Sindora membuka perlahan-lahan matanya.
“Aku kat mana ni?” Sindora melihat keadaan sekeliling yang begitu asing. Di dalam kamar tidur yang cantik dia melihat dirinya terbaring di sebuah katil yang besar. Suasana kamar yang berkonsepkan hitam dan putih. Kepalanya terasa sakit dengan tiba-tiba. Dia melihat jam di tangannya, pukul 7 pagi. Sindora perasan yang bajunya sudah bertukar. Tersarung di badannya kini adalah sehelai t-shirt lelaki. Dia memandang ke bawah.
“Fuh, nasib baik ada tracksuit. Tapi ini bukan tracksuit dengan baju aku. Aku dekat mana ni?” Sindora kebingungan.
“Dah bangun pun. Cik tak ingat apa-apa ke?” Terpacul wajah Andy di pintu kamar yang terbuka. Sindora menggeleng.
“Kenapa saya ada di sini? Awak ni siapa? Apa yang awak dah buat kat saya?” Sindora melontar soalan bertalu-talu kepada Andy.
“Woo!... nanti dulu. Kalau nak tanya pun, satu-satu boleh tak?”
Hissh! Dia ni, aku tanya dia, dia tanya aku balik. Yang aku ingat semalam abang Am hantar aku balik sampai simpang. Aku jalan kaki, lepas tu hujan lebat, aku nak lintas ada kereta. Lepas tu apa ehh? Sindora mengerut-ngerut dahinya cuba mengingati kejadian semalam.
Andy hairan melihat tingkah Sindora lalu merapatinya dan duduk di tepi katil.
“Nama saya Andy. Semalam cik pengsan. Saya tak tau rumah cik lalu saya bawa cik ke sini. Rumah saya…” jelas Andy tetapi tiba-tiba Sindora menyampuk.
“Baju saya mana? Awak dah buat apa?” soal Sindora lagi dengan kalut.
“Baju cik basah. Saya tukar takut cik demam. Saya tak buat apa-apa,” ujar Andy dengan jujur.
Mata Sindora terkelip-kelip. Betul ke dia tak buat apa-apa? Memang aku tak rasa apa-apa yang ganjil pun. Tapi mesti dia dah tengok semuanya. Sindora menjadi malu bercampur marah.
“Saya nak balik baju saya.” Sindora tiba-tiba turun dari katil lalu menjauhi Andy.
“Saya jemur baju cik tapi saya rasa belum kering lagi. Macam nilah, apa kata saya hantar cik balik. Baju tu saya hantar kemudian.”
“Saya nak balik baju saya sekarang jugak!” ujar Sindora dengan nada keras.
Hisy, garangnya perempuan ni! rungut Andy dalam hati. Melihat Sindora yang asyik memandangnya, dia mengeluh kecil. Andy segera bangun dan mengambil baju kurung yang masih lembap di ampaian. Lalu di serahkan kepada Sindora.
Sindora melihat jam di tangan. Alamak, dah pukul 7.30 pagi!
“Encik Andy boleh hantar saya ke tempat kerja?” pinta Sindora dengan lembut. Melihat riak wajah Andy yang muram, Sindora berasa bersalah pula. Orang dah tolong, kau pulak marah-marah. Sindora menyalahkan diri sendiri.
“Baiklah. Cik kerja di mana?”
“Taman Perindustrian Tampoi. Ini di mana?”
“Taman Tun Aminah, Skudai. Tak jauh dari sini. Saya boleh hantar.”
“Terima kasih,” ucap Sindora dengan hati yang lega.
*****************************
“Sin, kau ni baru balik jogging ke?” Amran menegur Sindora sambil ketawa. Dia geli hati melihat Sindora hanya memakai t-shirt berwarna hitam berlogokan Manchester United dan track suit berwarna kelabu, persis seperti lelaki.
Sepanjang dia bekerja di kilang ini dia tidak pernah melihat Sindora berpakaian sebegitu. Selalunya dia akan berbaju kurung dan Amran tahu Sindora mempunyai koleksi baju kurung yang banyak. Setiap minggu dia mesti memakai baju kurung yang berlainan.
Amran adalah penyelia stor di kilang elektronik tersebut. Dia sudah bekerja selama 5 tahun sedangkan Sindora baru bekerja selama 3 tahun. Selain Sindora, dia dibantu oleh Ismail seorang pembantu stor, Watie sebagai kerani Am dan Shahida sebagai pembantu logistik.
Walaupun dia sebagai ketua di situ tetapi dia menganggap mereka seperti kawan. Dia lebih rapat dengan Sindora, dia melayan Sindora seperti adiknya sendiri. Segala masalah peribadinya selalu diceritakan kepada Sindora dan gadis itu sudi mendengar dan kadang kala memberinya nasihat. Dia amat menghormati Sindora yang begitu tekun dengan setiap kerja yang diberikan dan kasihan melihatnya di timbuni bebanan kerja yang banyak. Tetapi keadaan syarikat sekarang yang ingin mengurangkan kos pekerja, dia hanya boleh membantu gadis itu bila dia kelapangan.
Amran masih merenung gadis yang mirip pelakon Zizie Ezette itu sambil bertanya di dalam hati, mengapa dia berpakaian aneh hari ini? Sebentar tadi dia ternampak Sindora turun dari kereta Vios berwarna hitam yang dipandu oleh seorang lelaki. Adakah dia bersama lelaki itu sepanjang malam dan tidak pulang ke rumah?
Sindora perasan akan renungan Amran yang begitu lama terhadap dirinya.
“Abang Am jangan nak fikir bukan-bukan ehh. Sin betul-betul ‘emergency’ hari ini. Tak sempat nak tukar baju.”
“Betul ke ni? Habis tu lelaki yang hantar Sin tadi tu siapa? Boyfriend ehh?”
“Bukanlah. Nanti Sin cerita bila kita lunch. Sekarang ni Sin nak arrange barang keluar ok.”
*******************************
Selepas menghantar Sindora, Andy menuju ke tempat kerjanya yang terletak di Tebrau. Dia bekerja sebagai Pengarah Operasi di sebuah syarikat kejuruteraan yang di beri nama Unisan Engineering, milik keluarganya. Sambil memandu dia sempat memikirkan kejadian pagi tadi.
“Alamak! Aku terlupa nak tanya nama dia. Muka dia macam pelakon yang selalu muncul di kaca tv. Nama pelakon tu pun aku tak ingat. Nombor telefon dia pun aku tak ambil. Macam mana dia nak pulang balik baju aku tu? Ahh…bagi dia ajelah, aku kan banyak lagi baju.” Andy berkata-kata sendirian di dalam kereta.
Telefon bimbitnya berdering, tertera di skrin ‘mak’.
“Hello, Assalamualaikum mak.”
“Andy nak ke tempat kerja ni.”
“Ok. Nanti Andy baliklah. Bye.”
Andy mengeluh perlahan. Lama dia tidak balik rumah menjenguk ibunya yang tinggal di Senai. Memang dia berasa rindu tetapi dia masih terasa hati dengan sikap ibunya. Dia masih ingat peristiwa 6 bulan yang lalu.
“Anna tu anak kawan mak, Andy. Dia cantik dan berpelajaran tinggi.”
“Tapi mak, Andy tak suka dia.”
“Takpelah. Mula-mula tak suka tapi nanti lama-lama oklah.”
Puan Azie cuba memujuk anak bongsunya itu. Dia mempunyai 3 orang anak lelaki, Anuar Zahrin, Adrian Zairin dan yang bongsu Andy Zarith. Anuar dan Adrian sudah pun berkahwin, cuma tinggal Andy sahaja yang masih bujang. Umur sudah 27 tahun, tapi satu perempuan pun tak lekat. Bukan dia tidak tahu Andy selalu bertukar-tukar pasangan. Dia bimbang Andy akan terjerumus ke lembah maksiat. Lalu dia bercadang menjodohkan anaknya dengan anak kawan baiknya, Emma yang merupakan rakan kongsinya di sebuah butik di Johor Bahru.
Semenjak kematian suaminya Mohammad Andrew Abdullah, 5 tahun yang lepas dia tinggal sendirian. Dia sudah berkahwin dengan lelaki berbangsa Irish itu selama 35 tahun lamanya. Kematian suaminya akibat kemalangan jalan raya amat meruntun hatinya. Lebih-lebih lagi bila mengenangkan anak bongsunya Andy yang amat mirip dengan wajah suaminya. Tetapi perangai Andy yang suka bebas amat tidak digemari. Dalam diam-diam dia membuat perancangan sendiri.
************************************
Sindora membuat keputusan untuk pulang awal hari ini. Dia rasa begitu penat sekali. Biarlah kali ini dia berehat secukupnya setelah beberapa hari dia pulang lewat. Tepat jam 6 petang dia cepat-cepat mengemas meja.
“Awal adik abang pulang kerja hari ni?” Ismail menyapa Sindora yang bergegas keluar.
“A’ah,” jawab Sindora ringkas.
“Jalan elok-elok,” kata-kata akhir dari Ismail dibalas dengan senyuman yang paling manis.
Naik sahaja bas yang disediakan oleh kilang, semua mata operator dan staf memandang kepadanya. Sindora berasa hairan, ada yang tak kena kat aku ke? Kenapa diorang tengok aku semacam aje?
“Baju lelaki mana yang kau pakai tu Sin? Atau kau dah tukar identiti perempuan melayu terakhir kau tu?” tegur Azmi sambil di sambut gelak tawa oleh rakan-rakannya yang lain. Sindora malu dengan teguran itu. Tiba-tiba dia terpandang Syed yang memandang tajam kepadanya.
Aduh! Kenapa Syed ada pulak? Dia bukan syif malam ke? Malunya, Sindora berkata di dalam hati. Syed adalah lelaki yang amat di minati oleh Sindora. Cuma dia sahaja yang takut berterus terang.
Sindora hanya tertunduk diam sepanjang perjalanan. Tiba-tiba Azmi dengan selamba duduk di sebelahnya.
“Sindora, aku nak ajak kau dating. Boleh tak?” Sindora terkejut dengan pertanyaan itu tetapi dia cuba berlagak tenang. Dia tahu Azmi hanya sekadar untuk mengusik.
“Mie, kau ni dah kenapa? Tiba-tiba ajak aku keluar ni. Mana kau nak campak si Eliza tu?”
“Alah, Eliza tu kawan biasa aku aje. Kau nak tak? Atau kau takut boyfriend mat salleh kau tu marah?” Azmi tersengih memandang Sindora yang terpinga-pinga.
“Apa kau cakap ni Mie? Bila masa boyfriend aku mat salleh…”
Lantas Sindora teringat akan peristiwa pagi tadi. Alamak! Berapa orang yang nampak aku naik kereta si Andy ni. Padahal dia berhenti jauh dari depan kilang.
“Semua orang nampaklah Sin. Kebetulan bas pun sampai. Baju ni boyfriend kau punya kan? Patutlah kau tak nak keluar dengan aku.”
Sindora tergamam mendengar kata-kata Azmi. Dia tidak sangka kejadian pagi tadi sudah diketahui oleh ramai pekerja di kilang. Mungkin juga Syed tahu, tebak Sindora dengan hati yang rawan.
Sampai sahaja bas di depan rumah sewanya, Sindora segera turun lalu tergesa-gesa membuka pagar dan pintu. Dia menghempaskan tubuhnya yang agak berisi di sofa.
“Cepat balik hari ni Sin, dah habis kerja ke?” Anis, kawan serumahnya menegur lembut sambil duduk di sisinya. Sindora mengalih sedikit badan untuk memberi ruang kepada kawannya.
“Letihlah kak, tu yang Sin balik cepat.”
“Baju apa yang kamu pakai ni Sin? Tak pernah akak lihat sebelum ni.” Anis membelek baju Sindora dengan perasaan hairan.
“Kak, Sin nak masuk bilik. Badan rasa melekit, nak mandi.” Tanpa menjawab pertanyaan Anis, Sindora bingkas bangun dan menuju ke biliknya.
Selepas mandi dia membasuh lalu menjemur baju yang dipakainya sepanjang hari, kemudian dia merenung baju yang penuh kontroversi itu.
Lagi satu masalah pulak. Macam mana aku nak pulang balik baju ni? Nombor telefon mamat ni pun takde. Tiba-tiba dia teringat lelaki yang bernama Andy itu. Kacak, Sindora memuji Andy dan tersenyum nakal.
“Tapi macam mana dengan Syed?” Sindora berhenti senyum lalu mengeluh perlahan. Tentu Syed meneka dia sudah ada kekasih lain. Nampaknya melepaslah aku untuk mendekati pemuda yang pendiam dan jarang tersenyum itu.

No comments:
Post a Comment