Thursday, May 7, 2009

SKSR - Chapter 4


Lantai disko yang terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru dipenuhi oleh pemuda pemudi setiap kali hujung minggu. Ramai antara mereka yang berdansa mengikut alunan muzik yang kuat, tak kira gaya menari apa pun, yang penting enjoy!

Kelihatan di sudut paling jauh, Andy hanya sekadar memerhati gelagat anak-anak muda sekarang. Biasanya dia datang ke sini ditemani Anna tetapi hari ini dia bersendirian sahaja.

Beberapa gadis seksi di sebelah meja memandang Andy dengan penuh minat. Mungkin mereka menganggap Andy adalah pelancong. Perlakuan mereka seolah-olah ingin menarik perhatian supaya Andy mendekati mereka, tetapi Andy tidak mempedulikan gadis-gadis muda yang hanya bertopengkan solekan tebal.

Andy meneguk rakus air coke sementara kepala bergoyang mengikuti irama muzik dari penyanyi kegemarannya, Justin Timberlake.

“Yo, what’s up bro?” Bahunya ditepuk dari belakang.

Andy menoleh. Kelihatan sahabatnya yang agak akrab, Nizam datang bersama seorang gadis yang hanya memakai tube warna merah dan mini skirt putih yang mendedahkan sebahagian tubuhnya. Andy tidak mengenali gadis itu tetapi setiap kali dia berjumpa Nizam di sini tentu dengan perempuan yang berlainan.

“Mana Anna bro?” Nizam menjenguk-jengukkan kepalanya mencari seseorang.

“Aku dah putus dengan dia.” Andy bercakap dengan nada yang kuat untuk mengatasi suasana yang bising.

“What happen bro?” Nizam berasa terkejut.

“Dia tu cantik macam pelakon hindustan pun kau tinggalkan. Kalau aku tak lepas bro,” Nizam mengenyitkan mata kepada perempuan seksi yang berada di sebelahnya.

“Dasar miang.” Perempuan itu dengan pantas mencubit lengan Nizam yang sasa lantas kedua lelaki itu tertawa. Terhibur sedikit hati Andy melihat telatah sahabatnya. Andy mengenali Nizam ketika mereka menuntut di Univesity Oxford, UK.

“Bila kau break off dengan Anna?” Nizam memulakan pertanyaan dengan serius setelah alunan muzik di disko bertukar menjadi perlahan.

“Dua minggu lepas, keluarganya datang. Putus secara rasmi.”

“Kau ada perempuan lain ke?”

Andy membulatkan matanya ke arah Nizam.

“Kau ingat aku macam kau ke? Kau kan tahu aku ni mana pandai layan perempuan.”

“Itulah kau. Dah ada tunang tapi tak pandai nak jaga baik-baik. Dah macam ayam berak kapur aje.”

Andy memuncungkan mulut mendengar usikan Nizam.

“So, apa rancangan kau selepas ni? Dah ada calon yang sesuai?”

“Sebenarnya aku ada kenal dengan seorang perempuan tapi dia ni lain sikitlah.”

“Apa yang lainnya?”

“Sombong dan konservatif.”

“Tapi cantikkan?”

“Taklah cantik. Badan pun gempal tapi kulit dia yang putih gebu tu yang buat aku geram.”

“Macam pelakon Zizie Ezzette.”

“Yalah kot.”

“Tapi memang lain dari yang lain.” Selintas wajah Sindora hadir dalam ingatan Andy.

“Jom bro, kita menari.” Andy hanya menggelengkan kepala menolak ajakan sahabatnya. Nizam kemudian menyertai teman wanitanya yang sudah berdansa sejak dari tadi.

****************************************

“Terima kasih sebab pinjamkan baju awak ni dan selamatkan saya pada malam tu.” Sindora menghulurkan baju kepada Andy sambil tersenyum.

Andy terpegun memandang Sindora yang tersenyum kepadanya. Sesungguhnya gadis ini memiliki senyuman yang amat manis dan mempunyai lesung pipit yang kecil di kedua belah sudut bibirnya.

Matanya yang berwarna coklat jernih itu merenung Sindora tanpa jemu. Hati kecil Andy berdetak. Tak mungkin. Kenapa hati aku berdebar-debar ketika memandang wajahnya?

“Andy…” Sindora memanggil Andy yang ketika itu merenung tajam kepada dirinya. Apa kena dengan dia ni? Kena sampuk ke? Sindora mengawang-awangkan tangannya ke wajah lelaki itu.

Andy tersedar dari lamunan kemudian menyambut baju yang berada di tangan Sindora. Untuk menutup malu dia berdehem lalu menundukkan kepalanya sedikit.

“Saya hantar Sindora balik,” Andy berkata sambil memandang Sindora yang ketika itu sedang menekan-nekan butang telefon bimbitnya.

“Hai sayang. Tengah buat apa?” teks mesej dari Syed. Sindora tersenyum.

“Hmm…takpelah. Saya nak sambung kerja,” Sindora menolak lembut pelawaan Andy.

Baru sahaja dia hendak mengatur langkah, Andy memanggilnya.

“Sindora…” Andy dengan perlahan mendekati Sindora.

“Ya, ada apa?”

“Saya nak jumpa lagi dengan Sindora, boleh?”

“Kenapa?” Sindora memandang Andy dengan perasaan hairan.

Andy menghulurkan tangannya ingin bersalaman.

“Friends?”

Sindora teragak-agak menyambut tangan Andy. Tetapi akhirnya dia tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala. Satu perasaan halus yang sukar di mengertikan menyelinap masuk di dalam hati ketika tangannya menyentuh tangan lelaki kacak itu.

***********************

Sindora menghempaskan badannya di atas katil bujang di dalam kamar miliknya. Peristiwa pagi tadi benar-benar membuatkan dirinya berasa resah gelisah, badannya dibasahi peluh. Begitulah keadaan dirinya kala diri berasa susah hati.

Perbualan telefon dia dengan Saiful, abang kandungnya masih terngiang-ngiang sehingga kini.

“Adik mana ada duit sebanyak tu.”

“Tolonglah abang dik. Hanya adik sorang aje sekarang harapan abang. Kalau tak bankrap bisnes abang.”

“Itulah abang, hutang sana,hutang sini,duit takde nak bisnes.”

“Sekarang ni siapa yang susah? Abang jugak kan? Hutang dengan ‘along’ lagi pulak tu.”

“Abang mengaku abang yang salah tapi abang takde pilihan. Klien abang lambat bayar hutang tapi abang masih perlukan duit untuk buat pusingan modal.”

“Abang tutup ajelah syarikat kontraktor abang tu atau jual kat sesiapa. Duit tu abang bayarlah hutang.”

“Siapa yang nak beli syarikat yang tengah nazak sekarang ni dik,” terang Saiful sambil mengeluh. Dia tahu dia tidak sepatutnya menyusahkan adik kesayangannya tetapi hanya Sindora sahajalah sekarang yang mampu menolong.

“Duit simpanan adik memang takdelah sebanyak tu. Nantilah adik usahakan.”

Sindora berasa kesal dan serba salah kerana tidak dapat menolong Saiful. Sejak kematian ibu bapa mereka, Saifullah yang menjaganya. Waktu itu Sindora berumur 13 tahun dan Saiful berumur 17 tahun. Saiful tidak dapat meneruskan pelajaran kerana bekerja untuk membiayai pelajaran Sindora sampailah dia tamat tingkatan 6. Walaupun Saiful memujuknya untuk meneruskan pengajian ke universiti tetapi Sindora tidak mahu menyusahkan Saiful yang telah banyak berkorban untuknya.

Sindora memicit-micit kepala. Walaupun tidak berasa pening tetapi sengaja dia berbuat begitu untuk mengurangkan tekanan. Dia mengeluh berat kemudian membelek-belek telefon bimbit. Ada satu pesanan ringkas belum di baca.

“Terima kasih sebab sudi menjadi kawan saya. Just tell me if you have any problem, I’ll be there for you. Kalau takde problem pun takpe, just call me ok”

Sindora tersenyum. Andy memang seorang lelaki yang baik, puji Sindora di dalam hati. Tiba-tiba dia teringat akan masalahnya. Dia membaca sekali lagi mesej itu. Andy!

*********************************

Andy bersendirian sahaja di sebuah pub yang diberi nama ‘Melody’. Begitulah aktivitinya setiap hujung minggu, samada lepak di pub atau pun disko. Clubbing sudah menjadi kegemarannya sejak di bangku sekolah lagi.

Sebuah band dari Filipina telah membuat persembahan pada malam itu. Boleh tahan jugak show diorang ni. Andy memandang penuh asyik band yang di anggotai oleh 3 orang gadis seksi dan 2 orang lelaki.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Di skrin tertera nama ‘snow white’. Andy tersenyum lalu menjawab telefon.

“Hello, Andy ke ni?” Sudah lama Andy tidak mendengar suara itu.

“Ya Cik Sindora, apa yang boleh saya bantu?” jawab Andy dengan nada bergurau.

“Awak dekat mana ni? Kenapa bising sangat? Tak dengarlah.”

Andy lalu bangun dan keluar dari pub.

“Ok, sekarang clear. Ada apa Sindora?”

“Saya nak jumpa awak, boleh ke?”

“Bila? Sekarang?”

“Ya, boleh ke?”

“Tunggu saya dalam 15 minit.”

Andy bergegas ke kereta lalu memandu laju menuju ke rumah Sindora.

*****************************

“Kenapa tak makan?” Andy memuncungkan bibirnya ke arah bubur Sindora yang belum lagi terusik.

“Saya takde seleralah nak makan,” Sindora menolak lembut mangkuk yang berisi makanan kegemarannya itu.

“Janganlah macam ni. Awak sendiri yang bawa saya makan kat sini. Saya pun dah suka dengan bubur ni. Sedaplah.” Andy menyuap dengan laju kerang bakar yang berada di depannya.

Sindora memerhatikan gelagat lelaki kacukan itu. Mungkin ini kali pertama dia menikmati bubur bersama kerang bakar. Begitu berselera sekali dia.

Sindora melihat sekeliling gerai makan yang terletak di Taman Sentosa yang terkenal dengan bubur specialnya. Gerai itu sentiasa sahaja dipenuhi orang. Pada ketika ini ramai yang melihat dirinya bersama Andy dengan pandangan semacam.

“Awak perasan tak? Ramai yang pandang kita,” Sindora memandang Andy yang sedang asyik mengunyah.

“Entah. Diorang pandang awak, bukan saya.”

“Taklah, diorang pandang awak yang gelojoh sangat makan.”

Andy terus memandang ke kiri dan kanan, memang ramai yang sebenarnya memerhatikan dirinya, dia menggaru-garu kepala. Kemudian dia tersengih-sengih sambil memandang Sindora.

“Saya ni kacak sangat sebab itu diorang pandang.”

Sindora cuma mencebik bibir.

“Jangan nak perasanlah, masuk bakul angkat sendiri.”

“Apa tu? Tak fahamlah.”

“Hello. Awak ni tak belajar bahasa melayu ke? Itu namanya peribahasa. Budak sekolah rendah pun tahu.”

“Dari kecil saya belajar di International School. Saya pandai cakap bahasa melayu pun sebab mak saya yang guna bahasa tu.”

“So, awak ni mat salleh celuplah,” Sindora mengusik Andy.

Andy memandang tajam kepada Sindora yang masih tertawa panjang. Sindora perasan akan pandangan itu,dia berhenti ketawa dan wajahnya yang putih menjadi merah. Andy tersenyum simpul melihat Sindora yang tersipu-sipu malu.

“Awak ni kuat bergurau jugak ya, sebijik macam kawan saya. Nizam namanya.”

“Awak selalu kena usik dengan dia ke?”

“A’ah. Tapi nampaknya sekarang saya dah ada 2 orang kawan yang kuat bergurau. Habislah saya,” Andy tertawa kecil. Sindora hanya tersenyum nipis. Kemudian dia mengeluh perlahan.

Dia masih lagi memikirkan samada untuk meminta bantuan Andy atau tidak. Segan pulak rasanya kerana dia baru sahaja mengenali lelaki itu. Tetapi entah kenapa buat masa ini hanya Andy sahaja yang terlintas dalam kepalanya. Dia sendiri berasa hairan.

Sindora mengeluh lagi. Perbuatannya itu diam tak diam telah disedari oleh Andy sejak mula dia bertemu Sindora tadi. Mesti ada sesuatu perkara yang telah merunsing fikirannya. Andy menanti kalau-kalau Sindora akan memberitahunya kelak.

“Awak ada masalah ke?” Secara automatik, Sindora mengangguk kepala.

“Saya nak dengar masalah awak tu.”

“Tak payahlah.”

“Saya nak tau jugak,” desak Andy.

“Kenapa?”

“Sebab awak ajak saya keluar mesti awak nak cerita masalah awakkan? Saya sedia mendengar.”

Sindora terdiam seketika. Dia tak sangka Andy pandai mentafsir setiap gerak lakunya.

“Andy, saya…” Andy mendongak memandang Sindora yang kelihatan teragak-agak ingin berkata sesuatu.

“Ada apa Sindora. Is something wrong?” Andy hairan melihat Sindora yang berwajah muram.

“I need your help.”

“Tell me. I’m your friend right?” Andy cuba menyakinkan Sindora supaya menceritakan masalahnya.

“Saya perlukan duit.”

“Berapa?”

“RM30,000.”

“Bila awak nak?”

“Awak boleh tolong saya ke?” Andy mengangguk perlahan. Mata Sindora bersinar memandang Andy.

“Saya memang ada saving tapi ada masalah sikit.”

“Masalah?”

“Buku akaun tu mak saya yang pegang.”

“Dah besar panjang macam ni pun, mak masih kontrol lagi ke?” Sindora tertawa sinis.

“She never trust me, unless…” Andy tidak jadi meneruskan kata-katanya.

“Kecuali apa?” Sindora tidak sabar menunggu jawapan dari Andy.

“Unless if I ready to get married.”

“Kahwin?” Sindora memandang Andy untuk mendapatkan kepastian sekali lagi.

Andy menganggukkan kepala. Sindora mengeluh tanda hampa. Nampaknya dia gagal mendapat bantuan dari lelaki itu.

“It’s ok. I’ll find out other way to help you. Don’t worry.”

“Takpelah. Saya tak nak susahkan awak,” ujar Sindora.

“I’m insist. I’ll never let you down.” Andy berwajah serius. Hatinya terasa sakit ketika memandang wajah Sindora yang sedih.

Sindora mengetap bibir. Tiba-tiba dia berasa terharu. You’re my saviour!

“Wahai cik adik yang rupawan, janganlah tuan hamba berasa gundah gulana. Hamba sedia lakukan apa sahaja. Hamba tidak akan membiarkan tuan hamba bermuram durja lagi,” Andy cuba mengusik.

Sindora yang pada mulanya tersenyum simpul akhirnya tergelak.

“Mana awak belajar bahasa sastera ni?”

“Saya dulu suka menonton drama Pendekar. Sikit-sikit saya belajarlah.”

Sindora sudah boleh tersenyum. Andy berasa lega apabila dapat melihat senyuman Sindora yang ketika ini seakan sudah melekat dalam kotak fikirannya.

No comments:

Post a Comment