Thursday, May 7, 2009

SKSR - Chapter 3


“Hello Anna. Andy ni.”

“Hah! Awak nak apa cari saya?”

“Pleaselah Anna. Jangan buat saya macam ni. Takkan awak merajuk lagi kot?”

“Baru hari ni awak cari saya. Sorilah saya takde masa nak layan awak.” Anna segera mematikan telefon bimbitnya dengan perasaan geram.

Agak lama dia menunggu panggilan Andy tetapi setelah mendengar suara lelaki itu terasa hendak marah pula. Sudah seminggu dia tidak mendengar berita dari Andy. Memang dia hendak menelefon sendiri tetapi terasa malu pula. Telefon bimbitnya berdering lagi, kali ini dia membiarkan sahaja.

Sudah berkali-kali dia menelefon Anna tapi tidak berangkat. Betul ke dia nak putus ni? Macam mana kalau mak dapat tahu, mati aku! Andy berjalan ke hulu ke hilir sambil menggigit jari.

“Mr.Andy, we have to meeting right now. Our client is waiting for us at conference room,” tegur Cindy, setiausahanya.

“I’ll be there in 2 minutes,” jawab Andy lalu bergegas keluar. Hari ini ada client dari US. Dia perlu membuat presentation yang baik dan boleh menarik minat client tersebut untuk memberinya projek yang baru. Dan untuk seketika dia lupa pasal Anna.

“Pakcik, boleh tumpang tanya?” Andy menegur sekuriti yang menjaga kilang Flexy Electronic.

“Ya, encik ni nak cari siapa?”

“Saya nak cari…alah, siapa nama perempuan tu ehh?”

“Saya nak cari perempuan yang kerja kat kilang ni.” Pak Hashim hairan dengan jawapan Andy.

“Yalah. Siapa namanya?”

Andy menggaru kepala dan memandang Pak Hashim sambil memikirkan sesuatu.

“Perempuan tu tinggi, badan gempal sikit dan kulit putih.”

“Encik, ramai perempuan kerja di sini. Fizikal yang encik terangkan tu pun ramai, cuma cantik tak cantik aje,” Pak Hashim tersengih memandang Andy.

Andy hanya tersenyum. Cantik ke perempuan tu? Aku tak tengok jelas wajahnya hari tu.

“Apa kata encik tunggu sekejap. Diorang semua balik kerja pukul 6, sekarang ni pukul 5.45, 15 minit lagi diorang keluarlah.” Pak Hashim memberi cadangan kepada Andy yang nampak kebingungan.

“Terima kasih pakcik.”

Tepat pukul 6 petang, semua operator dan staf keluar. Ada yang balik dan sesiapa yang overtime, mereka keluar untuk makan petang selama 30 minit sebelum menyambung kembali kerja.

Andy segera keluar dari kereta dan menjenguk-jengukkan kepalanya di depan kilang. Dia nampak dengan jelas setiap pekerja yang keluar kerana keretanya di letakkan tidak jauh dari situ. Setelah 10 minit menanti, bayang Sindora pun tak kelihatan. Mana pulak perempuan ni? Tak datang kerja ke? Andy meneka dalam hati.

Sementara itu ada sepasang mata memandang Andy yang kelihatan seperti mencari seseorang. Dia lalu mendekati Andy.

“Ehem, encik ni boyfriend Sindora kan?”

“Hah! Sindora?” Andy hairan memandang lelaki tegap, berkulit sawo matang yang sedang tersengih-sengih.

“Nanti saya panggilkan dia. Biasanya dia balik lewat. Kenapa tak call dia dulu?”

Andy tidak tahu nak berkata apa kepada pemuda itu lalu dia mendapat idea.

“Saja aje nak surprisekan dia.”

Tanpa sempat mengucapkan terima kasih lelaki tersebut berlari ke kilang dan menuju stor yang terletak di belakang bangunan tersebut.

“Sin, boyfriend kau nak jumpa. Dia ada kat depan kilang.”

Dengan termengah-mengah Azmi menegur Sindora yang dilihatnya tekun mengadap komputer. Sindora melihat sejenak ke arah Azmi.

“Kau jangan nak main-main Mie. Aku banyak kerja ni.”

“Aku tak main-mainlah. Dia pakai kereta Vios warna hitam kan?” Sindora tersentak lalu mengerutkan dahinya mengingati sesuatu. Andy?

*********************

“Sedap nama awak.”

Andy memandang Sindora yang ketika ini berada di sebelahnya.

“Terima kasih,” jawab Sindora ringkas tanpa memandang lelaki itu yang sedang memandu.

“Awak tinggal di mana?”

“Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda,” Sindora berkata perlahan.

Andy menoleh seketika ke wajah Sindora. Bukan main susah dia memujuk gadis itu mengikutnya. Bermacam-macam alasan diberikan. Dia teringat peristiwa tadi. Setelah setengah jam menunggu barulah dia melihat kelibat Sindora menuju ke arahnya, dengan berbaju kurung berwarna kuning air menyerlahkan keputihan wajahnya.

“Maaflah. Lupa saya nak tanya nama awak.”

“Sindora.”

“Ada apa Encik Andy jumpa saya ni?”

“Saje aje. Jom ikut saya,” Andy menjawab selamba.

Sindora memandang Andy dengan hairan.

“Encik Andy, kalau ada apa-apa cakap kat saya sekarang. Saya banyak kerja lagi nak buat.”

“Kalau macam tu saya tunggu awak lepas balik kerjalah.” Andy lantas berjalan menuju ke keretanya. Sindora berasa gelisah.

“Eh! Nanti dulu. Saya tak tau pukul berapa nanti habis. Saya tak mahu awak tunggu lama.”

“Kalau macam tu, ikutlah saya sekarang,” Andy berkata seperti memberi arahan.

“Kan saya dah cakap saya banyak kerja.”

Hisy, mamat ni tak faham bahasa ke? Aku dah cakap tak nak pun nak paksa jugak.

Dengan langkah teragak-agak dia menghampiri Andy yang sedang berdiri di hadapan keretanya.

“Cepatlah, apa yang awak nak?” soal Sindora dengan nada marah.

“Baju saya,” jawab Andy sambil tersenyum. Mak ooi! Kacaknya dia bila tersenyum. Sindora tergamam seketika memandang Andy.

“Saya nak ambil balik baju saya.” Andy mengulangi kata-katanya setelah melihat Sindora memandangnya lama. Sindora tersentak.

“Oh! Baju tu…” Sindora tiada pilihan selain mengikut Andy menaiki keretanya.

“Depan tu ada simpang. Encik Andy belok ke kanan,” Sindora bersuara menyebabkan Andy tersedar dari lamunan.

“Ok,” jawab Andy.

Sindora memandang Andy yang berkaca mata hitam lalu berkata di dalam hatinya, dia ni orang melayu atau orang Inggeris? Tapi dia fasih berbahasa melayu, mungkin dah lama tinggal sini kot. Pada mulanya dia memang takut hendak mengikut lelaki ini tetapi bila diingat semula peristiwa 2 minggu lepas ketika dia pengsan dan bermalam di rumah lelaki ini, tidak mungkin dia mempunyai niat jahat terhadapnya.

“Rumah saya yang berpagar hijau tu.” Sindora menuding jari ke depan dan Andy memandu perlahan memasuki lorong yang agak sempit.

“Encik Andy tunggu sekejap.” Sebelum sempat Sindora membuka pintu kereta, Andy segera mencapai lengan Sindora.

“Nanti dulu Sindora,” Sindora menoleh ke arah Andy lalu tunduk melihat tangan Andy yang masih lagi memegang lengannya.

“Opps!” Andy menyedari perbuatannya itu lantas melepaskan tangannya.

“Kenapa Encik Andy?”

“Please, jangan panggil saya encik,” Andy menjawab lalu keluar dari kereta.

“Itu sahaja?” Sindora bertanya lagi.

“Ya,” jawab Andy sambil menundukkan kepalanya. Padahal dia ada sesuatu hendak disampaikan kepada gadis itu. Andy mengeluh perlahan.

**************************
“Laparnya.”

Sindora melihat jam di tangan, pukul 2.15 petang. Patutlah aku dah lapar. Dari pagi tadi aku tak makan sibuk buat report bulanan.

Sindora berpaling ke belakang, Amran sedang leka mengadap skrin komputer. Abang Am mesti tengah main game, Sindora tersenyum kecil. Dia tahu sangat perangai Amran, dia tidak berapa mahir menggunakan komputer melainkan games. Kalau ada kerja yang menggunakan komputer selalunya dia akan berikan kepada Watie.

Sekilas dia terpandang Ismail dengan Watie sedang berbual-bual. Diorang memang rapat, nak kata bercinta, Ismail dah kahwin, anak pun dah 2 orang. Watie pulak sudah bertunang tetapi mereka berdua ni macam belangkas, makan bersama, balik kerja pun bersama. Aku sahaja yang masih bujang, umur dah 29 tahun, Sindora mengeluh. Perbuatannya itu disedari oleh Amran.

“Nape Sin? Ada masalah ke?” Amran bertanya kepada Sindora tetapi matanya tetap memandang skrin komputer.

“Takdelah abang Am. Sin lapar, jom makan,” pelawa Sindora.

“Abang dah makan. Dah lewat kenapa tak makan lagi? Pergi cepat, nanti pukul 3 Cik Li nak meeting dengan kita.”

Cik Li atau Fazly, pengurus stor mereka jarang-jarang nak buat meeting tapi kalau dia nak buat mesti ada perkara penting yang hendak dicakapkan.

“Ya ke abang Am? Dia nak cakap apa ehh?” Sindora bertanya kepada Amran.

“Manalah abang tau. Tapi jangan lambat, marah pulak dia nanti.”

“Ok,” jawab Sindora ringkas sambil menuju ke kantin.

Sindora melangkah masuk kantin yang sentiasa ada pengunjung setia iaitu pekerja-pekerja kilang di situ.

Penuh pulak hari ini. Takde tempat duduk, getus Sindora sambil mencari-cari tempat yang kosong. Dia terpandang Syed Izham yang sedang minum sendirian. Nak pergi ke tak? Sindora teragak-agak samada memilih untuk duduk bersama lelaki itu atau mencari tempat lain. Duduk ajelah, ada peluang boleh berbual-bual dengan dia. Sindora akhirnya membuat keputusan.

“Assalamualaikum, boleh saya duduk sini?” Syed mendongak dan memandang tepat ke arah Sindora. Tanpa senyuman dia mengangguk perlahan. Sindora duduk lalu mihun goreng di makannya dengan laju.

“Baru nak makan ke? Jarang tengok awak makan kat kantin. Diet ke?”

Sindora menghentikan suapan. Terkejut dia dengan sapaan dari Syed.

“Takdelah. Badan macam saya ni susah nak diet, tetap gemuk jugak. Selalu saya makan roti aje.”

Sindora memberikan senyuman kepada lelaki itu tetapi macam biasa tiada mendapat balasan.

Suasana menjadi senyap seketika. Sindora mengerling kepada pemuda berketurunan arab itu yang sedang nengetap-ngetap bibirnya seolah-olah ingin berkata sesuatu.

“Saya nak ajak awak keluar hujung minggu ni. Boleh tak?” pertanyaan dari Syed membuatkan Sindora tersedak. Syed dengan segera menghulurkan gelas yang berisi air sirap kepada Sindora yang masih terbatuk-batuk kecil. Sindora menyambut minuman itu sambil memandang Syed yang sedang menulis sesuatu di atas kertas kecil.

“Saya nak sambung kerja, ini nombor telefon saya. Kalau setuju call ok.”

Syed menghulurkan kertas kecil kepada Sindora, dengan lambat-lambat Sindora menyambutnya. Syed bangun meninggalkan Sindora yang masih lagi termangu-mangu sendirian.

Dengan tidak semena-mena Sindora teringat Andy. Entah kenapa semalam lelaki itu beriya-iya ingin mengambil bajunya semula. Ketika Sindora masuk ke rumah untuk mengambil baju, Andy bergegas balik dengan hanya meninggalkan satu nota di pagar rumah. Saya ada hal, saya akan ambil baju saya pada hujung minggu ini. Itulah yang tertulis di nota itu. Kenapalah dengan tiba-tiba dua orang lelaki ingin bertemunya pada hari yang sama.

Sindora menggigit bibir memandang lama kertas kecil yang berada di tangannya. Dia melihat jam di dinding kantin. Pukul 3, alamak meeting!

***********************************

“Andy, apa yang kamu dah buat dekat Anna sampai dia nak putuskan tali pertunangan?”

Puan Azie berkata lantang sebaik sahaja terpandang Andy yang tenang melangkah masuk ke rumah.

“Mak ni. Biarlah Andy duduk dulu, tak menyempat betul,” Andy melabuhkan punggungnya di hadapan Puan Azie.

“Cepat minta maaf dengan Anna dan cakap kamu nak teruskan jugak berkahwin dengan dia.”

“Mak, Andy tak salah. Kenapa mesti nak minta maaf pulak? Dia yang minta putus bukan saya,” Andy cuba membela diri di depan ibunya.

“Amboi! Sedap mulut kamu bercakap. Kalau kamu tak buat hal, Anna tak mungkin buat perangai. Mak ingat bila dah bertunang ni, kamu ubah sikap kamu yang suka bebas tu tapi sama jugak perangai.” Puan Azie membebel marah mengenangkan sikap anak bongsunya.

“Mak, dari dulu saya awal-awal dah bagitau saya tak suka dengan rancangan mak ni. Saya takde perasaan kat dia. Walaupun sudah 6 bulan kami bertunang tapi terbukti kami tiada keserasian.” Andy cuba menerangkan keadaan sebenar kepada ibunya.

“Perempuan yang macam mana lagi kamu nak ni Andy? Biar mak carikan.” Kemarahan Puan Azie mula mengendur lalu memandang lembut ke wajah anaknya.

“Tak perlulah mak. Saya boleh cari sendiri. Pasal Anna tu terpulanglah pada dia. Saya dah cuba pujuk tapi dia tetap berdegil. Saya tak boleh cakap apa,” Andy berkata selamba lalu bangun meninggalkan ibunya yang memandangnya dengan kesal.

**********************

Sindora memandang sekeliling di Danga Bay tetapi tiada satu manusia yang ramai itu yang dikenalinya. Tiba-tiba bahunya dicuit seseorang, Sindora berpaling kebelakang. Dia melihat Syed yang tersenyum memandangnya. Sindora tergamam melihat lesung pipit di pipi kanan yang dimiliki oleh lelaki itu. Buat pertama kali dia melihat Syed tersenyum kepadanya dan dia terasa melayang seketika.

“Terima kasih sebab sudi keluar dengan saya,” Syed tiba-tiba bersuara memandang wajah Sindora.

“Sama-sama. Sebenarnya saya tak sangka awak nak keluar dengan saya. Rasa macam mimpi aje,” Sindora tersenyum manis.

Syed masih lagi memandang Sindora tanpa berkelip, Sindora perasan akan renungan Syed itu.

“Kerana senyuman awak itulah saya tak dapat tidur malam,” Syed berkata perlahan. Sindora tersentak dan tiba-tiba mukanya bertukar merah.

“Sejak bila?” Sindora bertanya kepada Syed yang tengah leka memerhati seorang perempuan sedang mengejar anaknya yang berumur dalam 5 tahun.

“Apa dia?” Syed bertanya sekali lagi kepada Sindora.

“Sejak bila awak suka kat saya?”

Syed menggerakkan keningnya ke atas.

“Sebenarnya sudah lama jugak, cuma saya segan nak tegur. Hari tu kebetulan awak duduk semeja dengan saya. Itu yang saya tak lepas peluang,” luah Syed.

Sindora tersenyum. Dalam hatinya berbunga rasa bahagia yang teramat sangat dengan pengakuan Syed. Tak akan ku persiakan peluang ini, tekad Sindora di dalam diam.

Mereka bersiar-siar di kawasan Danga Bay itu sambil makan dengan riangnya. Betapa seronoknya Sindora dapat berdua-duaan dengan lelaki itu sehingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas.

Pukul 8 malam Syed menghantar Sindora balik. Kak Anis belum balik ni. Rumah gelap aje, Sindora berkata di dalam hati.

“Awak tinggal dengan family ke?” Syed bertanya kepada Sindora.

“Tak, dengan kawan. Ibu dan bapa saya sudah meninggal,” jelas Sindora .

“Minta maaf,” tutur Syed lembut.

“It’s ok. Tapi saya ada seorang abang. Dia kerja kat KL.”

“Hmm, tak takut tinggal sorang ke ni? Saya rasa kawan awak tu tak balik lagi.”

“Taklah, dah biasa. Ni kereta awak ke? Tak pernah nampak awak bawa kat tempat kerja pun?”

“Malaslah nak bawa. Habiskan minyak aje. Lagipun bas kilang tu lalu kat depan rumah saya.”

Mereka berdua turun dari kereta Wira berwarna maroon itu. Syed menghampiri Sindora yang ketika itu ingin membuka pagar.

“Nak saya temankan?” Syed berbisik lembut.

Wangian perfume lelaki yang dipakai oleh Syed dapat dihidu oleh Sindora kerana tubuh lelaki itu begitu rapat dengannya. Sindora memandang Syed yang sedang menatapnya tajam. Sindora terpukau dengan renungan itu.

Syed merapatkan wajahnya ke wajah Sindora. Ingin di kucup bibir yang merah milik Sindora. Sebenarnya sudah lama dia mendambakan gadis yang putih melepak itu tetapi dia tidak mahu terburu-buru.

Sindora rela bercampur gementar dengan perlakuan Syed yang romantis sambil memejamkan matanya. Terasa pipinya dielus lembut. Dengan perlahan Sindora membuka mata. Dia lihat wajah Syed yang begitu dekat dengan wajahnya. Tangannya masih mengusap lembut pipi Sindora yang mulus.

“Kenapa tak cium?” bisik Sindora manja, sekadar ingin menduga. Tanpa jawapan, Syed meraih jemari Sindora lalu di kucup dengan lembut.

“Kalau awak bagi saya masuk baru saya cium awak.” Sengaja Syed ingin mengusik gadis itu. Sindora menggeleng perlahan sambil melambai tangannya kepada Syed.

************************************

“Awak tahu tak, sehari suntuk saya tunggu depan rumah awak. Kan saya dah tulis dekat nota yang saya datang nak ambil baju.”

Sindora berasa pelik. Tiba-tiba lelaki ini muncul di tempat kerjanya dan marah-marah.

“Hello Encik Andy. Awak jangan nak salahkan saya pulak. Awak yang tiba-tiba balik. Lepas tu tulis nota takde nombor telefon. Macam mana saya nak pastikan awak datang.”

Andy hanya mendiamkan diri sebaik sahaja mendengar jerkahan Sindora. Memang salahnya tidak memberi nombor telefon kepada Sindora.

“Bagi telefon awak kepada saya,” Andy memberi arahan. Sindora berasa hairan.

“Cepatlah, saya bukan nak ambil. Nak pinjam sekejap.” Dengan lambat-lambat Sindora memberikan telefon bimbitnya. Andy segera mencapai dan mendail nombor, kemudian terdengar telefon lelaki itu berdering.

“Saya buat missed call ke telefon saya, kalau saya rasa nak baju tu nanti saya call awak.”

Andy memberi balik telefon kepada Sindora lalu masuk ke kereta dan memecut laju keretanya itu meninggalkan Sindora terpinga-pinga. Memang pelik lelaki ini!

Sindora kembali ke mejanya setelah menemui Andy di luar kilang. Dia melihat telefon bimbit kemudian menyimpan nombor telefon Andy di dalam memori. Tiba-tiba suasana menjadi gelap, bekalan elektrik terputus rupanya. Sindora berlari keluar dan menjengah ke Production dan QC department. Nampaknya cuma stor sahaja ‘blackout’.

“Sin, call Syed sekarang,” Cik Li memberi arahan. Syed seorang technician di kilang tersebut. Sindora mengambil telefon bimbit dan mendail.

“Hai sayang,” kedengaran suara Syed di talian.

“Syed, tolong datang sekarang kat stor.”

“Kenapa? Dah rindu sangat ke?” Syed sengaja mengusik Sindora sambil tergelak kecil.

“Hisy! Awak ni. Seriuslah sikit, blackout ni. Mungkin ada kerosakan suis utama kat stor.”

“Ok sayang, sekejap lagi saya sampai.” Sindora tersenyum. Senang hatinya mendengar Syed menggelarkannya sayang.

Lima minit kemudian Syed sampai. Sindora menunggunya sambil memberi senyuman manis.

“Jom ikut saya,” Syed berkata kepada Sindora.

“Ke mana?”

“Ke tempat suis utamalah.”

“Kenapa nak berteman pulak?”

“Awakkan girlfriend saya.”

Walaupun gelap, Sindora dapat merasakan pipinya bertukar menjadi merah. Malunya!

“Weh! Korang buat apa dalam gelap ni hah?”

Tanpa di sangka gelagat mereka diperhatikan oleh Amran.

“Sin, kau gi luar. Biar abang yang temankan si Syed ni.”

“Alah abang Am. Tak bestlah macam ni. Saya nak Sin temankan saya.”

“Engkau jangan nak banyak songel. Jangan buat tak senonoh dengan adik aku ni.”

Syed terdiam mendengar kata-kata amaran dari Amran. Sindora berasa hairan dengan situasi yang tidak disangka. Dengan perlahan dia meninggalkan mereka yang sedang sibuk mencari suis utama di belakang stor.

Pengiraan stok untuk bulan ini amat meletihkan Sindora. Selalunya dia dibantu oleh Shahida tetapi untuk kali ini dia terpaksa membuat semua dengan sendiri. Mengira stok, mengemaskini inventori keluar masuk bahan mentah dan juga barang siap. Beratus-ratus item perlu diperiksa sendiri supaya tally antara report dan fizikal.

Itu belum lagi penjualan barang tempatan dan luar negeri yang perlu dia uruskan setiap hari. Setakat ini cuma Amran yang sudi membantunya. Ismail dan Watie pula sibuk dengan kerja mereka yang melibatkan production department.

Waktu sudah menunjukkan pukul 9 malam, Sindora baru sahaja menunaikan solat Isyak di surau. Di stor cuma ada Amran yang sibuk mengira stok bahan mentah yang baru sahaja sampai pagi tadi.

“Banyak stok yang nak dikira ke abang Am?”

Amran tidak segera menjawab pertanyaan Sindora. Mulutnya terkumat-kamit mengira barang-barang yang sekecil syiling 1 sen.

“A’ah. Ini stok baru sampai. Ada 150 item yang berlainan. Setiap item dalam 500 pcs.”

“Banyaknya. Sampai bila nak habis?” Sindora menjerit kecil mendengar jawapan Amran.

“Tau takpe. Barang-barang kecil ni nak dikira betul-betul. Kalau auditor luar datang kira tak cukup, kena bagi surat tunjuk sebab pulak.”

“Sin tolong abang ehh,” pinta Amran.

Sindora tersenyum. Tanpa dipelawa pun memang dia berniat hendak menolong kawannya. Dia terus mengambil transistor dan kapasitor dari kotak dan mula mengira.

“Sin, abang nak tanya sikit. Apa hubungan Sin dengan Syed?”

“Kawan biasa aje. Macam Sin dengan abang.”

”Abang mungkin tak berapa kenal dengan dia tapi ada orang cakap dia tu playboy. Maklumlah anak orang kaya.”

“Muka serius macam tu pun playboy ke?” Sindora tergelak kecil mendengarnya.

“Terus terang abang cakap, Sin jangan rapat sangat dengan dia,” Amran berkata dengan nada serius.

“Takdelah abang Am. Sin kan lebih tua dari dia. Takkan dia nak dengan Sin yang boleh di anggap kakak,” nafi Sindora tetapi hakikatnya hanya dia saja yang tahu.

“Ya tak ya jugak. Sin kan dah ada teman lelaki mat salleh. Abang rasa dia lagi kacak dari Syed.”

Sindora tergamam mendengar kata-kata dari Amran.

“Dia bukan boyfriend sayalah.”

“Hmm...baguslah. Lelaki tu kacak sangat, takut Sin tak tidur malam pulak,” Amran mengakhiri kata-katanya sambil ketawa
.

No comments:

Post a Comment