diri sendiri sambil itu dia melihat kiri kanan dengan perasaan sedikit takut, bimbang kalau-kalau ada orang yang mengikutinya.
Alamak, hujan pulak. Aku tak bawa payung ni, rungutnya dalam hati.
Sindora terus berjalan tanpa mempedulikan hujan lebat yang menimpanya, bajunya sudah kuyup. Dia mahu cepat-cepat sampai rumah. Tubuhnya menggigil, terasa sejuk yang teramat sangat. Tanpa memandang kiri kanan dia terus melangkah menyeberangi jalan. Tiba-tiba kedengaran hon kereta dan sebuah kereta dengan laju menuju ke arahnya. Sindora panik lalu rebah dan pengsan di situ juga.
******************************
“Baiklah. Saya akan cari perempuan yang lebih baik dari awak dan kahwin dengan dia. Awak cabar saya kan?” Andy membalas kata-kata Anna. Memang dirinya pantang dicabar. Kalau itu yang Anna mahukan dia tidak akan beralah.
“Ok. Saya nak tengok perempuan mana yang sanggup kahwin dengan awak.”
Walaupun sedikit rasa kesal menuturkan kata-kata itu tetapi Anna sengaja menduga keegoaan Andy. Dia takkan jumpa perempuan lain. Dia akan cari aku jugak, Anna berkata dalam hati dengan yakin.
“Ahh! Persetan itu semua. Perempuan memang menyusahkan,” rungut Andy sambil membuka pintu kereta. Dia masuk lalu menghempaskan pintu dengan kuat. Perasaan geram dan marah dengan sikap Anna tadi masih belum hilang lagi. Andy menggigit bibirnya perlahan. Masih terngiang-ngiang kata-kata Anna yang menyuruhnya mencari perempuan lain. Kalau aku jumpa mana-mana perempuan malam ni, aku ajak dia kahwin. Baru padan muka Anna. Andy tersenyum memikirkan rancangan gilanya itu.
“Alamak! Dah pukul 1 pagi ni. Hujan lebat pulak tu,” Andy cepat-cepat menghidupkan enjin kereta dan memandu keretanya meredah hujan yang semakin lebat.
Dia memasang dan mencari stesen radio kegemarannya tetapi tiada satu pun yang menarik halwa telinga. Dia mengambil koleksi CD di belakang kereta. Saat dia menoleh ke hadapan, dilihatnya ada seorang perempuan hendak melintas jalan. Dia membunyikan hon dengan isyarat supaya perempuan itu berhenti tetapi perempuan itu tetap berjalan.
Andy menekan brek, kereta berhenti secara tiba-tiba. Perempuan itu memandang ke hadapan kereta lalu jatuh.
“Eh, aku dah langgar ke? Tak bunyi apa-apa pun. Mampus aku. Nak lari atau nak turun ni?” Andy menggelabah dan berasa panik. Dia tidak pasti samada dia sudah melanggar perempuan itu atau tidak. Wajahnya pucat lesi memikirkan kejadian yang tidak di sangka-sangka.
“Lari ajelah, aku tak nak kena penjara. Tapi kasihan dengan perempuan tu. Dah mati ke? Macam mana ni? Ahh…turun aje tengok keadaan dia.” Fikiran Andy berkecamuk. Dengan perlahan-lahan dia keluar dan menuju ke hadapan keretanya.
“Fuh! Nasib baik tak langgar. Tapi, kenapa perempuan ni tak bangun-bangun, pengsan ke?” Andy merapati perempuan itu lalu mencuit bahunya.
“Cik...cik... bangunlah. Cik tak apa-apa ke? Cik...cik...”
Kenapa dia tak sedar ni? Takkan aku nak tinggalkan dia, bahaya ni. Andy menjadi serba-salah. Dia memandang perempuan itu yang bertudung dan berbaju kurung. Badan perempuan itu sedikit berisi tetapi tinggi dan berkulit putih.
Hujan masih lagi lebat, bajunya sudah lencun. Dengan kepayahan Andy memapah perempuan itu masuk ke keretanya.
“Apa yang harus aku buat?” Andy menoleh ke belakang melihat perempuan itu yang masih lagi pengsan.

No comments:
Post a Comment