Wednesday, May 20, 2009

SKSR - Chapter 15


Pukul 5.45 petang Andy sudah terpacak di hadapan Flexy Electronic. Walaupun masih awal tetapi dia sengaja ingin membuat kejutan dengan menjemput Sindora di tempat kerja.

Tidak sabar rasanya hendak makan malam bersama Sindora. Dia telah membuat tempahan di sebuah restoran makanan laut yang terkenal di bandar Johor Bahru. Sambil makan boleh juga menikmati pemandangan laut yang terbentang luas seperti kasihnya yang telah mekar terhadap Sindora. Hari ini juga dia akan meluahkan perasaannya.

“Sindora, ada perkara penting saya nak beritahu. Ini berkenaan dengan kita berdua.”


Di dalam kereta Andy berlatih bercakap sendirian sambil mempamerkan sedikit aksi sebagai persediaan apabila bertemu Sindora nanti. Kalau ada sesiapa yang nampak Andy berkeadaan begitu tentu akan mengganggapnya gila.

“Sebenarnya dah lama saya….” Andy tidak jadi meneruskan kata-kata tatkala matanya tertancap kepada sepasang insan yang berdiri di hadapan kilang tidak jauh dari keretanya.

Dia melihat Sindora bersama seorang lelaki sedang berbual-bual. Dari belakang dia seperti mengenali lelaki itu. Apabila lelaki itu menoleh barulah Andy dapat melihat dengan jelas.

Tersirap darah Andy apabila terpandang wajah lelaki itu. Matanya terbeliak seperti tidak percaya. Kereta digerakkan berhampiran dengan pokok yang terlindung dari pandangan mereka. Andy tidak mahu kehadirannya disedari.

Terlopong mulut Andy apabila tangan lelaki itu memegang lengan Sindora. Dari tingkah laku mereka, Andy dapat merasakan mereka mempunyai hubungan yang rapat. Hatinya berdetak dengan kencang. Dia tidak sanggup lagi berada di situ. Semakin dilihat semakin sakit hatinya. Kereta dipandu dengan laju tanpa arah tujuan.

Andy tahu Syed bekerja di sebuah kilang elektronik tetapi dia sama sekali tidak menyangka dia satu tempat kerja dengan Sindora. Jadi selama ini mereka sudah saling mengenali. Tetapi kenapa mereka berahsia dari aku?

Terngiang-ngiang di telinganya dengan kata-kata Syed tempohari. “Jangan sesekali kau lakukan perkara yang Sindora tak suka. Jangan sakiti hati dia!” Patutlah Izham begitu serius bila bercakap pasal Sindora, rupa-rupanya…Andy menarik nafas. Aku sahaja yang bodoh tidak menyedarinya. Andy ketawa sendirian namun hatinya terasa pedih.

“Hello…” Andy menjawab dengan malas. Telefon bimbitnya dari tadi tidak henti-henti berdering.

“Andy, awak kat mana? Kenapa saya telefon tak angkat-angkat?”

“Kan saya dah jawab ni. Awak nak apa?” balas Andy dengan suara sedikit kasar.

“Awak tak sihat ke?” soal Anna lagi.

Andy tiada mood untuk berbual-bual. Fikirannya tengah kusut. Dia masih terbayang-bayang peristiwa tadi.

“Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?”

“Andy!” panggil Anna dengan lantang.

“Huh!” Andy yang sedang berkhayal itu tersedar kembali . Rupa-rupanya Anna masih di talian.

“Awak, kenapa ni?” Anna seperti dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

“Kita jumpa,” putus Andy. Janjinya untuk makan malam bersama Sindora terus dilupakan.

Setengah jam kemudian, Andy sudah sampai di depan City Square. Pejabat Anna berada di dalam bangunan pusat membeli-belah itu. Seorang gadis tinggi lampai menghampiri keretanya.

“Kenapa tak masuk dalam?” soal Anna sebaik sahaja menghenyakkan punggungnya di sebelah Andy.

“Dalam tu crowded, saya tak suka. Kita pergi Luna Bar.”

“Eh, baru pukul 6.30 petang. Tak terlalu awal ke?”

Andy tidak menjawab. Wajahnya begitu serius menyebabkan Anna tidak bertanya lagi. Andy terus memandu laju keretanya.

“Ada masalah kat pejabat?” soal Anna. Andy cuma menggeleng. Anna hairan melihat Andy yang berwajah mendung tidak seperti selalu. Mungkin ada sesuatu yang menganggu fikiran Andy. Anna cuba untuk menceriakan suasana.

“Kalau ada Iz dengan Nizam kan best. Apa kata saya call diorang lepas tu ajak diorang join kita.” Anna memberi cadangan sambil melihat di sekelilingnya. Suasana di bar agak lengang kerana baru sahaja dibuka.

Terdengar sahaja nama Syed Izham disebut, serta merta wajah Andy jadi berubah. Memandangkan Anna dan Izham saudara kembar, Andy percaya yang Anna tentu tahu sesuatu.

“Awak rapat dengan Izham kan?” tiba-tiba Andy menyoal setelah lama mendiamkan diri.

“Yup,” jawab Anna sepatah. Bahunya bergoyang-goyang mengikut alunan lagu yang berkumandang.

“Ada Izham beritahu awak siapa teman wanita dia sekarang?” soal Andy lagi.

“Entah,” balas Anna dengan sedikit gugup. Dalam hati dia berasa hairan kenapa tiba-tiba Andy bertanya. Adakah dia sudah tahu? Anna mula rasa gelisah.

Andy tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan. Dia tahu Anna cuba menyembunyikan sesuatu.

“Awak tak tahu atau pura-pura tak tahu?” soal Andy dengan suara yang keras.

“Apa yang awak cakap ni? Saya tak faham,” jawab Anna. Suasana menjadi tegang. Tidak berani dia memandang wajah Andy yang merenung tajam seperti hendak menelannya hidup-hidup.

“Kenapa awak nampak resah aje. Mesti awak ada rahsiakan sesuatu?”

“Mana ada,” nafi Anna lagi. Tetapi Andy masih memandangnya dengan curiga.

“Kalau awak tak percaya, awak tanyalah Izham sendiri. Buat apa tanya saya,” bentak Anna.

Anna tidak mahu masuk campur dengan hal mereka. Walaupun dia sakit hati dengan Sindora tetapi demi persahabatan Andy dan Izham dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Dia juga akan merancang untuk menyingkirkan Sindora dari hidup mereka.

Andy hanya sekadar tersenyum sinis. Dia mengurut-ngurut dagu. Tiada guna dia berjumpa dengan Anna kalau dia tidak dapat cari maklumat yang dia mahukan. Andy lantas bangun meninggalkan Anna yang terpinga-pinga.

“Andy! Tunggu!” Anna berlari-lari ingin menyaingi langkah Andy yang semakin menjauh.

“Sebenarnya…” Anna tercungap-cungap. Andy masih menunggu penjelasan dari Anna yang berada di hadapannya.

“Saya dah suruh Izham putuskan hubungan dengan Sindora.” Akhirnya dia membuka mulut. Andy menarik nafas dalam-dalam. Terasa sesak nafasnya di kala ini.

“Jadi selama ni awak tahu?”

“Saya memang nak beritahu awak tapi…”

Andy menolak bahu Anna yang menghalang laluannya. Dia tidak mahu mendengar penjelasan Anna lagi. Anna masih tidak berputus asa. Dia membuntuti Andy dari belakang.

“Awak dah buat keputusan?” Langkah Andy terhenti mendengar pertanyaan Anna.

“Keputusan apa?”

“Bercerai dengan Sindora.” Anna berpendapat setelah Andy tahu perkara sebenar tentu dia akan meninggalkan Sindora.

“Itu awak tak perlu tahu.”

“Kenapa pulak saya tak perlu tahu? Habis, macam mana dengan kita?”

“Kita? Kenapa dengan kita?” soal Andy dengan hairan.

“I thought you and me will be together.”

“Anna, dari dulu saya anggap awak hanya seorang kawan. Tak lebih dari itu.”

“Tapi saya cintakan awak,” ucap Anna yang masih tidak mahu menerima kenyataan. Hatinya terluka dengan kata-kata Andy.

Andy mengeluh lalu meraup wajah.

“Anna, tolonglah faham. Dalam hati saya ni dah ada orang lain,” jelas Andy.

Anna terpempan. Seperti ada belati tajam menusuk jantungnya. Terpukul dengan kata-kata Andy. Dia mengetap bibir. Rasa cemburu dan marah bercampur baur.

“Kenapa mesti Sindora?” dengan lantang dia bersuara.

“Apa istimewanya perempuan tu sehingga awak dan Izham boleh sama-sama sukakan dia?”

“Apa lebihnya dia dan apa kurangnya saya?” soal Anna bertubi-tubi. Bahu Andy digoncang-goncang. Ada rasa sebak berbuku di dada. Air jernih mula bergenang di kelopak mata.

“Bukan soal lebih atau kurang. Saya cuba menyintai awak tetapi saya tak dapat melakukannya. Cinta memang tak boleh dipaksa.”

“Saya pun tak tahu kenapa saya sukakan dia. Ianya datang tanpa saya sedari,” jelas Andy. Memang jawapan agak klise tetapi itulah hakikatnya.

Anna terjelepuk jatuh. Lemah seluruh anggota tubuh. Semakin kuat tangisan dan raungan seakan tidak dapat dibendung lagi. Pedih hatinya kerana sekali lagi dia gagal mendapatkan cinta Andy. Dan yang lebih memilukan ada orang lain telah mencuri hati lelaki itu.

Andy melihat tanpa berbuat apa-apa. Ingin dia memujuk tetapi apalah guna kerana dia yang telah menghancur luluhkan hati Anna. Dia tidak layak membaluti luka di hati Anna kerana hatinya juga turut berasa pilu.

*****************************

“Nah!”

“Thanks.”


Mug berisi air kopi yang dihulurkan oleh Watie disambut oleh Sindora beserta satu senyuman.

Watie lalu melabuhkan punggung di sofa bersebelahan Sindora. Dia mencapai remote TV yang berada di depannya.

“Tie, kau tak kisahkan aku tumpang rumah kau ni?”

“No hal lah. Berapa lama suami kau outstation?”

“Aku tak pasti. Dua minggu kot…” balas Sindora.

“Cantik rumah kau ni,” puji Sindora.

“Rumah kakak aku. Kebetulan dia further study kat Australia. Rumah ni dia suruh aku jaga,” jelas Watie.

Sindora mengangguk-angguk. Dia melihat sekitar rumah teres 2 tingkat milik kakak Watie. Hiasan dalaman berkonsepkan ‘English’ style. Pasti kakak Watie berjawatan tinggi, masih bujang tetapi sudah memiliki rumah sebesar dan secantik ini.

Pada mulanya dia tidak tahu hendak pergi ke mana. Menginap di hotel murah akan mengundang bahaya. Kalau pergi ke rumah abangnya, terlalu jauh. Bagaimana dia hendak bekerja pula. Kak Anis, kawan serumahnya dulu juga sudah berpindah kerja di Perak. Dia akui dia tidak ramai kawan. Tetapi untuk terus tinggal di rumah bersama Andy, dia tidak sanggup.

Kebetulan pula Watie bertanya, kalau-kalau Sindora ada kawan perempuan yang ingin menyewa bilik di rumahnya. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Sindora terus menawarkan diri. Dia memberi alasan yang Andy bertugas di luar dan Sindora takut tinggal sendirian.

Sindora menitipkan nota di ruang tamu untuk Andy. Mengatakan dia ingin bersendirian untuk seketika dan Andy tidak perlu risau.

Telefon bimbitnya berbunyi lagi. Tidak berhenti-henti sehingga Sindora tidak pasti untuk yang keberapa kali. Ada teks mesej yang diterima.

‘Where are you now? Please come back, I need you!’

Sindora sudah menjangkakan pasti mesej dari Andy yang tidak jemu-jemu memujuk. Dia mengeluh kecil.

“Kenapa ni Sin? Kau macam ada masalah aje. Kau tak suka tinggal kat sini ke?” tanya Watie yang perasan dengan tingkah Sindora tadi.

“Eh, takdelah. Aku suka tinggal kat sini cuma sesekali terasa home sweet home,” balas Sindora sambil tersenyum hambar.

“A’ah. Ya tak ya jugak. Orang dah bersuami mesti lain macam kalau berpisah walau sekejapkan?” usikan Watie itu dibiar sepi.

“Suami kau kerja apa Sin?” soal Watie yang menonton TV sambil menekan-nekan remote control. Pantang sahaja ada iklan, tangannya ligat menukar ke siaran lain.

“Family business.”

“Aku tak pernah tengok husband kau. Aku dengar dia pan-asian eh? Mesti cun kan?”

“Cun? Kau ingat dia perempuan ke?”

“Opps, sori. Handsome…” jelas Watie sambil tersengih-sengih.

“Itulah kau. Masa aku kahwin, kau balik kampung,” rungut Sindora.

“Yalah, ruginya tak dapat datang. Kau ada gambar dia tak? Meh, aku nak tengok,” pinta Watie yang teringin melihat wajah Andy.

Sindora tersenyum simpul. Kalau Watie tahu wajah Andy seiras dengan wajah pelakon yang diminatinya pasti dia menjerit kerana teruja. Tiba-tiba dia ada idea untuk mengusik Watie.

“Hmm…muka dia macam pelakon bollywood tu. Siapa eh? Hah, Shahid Kapoor!”

“Siapa tu? Tak kenallah,” ujar Watie sambil memuncungkan bibir.

“Nanti kau tengoklah citer hindustan. Kat TV kan selalu ada,” beritahu Sindora.

“Tak minatlah. Nyanyi, nyanyi, golek, golek. Pening aku!” omel Watie membuatkan Sindora tertawa. Terhibur sedikit hati dengan telatah temannya.

“Habis kau minat citer apa?”

“Aku minat citer korea, jepun. English pun ok gak.”

“Patutlah aku nampak bersepah-sepah DVD dan VCD citer ni,” ujar Sindora sambil membelek-belek koleksi drama korea yang dimiliki oleh Watie. Lebih dari 20 set. Wah memang peminat setia si Watie ni! hati kecilnya berkata.

“Kau tak minat citer korea?”

“Tak berapa minat. Kebanyakan citer sedih. Buat rugi air mata aku aje.”

“Aku suka citer action thriller macam Lost, Prison Break, CSI…”

“Smallville.” Belum sempat Sindora menghabiskan ayat, Watie sudah menyampuk.

Wajah Sindora berubah. Moodnya untuk bersembang dengan Watie sudah hilang.

“Kau ni tak habis-habis dengan Smallville. Dahlah. Aku masuk bilik dulu. Mengantuk ni.”

Eh Sin, nantilah dulu!” Watie melihat Sindora sudah pun menaiki tangga menuju ke bilik.

Apa hal si Sin ni? Tadi elok aje, tiba-tiba nak tidur pulak! Watie berasa hairan dengan tingkah Sindora yang kebelakangan ini kerap berubah-rubah.

Sindora rebah di atas katil. Dia memejamkan mata tetapi tidak terasa ingin tidur. Matanya terbuka semula. Kipas angin yang berputar-putar di siling dipandang. Terasa pening pula.

Dia bangun. Jendela dibuka. Pekat malam ini tanpa disinari bintang. Terasa angin berhembus lembut singgah di pipi. Nak hujan agaknya, hati kecilnya berkata. Fikirannya terus menerawang kepada peristiwa yang telah membuat dia menjauhkan diri dari Andy.

“Lewat balik hari ni?” soal Sindora sambil menjeling sekilas ke arah Andy yang menapak masuk ke dalam rumah dengan langkah yang lesu.

“Hmm… lepas jumpa Anna saya ke pejabat sekejap ambil laptop.”

Sindora berasa geram melihat Andy yang seperti orang tidak bersalah. Tidak menelefon atau mengirim mesej. Berjam-jam dia menunggu sehingga perut menjadi lapar. Puas dia jadi patung cendana di rumah. Melihat Andy yang langsung tidak meminta maaf, hatinya menjadi panas.

“Jumpa Anna? Penting sangat ke sampai terlupa nak beritahu saya dan biar saya tertunggu-tunggu macam orang bodoh?” bentak Sindora lalu bingkas bangun. Dia menghadap Andy sambil berpeluk tubuh.

“Kata kawan aje tapi hari-hari berkepit. Kalau tak tahan sangat, pergilah kahwin dengan dia,” sindir Sindora dengan sinis. Bibirnya dijuihkan tanda meluat.

“Awak jealous ke saya jumpa dengan Anna?” soal Andy.

“Takde maknanya saya nak cemburu.” Sindora melarikan matanya dari ditatap.

“Habis tu kenapa tiba-tiba naik angin pulak?”

“Awak tu yang mungkir janji. Lagipun saya ada perkara penting nak beritahu awak.”

Bukan itu jawapan yang dinantikan oleh Andy. Dia masih tidak puas hati.

“Betul awak tak cemburu?” tanya Andy lagi.

Sindora menelan air liur. Apa hal dengan Andy? Nampak sangat ke riak cemburu kat muka aku ni? Dahlah lambat, tanyalah aku dah makan ke. Ini tak, dia tanya yang bukan-bukan pulak. Sindora berasa geram.

“Lantak awaklah nak bercinta dengan sesiapa pun. Saya peduli apa!” lantang Sindora bersuara.

Berubah muka Andy mendengar jawapan dari Sindora. Wajahnya tampak kecewa.

Sindora menunduk kepala. Dia menggigit bibir. Terasa menyesal pula melafazkan kata-kata itu.

“Saya tak nak sesiapa. I only want you in my life,” ucap Andy dengan bibir bergetar.

Sindora mendongak. Betulkah Andy yang berkata-kata itu?

“A..pa yang… awak cakap.. tadi?” soal Sindora tergagap-gagap.

“I like you! I really like you, Sindora!” Meluncur kata-kata itu dari bibir Andy dengan suara yang lantang.

Sindora terpana. Mulutnya sedikit terbuka tanda dia benar-benar rasa kaget. Lama mereka berbalas pandangan tanpa berkata apa-apa.

Rasa sejuk hingga menusuk ke tulang telah menyedarkan Sindora dari lamunan. Cepat-cepat dia menutup jendela. Kepala direbahkan ke bantal semula. Dia mula bermonolog sendirian.

Sampai bila aku nak melarikan diri? Sepatutnya aku beritahu Andy pasal aku dan Syed. Tapi bila dia cakap yang dia suka kat aku, rasa berat mulut ini untuk berterus terang. Dapatkah Andy menerima kenyataan? Sampai hatikah aku untuk menolak perasaannya. Dan bagaimana pula dengan Syed yang selama ini setia terhadap aku?

Bagai nak pecah kepala Sindora memikirkannya. Dua lelaki, dua sahabat baik. Ditakdirkan bertemu dengannya dalam situasi yang berbeza. Kini sama-sama ingin memiliki hatinya. Siapa yang Sindora pilih?

Thursday, May 14, 2009

SKSR - Chapter 14


“Sudah-sudahlah buat muka tu! Kan dah banyak kali saya minta maaf. Takkan awak masih marah lagi.”

“Awak ingat dengan perkataan maaf tu boleh lupakan semua perbuatan awak yang tak senonoh kat saya.”

“Ok. Sekarang awak cakap. Apa yang awak nak saya lakukan supaya awak boleh maafkan saya.”

Sindora bungkam di sofa dengan wajah yang mencuka. Andy berjalan ke hulu ke hilir menanti hukuman yang akan diterima kerana ketelanjurannya minggu lepas.

Sejak kejadian itu, Sindora langsung tidak bertegur sapa dengan Andy. Ini membuatkan Andy tidak tentu arah. Dia tidak menyangka Sindora akan berterusan bersikap dingin walaupun sudah beberapa kali perkataan maaf tercetus dari bibirnya. Keras betul hati dia, hati kecil Andy berkata.

“Perkara kecik macam ni pun awak nak ambik hati. Bukan luak pun!”

“Perkara kecik kata awak. Macamana kalau jadi apa-apa kat saya malam tu?” jerkah Sindora yang panas hati dengan kata-kata Andy.

“Sayakan ada,” jawab Andy dengan selamba.

“Andy! Saya serius ni,” ujar Sindora dengan suara yang semakin meninggi.

“Ok, ok. Lain kali saya tak buat lagi,” ujar Andy cuba menenangkan Sindora. Melihat wajah Sindora yang merah, Andy pasti Sindora benar-benar marah.

“Betul. Percayalah,” ujar Andy lagi dengan yakin.

Sindora mencemik. Boleh percaya ke dia tak akan buat lagi? Mula-mula pipi aku, lepas tu…eii, malaslah aku nak ingat.

Tetapi tetap juga minda Sindora mengingatinya. Masih terasa sentuhan Andy yang mengasyikkan sehingga dia turut terbuai sama. Semacam ada tarikan sewaktu dia bersama Andy. Sindora menjadi bimbang dengan perasaannya sendiri. Segera dihapuskan perasaan tidak enak itu jauh-jauh.

Matanya dikerling ke arah Andy yang berwajah murung. Ada perasaan belas melihat keadaan Andy yang tidak terurus. Mungkin dia benar-benar rasa menyesal dengan perbuatannya. Sindora rasa bersalah pula jika dia terus-terusan menyalahi Andy. Lelaki itu telah banyak menolongnya dan tidak pernah mengungkit walau sekalipun. Lantas segala kebaikan Andy diingati kembali.

“Saya maafkan awak.” Akhirnya Sindora membuat keputusan itu.

Andy tersentak lantas mendongak memandang Sindora.

“Betul ke ni?” soal Andy seakan tidak percaya. Sindora mengangguk perlahan.

“Tapi…”

“Tapi apa?” Hatinya berdebar-debar menunggu kata-kata Sindora. Hukumlah aku Sindora dengan apa sahaja hukuman asalkan kau kembali tersenyum padaku, hati kecil Andy mengharap.

“Kalau awak buat macam tu lagi, saya tak akan maafkan awak dan…”

“Dan apa?” Andy yang tidak sabar menyampuk sebelum Sindora habis bercakap.

“Awak kena belanja saya makan,” ujar Sindora dengan selamba.

“Itu aje?” soal Andy untuk mendapatkan kepastian. Sindora mengangguk.

Hmm…baru aku teringat Sindora suka makan. Lain kali kalau dia merajuk taulah aku macam mana nak pujuk dia. Andy menjadi lega.

Dia memandang Sindora sambil tersenyum dengan penuh ceria. Sindora turut sama tersenyum. Lama mereka berpandangan sehingga masing-masing dapat merasakan ‘sesuatu’ yang pelik telah berlaku.

“Awak nak makan apa?” soal Andy untuk menutup debaran perasaan yang tiba-tiba datang. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Dada disentuh, terasa jantung berdegup dengan deras.

“Tempat yang paling mahal pernah awak makan,” balas Sindora. Matanya juga memandang ke arah lain. Pipi disentuh. Terasa panas!

“Kenapa senyum sorang-sorang ni?”

Terbang melayang ingatan Sindora pada peristiwa pagi tadi apabila Watie secara tiba-tiba telah menegurnya. Jam di dinding menunjukkan angka 4 petang. Waktu minum petang.

Sindora mengerling kepada Watie yang duduk di sebelahnya sambil membelek-belek majalah ‘Galaxie’. Dia juga tumpang melihat majalah hiburan yang berbahasa Inggeris itu.

“Drama bersiri ‘Smallville’ musim ke-6 akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Wow, bestnya! Aku minat sungguh dengan cerita ni,” ujar Sindora dengan riang apabila terbaca satu tajuk di salah satu helaian majalah itu. Gambar hero dan heroin turut diselitkan.

“Aku minat kat pelakon cerita ni. Mata dia menggoda. Kalau ditenung boleh cair!” puji Watie lalu gambar itu ditatap penuh minat.

“Yalah. Hari-hari aku tengok muka dia. Sampai aku tak tahan…” Sindora tidak jadi untuk meneruskan kata-kata setelah sedar kata-kata itu tidak sepatutnya diluahkan kepada Watie. Malangnya Watie perasan juga.

“Hari-hari? Bukan ke cerita ni setiap hari Ahad aje,” soal Watie dengan hairan.

“Maksud aku….poster. Oh ya! Ada poster pelakon ni kat bilik aku sebab tu hari-hari aku boleh tengok muka dia,” ujar Sindora sambil tergelak yang dibuat-buat.

“Poster pelakon ni? Suami kau tak kisah ke ada poster lelaki kat rumah?” berkerut-kerut dahi Watie mendengar alasan Sindora. Setahunya hanya orang bujang sahaja yang minat menampal poster di bilik.

Sindora menggigit bibir. Dia mati kutu. Tidak tahu alasan apalagi yang hendak diberi kepada Watie. Hisy, sebenarnya bukan posterlah, tapi suami aku! Hati kecil Sindora spontan berkata.

Nasibnya baik. Deringan telefon di mejanya telah menyelamatkan keadaan. Gagang telefon cepat-cepat diangkat.

“Hello.”

“Sin…”

Berderau darah Sindora mendengar suara di talian. Lidahnya menjadi kelu.

“Saya nak jumpa awak sekarang. Boleh?”

Sindora menelan air liur. Perlukah aku berjumpa dengan dia? Peristiwa yang ingin dia lupakan kembali berlegar-legar di ruang mata.

“Sin, are you there?” Suara itu bertambah kuat.

“Huh!” Sindora lantas tersedar kembali.

“Saya…”

“Please. Sekejap aje,” rayu suara itu.

“Err…” Otak Sindora ligat berfikir samada hendak berjumpa atau tidak.

“Ok.” Akhirnya Sindora beralah.

*****************************

“Sin, kita cakap kat depan ehh.”

“Kenapa tak cakap kat bilik awak aje?”

“Ada orang kat bilik tu,” beritahu Syed. Memang pada mulanya dia ingin berjumpa Sindora di biliknya tetapi tiba-tiba diganggu oleh 3 orang ‘production leader’ yang meminjam bilik tersebut untuk membuat ‘discussion’.

“Saya tak naklah. Nanti ada orang nampak kita,” Sindora menolak. Dia gusar pertemuan mereka diketahui orang. Kalau berjumpa di bilik Syed tidak menjadi masalah. Dia akan beritahu atas alasan yang berkaitan dengan kerja mereka.

“Takde orang yang nampaklah. Saya nak cakap sekejap aje sebelum awak balik. Bolehkan?” ujar Syed dengan wajah yang bersungguh-sungguh.

“Sekejap aje,” rayu Syed apabila Sindora masih berat hati menurut kehendaknya.

“Oklah,” balas Sindora dengan malas.

Untuk seketika mereka berpandangan tanpa berkata-kata. Masing-masing tidak tahu apa yang harus dikatakan.

“Saya sebenarnya rindu sangat kat awak,” ucap Syed untuk sekian kalinya. Sejak kebelakangan ini dia berasa tidak sedap hati. Wajah Sindora dan Andy sering bermain-main di fikirannya.

Sindora hanya tersenyum manja. Dia juga rindukan Syed. Tetapi bila terpandang Syed, dia tiba-tiba teringat Anna. Kata-kata Anna masih terngiang-ngiang sehingga kini. Bukan sengaja dia ingin mengelak dari berjumpa Syed tetapi dia perlukan masa untuk melupakan peristiwa itu.

“Sin…” panggil Syed sambil memegang lengan Sindora.

“Ada satu perkara lagi saya nak beritahu awak. Saya harap awak tak marah,” ucap Syed dengan rasa bersalah.

“Apa dia?”

“Anna dah tahu pasal kita.”

“Haaah!”

“Saya terlepas cakap. Apa puncanya tak perlulah awak ambil tahu,” jelas Syed lagi.

Sindora jadi kaku. Aduh, semakin susah jadinya! Mesti Anna semakin membenci aku.

“Saya pasti tentu dia akan beritahu Andy walaupun saya dah bagi amaran kat dia,” luah Syed yang tahu sikap Anna yang keras kepala.

“Saya akan beritahu Andy tentang kita,” ujar Sindora dengan nekad. Syed sedikit berasa kaget.

“Tidak. Biar saya aje yang beritahu,” jawab Syed. Dia tidak mahu Sindora dipersalahkan dalam hal ini.

“Syed, sayalah punca sebenar perkara ini berlaku. Jadi biar saya sahaja yang menanggungnya.”

“Tapi…”

“Tolonglah. Let me do this ok,” ujar Sindora cuba mendapat persetujuan dari Syed.

Syed seperti berat hati dengan permintaan Sindora. Tetapi melihat Sindora yang begitu beriya-iya, dia menjadi akur.

“Bila awak akan beritahu dia?”

“Malam nanti. Masa dinner.”

“Dinner? Awak dengan dia semakin mesra. Ada apa-apa yang perlu saya tahu tentang hubungan awak dengan Andy?” soal Syed dengan rasa cemburu.

“Mana ada! Awak jangan nak berfikir yang bukan-bukan,” nafi Sindora.

“Really? Masa mak Andy datang, awak tidur kat mana?”

“Mana awak tahu?” soal Sindora dengan rasa kaget.

“Pada hari sebelum mak Andy datang, saya ada jumpa dia. Dia yang beritahu saya.”

Sindora menelan air liur. Terasa pahit. Kejadian malam itu berlegar-legar di kepalanya.

“Awak ada sembunyi sesuatu dari saya ke Sin?” Syed merenung tajam. Dia dipagut rasa curiga.

“Sin…”

“Huh!” Sindora menggaru-garu dahinya

“Kenapa ni?” Syed berasa hairan dengan sikap Sindora yang tidak seperti selalu.

“Awak dengan Andy ada buat apa-apa ke?” soal Syed dengan rasa gusar. Melihat Sindora berkeadaan begitu, hatinya tiba-tiba berdetak dengan kencang.

“Takde apa-apa yang berlaku. Memang kami tidur satu bilik. Saya tidur atas katil. Andy tidur kat bawah,” jelas Sindora dengan tergagap-gagap.

Syed menghela nafas panjang. Dia sendiri tidak pasti adakah kata-kata Sindora itu benar atau tidak. Selagi dia tidak nampak dengan matanya sendiri selagi itu dia akan mempercayai Sindora.

“Sin, dengar baik-baik apa yang saya nak cakap ni,” ujar Syed perlahan tetapi jelas.

Sindora mengangguk. Dia menanti kata-kata Syed dengan penuh debar.

“Walau apa pun terjadi saya tetap sayangkan awak. Saya takkan tinggalkan awak and don’t you dare to leave me,” lembut suara Syed menutur kata sambil menatap wajah Sindora dengan lama.

Sindora langsung tidak berkata apa-apa. Aneh! Tiada rasa debaran dalam dadanya apabila mendengar kata-kata itu. Mungkin dia sudah biasa mendengarnya atau…sudah hilang perasaan itu!

Sindora tersentak mendengar deringan loceng yang panjang menandakan tamat waktu bekerja. Dia tidak sedar Syed sudah masuk semula ke dalam kilang. Sindora masih lagi berdiri terpacak di tempat itu.

Sewaktu dia berbual-bual dengan Syed, Sindora terasa seperti ada orang yang sedang memerhatikannya. Dia perasan ada kereta di luar pagar. Pokok telah menghalangnya dari melihat dengan lebih jelas. Ketika Sindora menoleh lagi, kereta itu sudah tiada!

Monday, May 11, 2009

SKSR - Chapter 13


“Andy…”

Andy yang baru sahaja hendak meneguk minuman segera menoleh ke arah suara yang memanggilnya. Apabila terpandang sahaja wajah empunya suara itu dia tersenyum panjang.

“Jangan kau senyum kat aku macam tu. Seram bulu roma aku.”

“Kenapa? Kau pun dah mula terpikat kat aku ke?”

“What??” Syed menjerit kecil mendengar usikan dari Andy.

“Come. Sit here.” Andy tergelak lalu menggamit dan mempelawa Syed duduk bersamanya.

“Susah betul nak ajak kau keluar. Dari 3 minggu lepas aku sms kau baru sekarang kau nak jumpa aku.”

“Sorilah beb. Aku bukannya tak nak jumpa kau tapi akhir-akhir ni ada masalah kat kilang so kena keje lebih masa.”

“Ok, ok. Reason accepted. Nak minum?”

“Aku dah order tadi.”

Mystic Bistro & Cafe agak ramai menyebabkan suasana menjadi bising sedikit. Selain dari menghidangkan minuman dan alunan muzik jazz, tempat ini juga menyediakan permainan snooker untuk pengunjung-pengunjung di situ.

“Kau masih pergi club lagi ke?” tiba-tiba Syed bersuara.

“Hmm…tiap-tiap minggu.”

“Sindora tak kisah?”

Andy hanya mendiamkan diri namun riak wajahnya tampak bersahaja. Syed mengetap bibir. Tidak lama kemudian dia bertanya lagi.

“Andy, can I tell you something?”

“Apa dia?”

“Jangan pulak kau marah dengan apa yang aku nak cakap ni.”

“Apa ni Iz? kau nak cakap, cakap ajelah. Takkan aku nak marah kau pulak!”

“Your social life…” Syed memandang serius kepada Andy. Melihat Andy yang juga berwajah serius, dia menjadi serba salah untuk meneruskan kata.

“What about it?” Andy berkerut dahi tanda tidak faham.

“Aku rasa kau kena kurangkan sikit aktiviti malam. Kita bukannya remaja lagi macam dulu. Tempat-tempat macam tu sering terdedah dengan aktiviti yang tak sihat. Even aku sekarang jarang pergi. I worry about your healthy,” tegur Syed dengan ikhlas.

Andy meraup wajah. Syed gelisah. Dia takut Andy akan berasa tersinggung dengan kata-katanya.

“Kau janganlah bimbang sangat. Aku sihat. Aku tak ambik apa-apa yang boleh harm my body. Aku masih berpegang pada prinsip kita,” jelas Andy menyakinkan Syed. ‘Kita’ yang dimaksudkan Andy ialah dirinya, Syed dan Nizam. Prinsip mereka ialah jauh dari dadah, rokok dan minuman keras.

Syed mengangguk kepala tanda faham. Andy masih ingin meneruskan kata.

“Well. Andy dulu atau Andy yang sekarang tetap Andy yang sama. Nothing change.”

“Aku tahu aku tak sama macam kau, Iz. Kau nampak aku macam ni bukan bermakna aku tak serius tentang perkara yang lebih penting dalam hidup aku. Aku clubbing untuk release tension. That’s all.”

“Aku minta maaf kalau aku menyinggung perasaan kau.”

“Terima kasih sebab ambik berat pasal aku,” ucap Andy dengan ikhlas.

Walaupun dia dan Syed sebaya tetapi Andy akui bahawa Syed lebih matang dan bersikap tenang. Seringkali Syed menjadi rujukan sewaktu mereka sama-sama di universiti dulu. Apa sahaja masalah yang dihadapi oleh Andy dan Nizam selalunya diselesaikan oleh Syed. Sebab itulah apa sahaja kata-kata Syed diterima oleh Andy dengan senang hati.

“Hei, you are my best friend,” jawab Syed sambil menepuk-nepuk bahu Andy.

“So, boleh aku peluk kau?” usik Andy sambil mengenyit mata.

“Euww. Jangan cuba nak goda aku!” Syed memandang Andy dengan pandangan semacam.

“Aku gurau aje. Kalau aku nak menggatal bukan dengan kau. Tapi dengan orang yang kat rumah,” jelas Andy yang begitu teruja.

Syed terpempan. Terhenti senyuman yang menghiasi bibirnya. Andy yang tidak mengerti apa-apa tersengih-sengih penuh makna.

“Apa yang kau cakap ni Andy?” Syed mula rasa tidak keruan.

“Mak aku nak datang esok. Aku dengan Sindora kena berlakon menjadi suami isteri yang bahagia.”

“Yang kau excited sangat ni kenapa pulak?” soal Syed. Ada rasa risau dalam hati.

“Semalam aku suruh dia pindah semua barang-barang dia kat bilik aku. Monyok semacam aje muka Sindora. Aku nak ketawa tengok reaksi dia tapi aku tahan, cuma boleh ketawa dalam hati,” jelas Andy dengan riang.

“Kau suka buli dia ehh?” soal Syed yang ingin tahu sejauh mana hubungan antara Sindora dan Andy.

“Mana ada! Dia tu garang kalau kau nak tahu. Tapi aku seronok bila bersama dengan dia. Dia tu lain daripada yang lain…”

“Lain yang macamana?”

“Kalau dia marah, geram atau malu, muka bertukar jadi merah macam udang kena bakar. Kalau aku nak marah pun nak tergelak tengok perubahan muka dia. Kalau senyum atau ketawa, mata dia yang kecik tu jadi semakin kecik. So sweet!”

“Lagi satu perangai dia yang aku tak faham. Masa menonton TV, dia boleh baca novel dan dengar walkman dalam masa yang sama. Mula-mula aku rasa pelik juga tapi lama-lama dah biasa,” jelas Andy dengan senyum lebar sambil membayangkan wajah Sindora.

Syed menelan kata-kata Andy yang galak bercerita tentang Sindora tanpa sebarang respons. Hatinya seperti dihiris-hiris. Rasa cemburu mengasak-ngasak jiwa.

You really like her! Syed tersenyum pahit. Dari riak wajah Andy yang bercahaya, Syed menyedari perasaan Andy terhadap Sindora.

Ya Allah, apa yang harus aku buat? Lontaran suara hati Syed yang semakin rawan. Dalam keadaan begini dia tidak mampu berbuat apa-apa. Dia berasa tersepit di antara kedua-dua insan yang dia sayangi.

“Eh Iz! Kenapa kau diam aje?” soal Andy apabila melihat Syed yang berubah wajah. Keluhan kecil tercetus dari bibir Syed.

“Jangan sesekali kau lakukan perkara yang Sindora tak suka. Tolong jangan lukakan hati dia.”

“Takkan aku nak buat dia macam tu pulak!” Andy bercakap sambil lewa.

“I really mean it.” tekan Syed lagi dengan wajah serius.

Andy tersentak. Barulah dia sedar. Firasatnya kini mengatakan ada sesuatu yang aneh terjadi kepada Syed. Riak wajah Syed terkandung satu perasaan yang sukar dimengertikan. Ada sesuatu yang terpendam dalam jiwanya.

“Iz, are you ok?” soal Andy dengan rasa prihatin seorang sahabat.

“Kalau kau ada problem, kau boleh cakap kat aku. Manalah tahu aku boleh tolong,” ujar Andy cuba menyelami hati dan perasaan Syed.

“Pasal Sindora ke? Kau kenal dia?” tebak Andy.

Syed menongkat dagu lalu memandang Andy yang masih tertanya-tanya. Sekuntum senyuman dilemparkan kepada Andy untuk menutup luka di dada. Andy tidak perlu tahu, bisik hati kecilnya.

“Kenapa kau senyum-senyum kat aku ni? Aku pulak yang rasa seram semacam,” ujar Andy sambil menunjukkan reaksi geli. Syed akhirnya terbahak-bahak ketawa melihat Andy begitu.

“Mana mamat ‘hip hop’ ni? Tak sampai-sampai lagi,” mata Syed melilau mencari seseorang.

“Kenapa kau panggil dia mamat ‘hip hop?”

“Kau tak perasan ke, ayat-ayat yang selalu dia gunakan. Yo,yo,yo, what’s up, what’s up, bro?” jelas Syed sambil melakonkan aksi seperti seorang penyanyi hip hop.

Andy hanya tersenyum simpul melihat telatah Syed. Dia sebenarnya tahu Syed cuba menyembunyikan sesuatu daripadanya. Tetapi dia tidak akan memaksa Syed. Mungkin bukan masa yang sesuai untuk Syed bercerita.

“Kau dah call dia?”

“Aku dah call masa baru sampai tadi. Dia kata nak datang tapi sampai sekarang batang hidung pun takde,” rungut Andy. Dia menyeluk saku mengambil telefon bimbit dan membuat panggilan.

“Dy, dia baru sampai. Tuh..” ujar Syed dan jari telunjuknya menunjuk ke satu arah.

“Panjang pun umur dia,” ujar Andy dengan lega apabila ternampak kelibat Nizam yang tersengih-sengih memandang mereka berdua yang sudah lama menunggunya.

******************************

“Cuba rasa kuah asam pedas ni mak. Ok tak?”

Sudu yang berisi sedikit kuah itu disuakan kepada Puan Azie.

“Tawar sikit. Tambah lagi garam,” arah Puan Azie. Sindora mengangguk perlahan.

“Mana Andy?” tanya Puan Azie lalu pergi ke ruang tamu. Dia mencari kalau-kalau kelibat Andy ada di situ.

“Dia mandi kot.”

Sejurus Sindora berkata, pintu bilik air terkuak dan terpancul tubuh Andy yang terdedah. Cuma dari paras pinggang dilitupi oleh tuala.

Tubuh Andy yang seperti seorang atlet itu dipandang oleh Sindora tanpa berkelip. Terasa hendak luruh jantung melihat keadaan Andy begitu. Andy yang perasan dengan situasi itu hanya mengenyitkan mata. Wajah Sindora memerah dengan tiba-tiba.

“Ya Allah, budak ni! Yang kamu ni tercegat separuh bogel ni kenapa?” jeritan kecil dari Puan Azie telah memeranjatkan mereka berdua. Serentak mereka memandang Puan Azie yang terbuntang mata memandang keadaan Andy.

“Bilik air dalam bilik tu rosaklah mak. Lubang tersumbat, dah macam swimming pool. Itu yang guna bilik air kat dapur ni” beritahu Andy.

“Dah panggil plumber?”

“Dah. Sekejap lagi dia datanglah,”

“Dah tu, tak tahu nak pakai baju dulu dalam bilik air? Macam model porno aje mak tengok kamu ni. Malulah sikit depan Sindora!” jerkah Puan Azie.

“Alah, Sindora tak kisahlah mak. Lebih dari ini pun dia dah tengok,” usik Andy sambil tersenyum nakal.

Bila masa aku tengok body dia? Pandai-pandai aje dia cakap, rungut Sindora dalam hati. Bibirnya tercebik-cebik menahan geram.

“Hisy kamu ni, cepat salin baju. Dari tadi mak cari kamu. Lepas makan mak nak ajak kamu pergi pasar cari ketam.”

“Sindora kan dah masak asam pedas ikan merah. Dah banyak lauk untuk kita makan tengahari ni mak,” beritahu Andy.

“Siapa kata untuk makan tengahari? Itu untuk makan malam. Sindora pandai masak lemak cili api?”

“Bolehlah. Sikit-sikit.” Sindora yang masih terpinga-pinga itu teragak-agak menjawab.

“Takpe, kalau tak pandai nanti mak ajarkan.”

“Wait, wait, kalau mak nak dinner kat sini maksudnya mak akan bermalam jugak ke?” soal Andy meminta kepastian.

“Yalah. Esok mak nak terus pergi seminar kat Micasa Hotel. Dekat sikit dengan rumah kamu ni. Kenapa? Ada masalah ke?” Puan Azie bertanya sambil memandang wajah Andy dan Sindora silih berganti.

“Tak. Sin seronok sangat. Ada teman berbual. Duduk berdua sahaja kadang-kadang boring jugak,” ujar Sindora memaniskan muka di depan Puan Azie. Cuba menyembunyikan perasaan yang mula menggelabah.

Duduk satu rumah pun hati tidak keruan apatah lagi dalam satu bilik. Dikerling Andy yang berwajah selamba. Rasa gelisah mula menguasai diri.

“Mak rasa kamu berdua ni dah layak ada anak. Tahun depan umur Sindora masuk 30 tahun. Nak tunggu apa lagi?” Sindora tersentak dengan teguran dari Puan Azie. Andy tersengih-sengih mendengar kata-kata dari ibunya. Sindora membulatkan mata kepada Andy lalu dengan isyarat kepala agar Andy keluar dari dapur.

“Mak nak tengok cucu mak yang ada muka melayu. Dua-dua abang Andy ni kahwin dengan orang inggeris. Kamulah satu-satunya menantu yang sebangsa dengan mak,” luah Puan Azie.

Puan Azie memandang Sindora yang hanya mendiamkan diri. Mungkin dia tidak senang dengan kata-kata aku yang berterus-terang, bisik hati kecilnya.

“Sindora…”

“Ya mak.”

“Kalau kamu ada masalah, jangan segan-segan beritahu mak. Anggaplah mak ni macam mak kamu sendiri.”

“Terima kasih mak.” Sindora begitu terharu dengan kata-kata Puan Azie. Rupa-rupanya ibu mentuanya begitu mengambil berat tentang dirinya walaupun sewaktu pertemuan pertama, beliau agak dingin.

“Cuma satu yang mak harap sangat..”

“Apa dia mak?”

“Lahirkan seorang cucu untuk mak. Bukan mak nak paksa kamu tapi… fikirkanlah.”

Sindora tersenyum lantas mengangguk perlahan. Sekadar untuk menyedapkan hati Puan Azie.

“Mak nanti tidur kat bilik tamu. Sekejap lagi saya kemas bilik tu,” Sindora cuba mengalih topik perbualan. Dia tidak mahu terus-terusan dihantui rasa bersalah.

“Bukan ke bilik tu kosong? Nak buat apa kemas?” tanya Puan Azie dengan hairan.

“Err…cadar dengan sarung bantal dah lama tak tukar. Mesti berhabuk,” Sindora memberi alasan. Dia takut jugak kalau-kalau Puan Azie mengesyaki sesuatu apabila melihat bilik kelihatan berselerak. Sebahagian besar barang miliknya berada di bilik tersebut. Semalaman dia memunggahnya ke bilik Andy. Sebelum sempat mengemas dia tertidur keletihan.

“Yalah,” jawab Puan Azie lalu mengambil mangkuk dan mencedok asam pedas untuk dihidangkan.

“Takpe mak, biar Sin yang buat. Mak pergilah rehat,” tegah Sindora dengan lembut. Dia kekok dengan kehadiran wanita itu yang cuba membantu.

“Sikit aje. Lagipun bukan susah sangat,” ujar Puan Azie sambil mencicipi lagi kuah asam pedas hasil air tangan Sindora.

Hmm, sedap. Pandai jugak dia masak, puji Puan Azie dalam hati. Matanya dikerling ke arah Sindora yang sedang menumis sayur.
Hai Andy, tak sia-sia kau kahwin dengan Sindora. Kalau kau kahwin dengan Anna, tak berasaplah dapur. Puan Azie kenal benar dengan Anna yang tidak suka ke dapur apatah lagi memasak. Dalam diam-diam dia mula menyukai menantu barunya itu.

*****************************

Perlahan-lahan Sindora membuka daun pintu lalu masuk ke dalam kamar. Dengan perlahan juga dia menutupnya kembali. Lama juga dia berborak-borak bersama ibu mentuanya di ruang tamu. Melihatkan Sindora yang berasa letih, Puan Azie menyuruhnya masuk ke kamar. Dengan berat hati Sindora menurut. Sebenarnya dia menanti Puan Azie untuk tidur dahulu barulah dia bercadang untuk tidur di ruang tamu tetapi rancangannya tidak berjaya.

Dilihatnya Andy yang terbaring di atas katil dengan mata terpejam. Terdengar dengkuran halus menerjah telinga Sindora.

Sindora mengambil toto dan selimut di dalam almari kemudian dibentangkan ke lantai bersebelahan katil. Dia mencapai bantal yang berada di sisi Andy lalu merebahkan diri.

“Kenapa tidur kat bawah?” Sindora yang baru hendak lelap tiba-tiba tersedar.

“Sindora.” Terdengar satu suara memanggil. Dia membuka mata. Mimpikah aku ni?

“Sindora…”

Sindora yang baring mengiring membalikkan tubuh lalu mendongakkan kepala. Kelihatan Andy sedang memandangnya.

“Bukan ke awak dah tidur tadi?” soal Sindora. Dia sedikit mamai. Rasa letih yang belum hilang dari siang tadi membuatkan dia cepat terlelap.

“You can sleep here.” Andy menepuk tilam dan mengalihkan tubuhnya sedikit. Memberi ruang kepada Sindora.

“Takpelah. Saya tidur kat bawah aje.”

“Tak elok tidur kat lantai. Sakit badan awak nanti.”

Tiada reaksi dari Sindora. Andy masih tidak berpuas hati. Dia memandang Sindora yang sudah terpejam mata. Ada idea nakal timbul dalam fikiran. Perlahan-lahan dia menarik selimut yang membaluti tubuh gadis itu. Sindora tersentap. Dia bingkas bangun sambil merenung tajam kepada Andy yang tersengih-sengih sambil memegang selimutnya.

“Bak sini selimut saya tu!”

Memang tanpa selimut Sindora sukar untuk tidur di kamar yang berhawa dingin itu.

Melihat Andy yang buat tak tahu, Sindora lalu berdiri menghadap lelaki itu sambil bercekak pinggang. Hatinya mula menjadi radang melihat telatah Andy. Mata dijegilkan tanda marah tapi Andy sedikit pun tidak berasa takut.

“Kalau nak semula selimut awak ni, mari sini. Tidur kat katil.”

Sindora merengus geram. Tidak mungkin dia memenuhi permintaan Andy. Sindora tiada pilihan. Dia terpaksa merebut kembali selimut yang berada di tangan Andy. Bermulalah adegan tarik-menarik selimut di antara mereka. Sindora tidak dapat mengimbangi tubuh. Dia terdorong ke depan dan jatuh telungkup di atas katil apabila Andy menyentap kuat selimut. Sindora cuba untuk bangun tetapi dengan pantas Andy memusingkan tubuh Sindora lalu merangkak menghampirinya.

“Andy, apa awak nak buat ni?” Sindora berasa cemas apabila Andy menekan kedua-dua bahunya membuatkan dia tidak dapat bergerak.


Andy kini berada di atas badan Sindora. Kakinya yang meronta-ronta dihimpit oleh kedua-dua peha Andy. Tindakan Andy itu membuatkan dia berasa sakit bercampur takut. Walaupun dia berbadan besar tetapi tenaganya tidak sekuat dengan tenaga kelelakian yang dimiliki oleh Andy.

Tubuh Sindora menggeletar apabila wajah Andy semakin menghampiri wajahnya. Semakin lama, semakin dekat. Terdengar desahan nafas Andy bersatu dengan nafasnya. Bergetar naluri wanitanya dengan renungan Andy yang begitu menggoda.

Andy memejam matanya dan bibir Sindora yang merekah itu dikucup dengan lembut lalu dilepaskan. Dilihatnya Sindora tidak membantah malah turut sama memejam mata seakan merelakan. Andy mengulangi perbuatannya, kali ini dengan perasaan yang lebih ghairah.

Sindora yang dalam keadaan khayal itu tiba-tiba kembali sedar apabila tangan Andy sudah mulai nakal menjelajahi setiap sudut tubuhnya. Dia meronta-ronta walaupun bibirnya masih lagi bertaut erat dengan bibir Andy.

“Andy, stop it!” Sindora menolak tubuh Andy yang semakin mengganas. Ternyata Andy tidak menghiraukan kata-kata Sindora. Dia mencuba sekali lagi untuk mencium bibir Sindora tetapi gadis itu memalingkan wajah. Andy masih tidak berputus asa. Habis pipi dan leher Sindora menjadi sasaran bibirnya pula.

“Andy, please. I said stop it,” rayu Sindora lalu menangis. Andy terkejut apabila bibirnya terasa basah dengan air mata Sindora. Dia lantas tersedar lalu meraup wajah dengan perlahan sambil beristighfar di dalam hati. Dia bangun lantas duduk di birai katil.

“I’m sorry,” hanya itu yang mampu diucap oleh Andy.

Dia memandang Sindora yang masih berbaring dan teresak-esak menangis. Dia cuba menyentuh tangan Sindora tetapi gadis itu menepis dengan kasar. Wajahnya sedikit pun tidak memandang Andy. Dia masih tersedu-sedu dengan tubuh menggeletar.

Andy menjadi kesal dengan perbuatannya. I’m really sorry, sayang. Kata-kata itu hanya dapat dilafazkan di dalam hati.

Andy mengusap rambutnya ke belakang sambil mengeluh perlahan. Tiba-tiba dia berasa hairan dengan suasana yang begitu sepi. Tiada lagi tangis sendu kedengaran. Dia lantas menoleh. Sindora sudah pun lena dengan air mata yang masih tersisa di kedua belah pipinya. Dengan perlahan dia menghampiri Sindora. Wajah yang putih bersih itu ditatap agak lama. Kemudian dia menyelimuti tubuh Sindora. Andy bingkas bangun dari katil dan berbaring di atas toto. Akhirnya dia juga terlelap.

Friday, May 8, 2009

SKSR - Chapter 12


Sindora melangkah masuk di Hotel Crystal Crown lalu menuju ke coffee house. Di situ dia tercari-cari seseorang. Kelihatan seorang gadis melambai-lambaikan tangan, Sindora terus menghampirinya.

“Terima kasih sebab kau sudi jumpa aku.”

Sindora hanya tersenyum hambar. Dia lalu duduk menghadap gadis itu.

Mendengar suara Anna yang menelefonnya semalam membuatkan dia terkejut. Pada mulanya dia menolak tetapi Anna bersungguh-sungguh ingin berjumpa. Dengan berat hati dia bersetuju.

“You want something to drink?”

“Plain water please,” balas Sindora.

Anna menggamit seorang pelayan lalu memesan minuman. Sindora mengambil kesempatan mengamati raut wajah Anna. Sindora berasa hairan mengapa perempuan secantik ini masih mengharapkan cinta seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. Bukankah di luar sana masih ramai lelaki yang sudi menghulurkan sekeping hati untuk dirinya?

“Aku jumpa kau ni sebab ada perkara yang aku nak kau tahu.

“Biar aku berterus terang sahaja. Tentu kau tahu aku dan Andy pernah bertunang bukan?”

Sindora mengangguk. Dia tekun untuk mendengar kata-kata Anna yang seterusnya.

“I love him very much. And I want him back.”

Sindora tersentak dengan pengakuan Anna yang berani dan begitu ‘direct’. Mindanya sedikit berasa terganggu tetapi dia cuba berlagak selamba.

“Apa tujuan kau jumpa dengan aku and what do you want from me?” Sindora cuba menyembunyikan rasa resah yang bersarang di jiwa.

“Aku nak kau berpisah dengan Andy.”

“Maaf. Aku tak dapat melakukannya.

“He with me now. Sebelum kami berkahwin, korang dah putus kan? Kenapa sekarang kau nak ganggu kehidupan kami?” Sindora tidak mahu mengalah di depan Anna.

“It was a mistake. Dan aku tahu kau kahwin dengan Andy bukan kerana cinta.”

“Tapi itu bukan alasan untuk kau suka-suka suruh aku tinggalkan Andy.”

Anna menghela nafas panjang. Jawapan dari Sindora telah menyesakkan dada.

“Kau suka Andy?”

“What?”

“Kalau kau suka Andy pun, aku rasa kau patut lupakan sahaja perasaan kau tu,” ujar Anna lagi tanpa menunggu jawapan dari Sindora.

“Apa maksud kau?”

“You’re not his type, Sindora. I know him very well. Andy tak mungkin suka perempuan biasa macam kau. He just want to play around and make me jealous. FYI, dia masih sayangkan aku.”

“Andy yang cakap macam tu kat kau?” soal Sindora dengan nada bergetar. Dia tidak percaya dengan kata-kata Anna.

“Not in direct way. Tapi aku dapat lihat dari matanya dan aku boleh merasainya,” ucap Anna lalu mengerling Sindora yang tampak muram.

“Tidak. Aku takkan tinggalkan Andy melainkan dia yang suruh aku buat begitu,” tegas Sindora sambil menggeleng kepala.

Berubah air muka Anna menjadi kelat. Jengkel hati dengan sikap Sindora yang keras kepala.

“Aku dah minta cara baik tapi kau berdegil juga. Jangan sampai aku buat sesuatu yang akan buat kau rasa menyesal,” tutur Anna dengan keras.

“Apa maksud kau?” soal Sindora yang hairan dengan kata-kata Anna yang berbaur ugutan.

“Mark my words, Sindora. Tinggalkan Andy or else you will get hurt,” tekan Anna lagi. Dia ingin Sindora tahu bahawa kata-katanya bukanlah sekadar mainan.

Sindora hanya mampu mengetap bibir. Dia kelu untuk berbicara. Tetapi bukan bermakna dia takut dengan kata-kata Anna. Ada rasa sakit di ulu hati membuatkan dia berasa sebak. Ada air mata yang bergenang tetapi cuba ditahan.

“Izham!” tercetus nama itu dari bibir Anna.

“Kau buat apa kat sini?” soal Anna tergagap-gagap. Kaget dia dengan kehadiran Syed tanpa di sangka-sangka.

Terbeliak biji mata Syed seperti hendak keluar melihat Sindora. Dia tidak menduga Sindora juga berada di situ kerana pada mulanya dia hanya melihat Anna. Ada tanda tanya yang bermain di fikiran.

Sindora juga tergamam sama. Begitu banyak kebetulan yang telah terjadi sejak akhir-akhir ini. Lepas satu, satu. Dia berasa tidak kuat lagi untuk menghadapi semua ini. Jalan yang paling selamat ialah dia perlu meninggalkan tempat itu dengan segera.

Berkaca-kaca mata membendung air jernih yang ingin keluar dari kelopak mata akhirnya tumpah juga. Mengalir laju membasahi pipi tika terpandang wajah kekasihnya itu. Perasaannya berbaur. Antara malu dan hiba.

Tanpa berkata walau sepatah pun, Sindora bingkas bangun dan terus melangkah pergi. Terperanjat Syed melihat reaksi Sindora. Apa yang dah berlaku? Langkahnya kaku untuk mengejar Sindora. Dia jadi bingung.

“Apa yang kau buat kat sini?”

“Aku jumpa kawan. Kenapa dengan Sindora?” soal Syed ingin tahu.

“Kau jumpa Andy ke?” soal Anna balik sambil mata melilau mencari seseorang.

“Aku jumpa Nizam. Eh, aku tanya kau ni. Kenapa dengan Sindora? Apa yang kau dah cakap dengan dia?” Melihat Sindora yang menangis, tiba-tiba dia berasa tidak sedap hati.

“Takde apa-apalah,” jawab Anna dengan ringkas. Dia cepat-cepat bangun. Sengaja ingin mengelak pertanyaan dari Syed.

“Nanti dulu. Apa yang kau dah buat dengan dia?” Syed menghadang tubuh Anna yang ingin beredar dari situ.

“Yang kau sibuk ni apasal? Selama ini kau ada ambil berat tentang aku? Kau hanya pentingkan perasaan perempuan yang tak sedar diri tu aje kan?” ujar Anna melampiaskan rasa marah.

“Kenapa dengan kau ni? Sindora tak buat salah apa-apa tapi mulut kau yang takde insurans sesuka hati mengata dia,” jerkah Syed. Hatinya menjadi panas dengan tiba-tiba.

“Yang kau melenting tak tentu pasal ni, kenapa? Jangan beritahu aku yang kau ada apa-apa dengan Sindora.”

Sejak dulu lagi dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Perangai Syed mula berubah apabila bercakap tentang Sindora. Di pandangnya Syed yang hanya mendiamkan diri dan cuba untuk menyembunyikan sesuatu.

“I knew it. You’re having affair with that bitch!”

“Shut up! Don’t you ever insult her. Memang!!! Aku cintakan dia. Aku tak boleh hidup tanpa dia. Kau puas hati sekarang?” akui Syed dengan suara yang lantang.

Dia tidak peduli ada mata-mata yang memandang. Rahsia yang cuba disembunyikan akhirnya pecah juga. Tidak guna dia berselindung lagi. Biar semuanya terbongkar!

“What? Are you crazy?” jerit Anna dengan kuat. Hendak terkeluar jantungnya mendengar pengakuan Syed. Dia yang sekadar hendak menduga tidak menyangka bahawa semua adalah benar belaka.

“Apa yang kau pandang pada perempuan tu? Cuma perempuan kilang. Dia tak setaraf dengan kita. Jangan harap aku nak terima dia dalam keluarga kita.

“Kau ni ada otak pun tak boleh nak fikir. Ramai perempuan lain yang kau boleh pilih tetapi kenapa mesti Sindora? Perempuan tu dah berkahwin dengan kawan baik kau sendiri. Lelaki jenis apa kau ni?”

Celupar betul mulut dia ni! Menggelegak hati Syed mendengar kata-kata Anna. Ingin sahaja wajah yang cantik itu ditampar. Tetapi dia hanya mampu menggenggam sendiri tangannya menahan perasaan.

“Lagi sekali aku nak ingatkan kau. Jangan beritahu Andy pasal perkara ni, kalau tak…” gertak Syed lalu mencengkam pergelangan tangan Anna dengan kuat.

“Kalau tak kenapa? Kau nak bunuh aku?” cabar Anna. Wajah Syed yang bengis langsung tidak mengundang rasa takut. Dia meronta-ronta ingin melepaskan tangan yang mula terasa sakit.

“Kau balik sekarang. Aku tak nak tengok muka kau lagi,” ujar Syed berpaling dari memandang Anna lalu melepaskan tangan gadis itu dengan kasar. Dia malas hendak bertekak dengan Anna yang semakin menyakitkan hati.

Anna mendengus geram. Kerana Sindora dia berperang mulut dengan adiknya sendiri. Kerana Sindora telah merampas lelaki yang dia cintai. Perasaan benci terhadap Sindora semakin membuak-buak.

“Kau dengar sini Iz. Kau kena putuskan hubungan kau dengan Sindora,” kata-kata terakhir dari Anna sebelum melangkah pergi.

Syed meraup muka. Kata-kata Anna sedikit pun tidak dihiraukan. Apa yang dirisaukan ialah wajah Sindora yang menangis terbayang-bayang di mata. Pasti hati Sindora terluka dengan perlakuan Anna. Kalau tidak masakan gadis itu begitu sedih sekali tatkala terpandang dirinya tadi.

Di manakah dia sekarang? Syed menjadi kalut. Dia menelefon Sindora berkali-kali namun tidak dijawab. Mahu sahaja dia menelefon Andy kalau-kalau Sindora sudah pulang ke rumah. Tetapi dia cepat sedar. Kalau perkara ini diketahui oleh Andy, ini akan menambahkan luka di hati Sindora. Kasihan Sindora, rintih Syed di dalam hati.

********************************

“Dah tengah malam baru nak balik!”

“Kus semangat! Sindora mengurut-ngurut dada. Tersirap darah Sindora mendengar suara Andy yang menegurnya selepas daun pintu di tutup. Dia menyangka Andy sudah tidur memandangkan suasana rumah yang gelap gelita. Baru tadi dengan perlahan-lahan dia masuk ke rumah tetapi masih disedari oleh Andy yang menunggu di ruang tamu.

Eh, tak merajuk lagikah dia? Tak sangka mood Andy tiba-tiba berubah. Tapi kenapa dia nampak macam bengang aje?

“Awak tengok handphone awak sekarang.”

“Kenapa?”

“Tengok berapa missed call kat handphone awak tu.”

Tanpa banyak soal Sindora menyeluk tas tangan untuk mengambil telefon bimbit. Skrin telefon diamati. 30 missed call, 15 from Andy, 15 from Syed.

Selepas ‘kejadian’ itu, Sindora cuba menenangkan diri sendiri. Dia mengambil keputusan berjalan-jalan di Danga Bay. Telefon bimbit yang tidak berhenti-henti berbunyi hanya di biarkan sahaja.

Pemandangan yang cantik dengan kerlipan lampu-lampu yang beraneka warna telah menggamit Sindora untuk menikmati angin malam di situ. Terubat sedikit jiwa yang sebelum ini berasa tidak tenteram. Damai dirasakan dengan suasana yang begitu hening. Dia memujuk hati supaya tabah menghadapi sebarang kemungkinan yang akan datang. Kalau boleh dia tidak mahu menyakiti sesiapa tetapi dalam pada masa yang sama dia perlu mempertahankan haknya sendiri.

Rasa sejuk yang menyucuk-yucuk tubuh hingga ke tulang telah menyedarkan Sindora bahawa dia sudah begitu lama di situ. Di pandang jam di pergelangan tangan. Jarum jam telah merangkak angka 11.30 malam. Ahh…dia sudah lewat.

“Dahlah balik lewat, telefon tak berjawab. Buat orang risau aje,” terkumat-kamit Andy bersungut. Sindora hanya buat muka bodoh.

Tiba-tiba telefon bimbit Sindora berbunyi mengalunkan nada lagu ‘Supermassive Black Hole’ nyanyian dari ‘Muse’. Dia melihat nama Syed di skrin. Terus digenggam telefon bimbit itu tanpa menjawab.

“Could you pick up the phone? It’s so annoying,” rungut Andy sambil menjeling.

“Sin, awak di mana? Are you ok?”

“Saya call awak balik,” jawab Sindora dengan perlahan. Tanpa menunggu jawapan dari Syed, dia cepat-cepat menekan butang merah.

“Berjam-jam ‘dating’, tak puas-puas lagi. Siap telefon pulak!”

Berubah air muka Sindora mendengar sindiran tajam dari Andy. Disabarkan hati sendiri. Tidak guna bertekak tengah malam macam ni. Buat penat aje! Lagipun dia malas hendak mendengar bebelan Andy lagi. Macam mak nenek!

“Nak ke mana pulak tu? Saya tak habis cakap lagi,” tegur Andy apabila melihat Sindora yang menonong berjalan.

“Saya dah penatlah. Nak masuk tidur.”

“Mak nak datang hujung minggu ni. Bawa semua barang-barang awak ke bilik saya,” beritahu Andy sambil memberi arahan.

“No way. Kenapa pulak saya kena pindah?”

“Awak nak mak tengok kehidupan kita yang tak normal ni? Kalau awak sanggup tadah telinga dengar dia membebel, awak buatlah. Saya akan cakap ini semua idea awak. Family planning,” jawab Andy menambahkan sakit hati Sindora.

Muka Sindora menjadi kelat. Mahu tak mahu, dia terpaksa jugak beralah. Kenapa emak mentuanya nak datang sini? Ingin dia bertanya lanjut kepada Andy tetapi dia takut Andy akan menyemburnya lagi.

Satu lagi persoalan yang ingin diketahui dan mula menganggu fikiran. Dia berharap Andy sudi menjawab.

“Andy, boleh saya tanya sesuatu?”

“Apa dia?”

Sindora menelan air liur. Terasa payah pula hendak mengeluarkan kata-kata. Dia takut Andy akan tersalah sangka. Tetapi kalau tidak diluahkan terasa mengasak-ngasak minda. Memandang wajah Andy yang serius, semakin sukar untuk memulakan pertanyaan.

Berkerut dahi Andy kehairanan. Dia menanti butir bicara dari Sindora tetapi gadis itu hanya kaku tanpa kata.

“Awak… suka…” soal Sindora tersekat-sekat tetapi belum sepenuhnya dia berkata-kata.

Andy mengerling kepada Sindora sambil menggeleng-geleng kepala. Apa yang susah sangat dia nak cakap ni? Andy mula bosan. Kalau berterusan begini, sampai ke pagi pun tak habis-habis, rungutnya dalam hati.

“Suka apa?” sergah Andy.

“Suka saya.” Serta merta meluncur kata-kata itu dari bibir Sindora yang terkujat.

“Eh…bukan.”

“Hah!” Andy menjadi hairan dengan tingkah Sindora. Apa sebenarnya dia nak tanya ni?

Alamak, terlepas cakap pulak! Sebenarnya benda lain yang aku nak tanya. Macam mana ni? Sindora menjadi kalut dan berasa malu.

“Apa sebenarnya yang awak nak katakan ni? I’m waitinggg…” ujar Andy dengan rasa tidak sabar.

Air liur yang ditelan beberapa kali terasa payau. Aduh! Haruskah aku bertanya lagi? Mesti..mesti. Sindora menarik nafas lalu dihembus perlahan. Kali ini dia sudah bersedia.

“Hmm…awak dengan Anna…macam mana?” tutur Sindora dengan gugup. Soalan yang masih sama tetapi diolahkan sedikit bentuknya.

“Anna? Kenapa dengan dia?” soal Andy balik yang masih tidak mengerti apa yang hendak disampaikan oleh Sindora.

“Yalah. Hubungan awak dengan dia. Maksud saya…hmm…masih rapat?” Sindora menggaru-garu dagu dengan spontan.

“Oh…itu yang menganggu fikiran awak ya? Sampai tergagap-gagap,” usik Andy sambil melemparkan senyuman manis.

Aduh, malunya! Kenapalah aku tanya soalan ni? Mesti dia fikir lain ni. Rasa menyesal bersarang di fikiran Sindora.

“Ya. Kami masih berhubung. But it doesn’t mean rapat macam dulu. She’s my past dan saya rasa lebih baik kami berkawan biasa sahaja. Kami ada keluar lunch. That’s all.”

Sindora tercengang mendengar penjelasan Andy. Lega rasanya. Eh, nanti kejap. Kenapa pulak aku rasa macam tu? Ahh, aku rasa Anna hanya bertepuk sebelah tangan, itu yang membuatkan aku rasa lega kot. Sindora menyedapkan hati sendiri. Dalam diam dia tidak menyukai gadis itu.

Actually, I meet someone. I think I like her…”

“Awak ada jumpa seseorang?” Sindora mengulangi kata-kata Andy. Hatinya berdetak kencang. Siapa? Ingin dia bertanya tetapi dia tidak mahu Andy menganggapnya seorang yang ‘busybody’. Andy ada orang lain?

“Yup,” balas Andy sambil tersenyum.

Ada maksud yang tersirat di sebalik senyuman itu. Tetapi Sindora tidak menyedari kerana fikirannya jauh melayang.

You’re always be my friend. No matter what…terngiang-ngiang di telinga Sindora kata-kata Andy dulu ketika dia membuat keputusan bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki itu. Siapakah perempuan yang disukai oleh Andy? Rasa ingin tahu membuak-buak di benak fikiran Sindora. Dipandang Andy yang sedang menguap panjang.

“Apa yang tercegat lagi tu? Saya pun dah mengantuk. Kata tadi letih. Pergilah masuk.” Sindora terkulat-kulat mendengar teguran Andy.

SKSR - Chapter 11


“Wait Ms.Anna, you can’t…”

Belum sempat Cindy habis berkata-kata, Anna sudah pun membuka pintu lalu menapak masuk ke dalam bilik. Terkedek-kedek Cindy membuntuti Anna dari belakang.

“I’m sorry Mr.Andy, I dah cakap you tengah meeting tapi…”

Cindy mengerling kepada Anna yang kelihatan selamba berdiri sambil berpeluk tubuh. Hisy, perempuan ni main redah aje, tak sopan langsung! Cindy meluahkan rasa geram hanya di dalam hati.

“It’s ok,” ujar Andy.

Cindy lantas keluar lalu menuju ke meja dengan perasaan serba-salah.

“Let’s end our discussion, Robert. I’ll think about your proposal,” Andy mengakhiri kata-katanya kepada lelaki yang merupakan pengurus kilang di situ.

“Andy, saya nak cakap sikit dengan awak,” ujar Anna sebaik sahaja kelibat Robert menghilang. Dia menghampiri Andy yang duduk di kerusi sambil menghadap skrin komputer.

Matanya tertancap pada sebuah bingkai sekeping gambar yang terletak di atas penjuru kanan meja Andy. Hatinya bagai di cucuk belati tajam, sakit yang datang menerpa tatkala memandang gambar itu. Kenapa mesti ada gambar perempuan ni di sini? Anna menjadi radang.

“Perempuan ni ada lelaki lain, awak tahu tak?” ujar Anna tanpa berlengah sambil jari telunjuknya menghala ke arah gambar itu. Memang betul dia tidak pasti apa hubungan sebenar Sindora dengan adiknya. Tetapi apabila melihat reaksi mereka berdua yang seakan cuba menyembunyikan sesuatu, hatinya dipagut rasa curiga.

Dia ingin Andy tahu bahawa perempuan yang dikahwininya itu bukanlah seorang perempuan yang baik. Tetapi kata-kata Anna sedikit pun tidak memberi apa-apa reaksi kepada Andy. Dia seolah-olah tidak mendengar, ini membuatkan Anna sakit hati. Seolah-olah dirinya tidak wujud di mata lelaki itu.

“Andy, I talking to you!”

“Andy Zarith!!!” suara Anna yang lantang memenuhi ruang bilik.

“Saya tengah sibuk ni. Boleh tak awak jangan ganggu saya?” ujar Andy yang malas hendak melayan kerenah Anna.

“Itu sahaja alasan awak. Saya call awak tak jawab. Saya tinggalkan pesanan, awak langsung tak telefon saya balik. Kerja apa sampai awak takde masa ni? Atau awak memang sengaja tak nak jumpa dengan saya?” luah Anna dengan perasaan yang kecewa.

“Awak memang sengajakan? Sampai hati awak buat saya macam ni? Why? Why?” jerit Anna membingitkan telinga Andy.

“Will you stop yelling at me? Awak tak malu ke kalau staff saya nampak awak berkelakuan macam ni,” tegur Andy dengan lembut tetapi bernada tegas. Dia bingkas bangun dan berdiri menghadap tingkap dan pandangannya dilontarkan ke luar.

Anna memandang lelaki itu dengan ekor mata. Dia melihat Andy yang terpaku di situ. Riak wajahnya tampak muram. Anna yang pada mula gagal menahan emosi marah tiba-tiba berasa hairan dengan tingkah Andy.

“The global economy is faring poorly. In Unisan we have been affected by significant reduction in orders from our customer as well. Over the past 3 months, our sales have not been meeting targets. In the month of December 08, sales were below target by more than 10%. In the month of January 09, we are expecting sales to be lower by more than 30%. In the worst scenario, it could be as high as 40% or more!

“Saya tak tahu berapa lama lagi syarikat ini boleh bertahan,” ujar Andy sambil mengeluh berat. Entah kenapa dengan tiba-tiba dia bercerita tentang hal syarikat kepada Anna. Mungkin untuk melepaskan tekanan yang sarat bermain di kepala.

“Anuar dan Adrian nak staff di kurangkan sebanyak 20%. Unisan mempunyai 500 orang pekerja dan 100 orang akan kehilangan pekerjaan.
“Cuba awak bayangkan apa perasaan mereka kalau tiba-tiba diberhentikan. Kebanyakan mereka mempunyai keluarga yang perlu ditanggung.

“Sebab itulah saya sekarang ni tengah fikir macam mana nak elakkan semua ini dari berlaku. I’m not thinking about myself but I’m thinking about them too.”

Luahan Andy membuat Anna terkedu. Kemarahannya yang membuak-buak telah mengendur dengan tiba-tiba. Dia tersentuh dengan keprihatinan Andy.

“Kalau itu yang terjadi, I feel sorry for them,” lirih suara Anna menuturkan kata. Dia memahami masalah yang dihadapi oleh Andy. Dia turut berasa simpati.

“Saya dah discuss dengan Robert and he brought solution for all of us. But I have to study it first. If this way worthwhile, saya akan bentangkan pada top management nanti.”

“Apa cadangan Robert tu?”

“Cease operations,” balas Andy dengan ringkas.

“Cease operation? But, for how long?” soal Anna lagi ingin tahu.

“I haven’t decide yet. Mungkin 3 atau 4 minggu. Kalau ini boleh kurangkan kos why not kan? Diorang boleh ambik cuti tahun. Kalau yang takde cuti tu just take unpaid leave. Cara ini lebih baik dari mereka diberhentikan.”

“Ok jugak tu,” Anna bersetuju dengan Andy tetapi pada yang sama dia cuba memikirkan sesuatu.

“Hah…” Anna memetik jari. Andy hairan lalu memandang Anna dengan perasaan ingin tahu.

“Atau pun, awak boleh kurangkan hari bekerja dari 5 hari ke 4 hari. Kalau syarikat menghentikan operasinya secara berterusan nanti customer ingat syarikat dah tutup pula.

“Mana tahu tiba-tiba ada incoming order, you still can produce and in the meanwhile you can make profit. How about that?” ujar Anna memberi cadangan. Andy berfikir sejenak kemudian dia mengangguk-angguk.

“That’s a good idea too. How come you are so brilliant today?” puji Andy sambil tersenyum.

“Ohhh…selama ni awak ingat saya ni just a dumb girl, macam tu?”

“Saya tak cakap pun,” balas Andy bersahaja. Dia masih lagi tersenyum membuat Anna berasa senang hati.

“Saya ada baca paper. Banyak syarikat yang buat macam tu untuk kurangkan kos pengeluaran. I’m sure you aware about that, ” beritahu Anna.

“Yup. Tapi saya tak sangka awak pun tahu hal ini.”

“Walaupun saya seorang fashion designer tetapi saya peka dengan hal ehwal semasa jugak. Lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang ni,” ujar Anna sambil memuncungkan bibir.

“Yalah tu,” balas Andy. Kepala yang kusut tiba-tiba berasa lega. Adakah kerana kehadiran Anna dia jadi begini? Dia mengerling Anna yang berpakaian simple hari ini. Berseluar jeans di padankan dengan T-shirt ketat tanpa lengan berwarna merah jambu.

“Awak tak busy?” soal Andy.

“Petang nanti saya nak ke butik auntie Azie. Klien auntie, Datin Haizan nak jumpa saya. Dia nak saya ‘design’ kan baju untuk pelancaran produk kecantikan dia yang baru,” jelas Anna.

“Awak selalu jumpa mak saya?”

“Tak juga. Ini pun mama yang suruh saya tolong. Kebetulan saya tak banyak job.”

“Nak ikut? Boleh temankan saya jumpa mak awak,” pelawa Anna apabila melihat Andy yang hanya mendiamkan diri.

“Tak mahulah. Awak kalau dah jumpa dengan dia, ada sahaja cerita. Bila saya nak join selalu awak tak bagi, hal perempuanlah, rahsialah. Saya ni sampai keras menunggu,” komen dari Andy membuatkan Anna ketawa kecil.

“Dulu kita selalu berkongsi cerita. Tengah malam pun awak sanggup call saya kalau ada topik menarik dan kita akan sembang sehingga 3 hingga 4 jam. Kadang-kadang sampai subuh pun ada. Lepas tu awak mesti bising-bising sebab tak cukup tidur. Kemudian saya datang ke sini bawa satu termos air kopi pekat untuk hilangkan rasa mengantuk awak tu. Ingat lagi tak?” ujar Anna sambil tersenyum.

“Hmm…saya ingat. Tapi saya hairan, awak tak pula rasa mengantuk atau letih. Segar aje waktu pagi tu jumpa saya. Apa petua awak ehh?” soal Andy yang tiba-tiba berminat mengingati masa silam bersama Anna.

“See your face and to be with you make my day like no tomorrow never come. That’s why I never been sleepy,” ucap Anna sambil menjeling manja.

Andy terkesima. Dia menatap Anna dengan perasaan berbaur. Sikap Anna yang berterus-terang itu amat dikagumi. Satu lagi keistimewaan Anna ialah dia mempunyai fikiran terbuka dan boleh memberi pendapat untuk apa sahaja isu yang diperbualkan. Dia bukan sahaja mempunyai raut wajah yang cantik persis model tetapi mempunyai otak yang bijak.

Itulah pendapat Andy tentang Anna. Tetapi bila menyentuh soal hati dan perasaan, dia akui dia hanya menganggap Anna sebagai kawan, tidak lebih dari itu.

Tetapi kali ini entah kenapa hatinya tiba-tiba tersentuh dengan ucapan Anna. Dia mula rasa rindu bila mengenang kembali saat-saat manis bersama dengan Anna dulu.

Untuk seketika kehadiran Anna dapat mengubat sedikit perasaan kecewa dan sedihnya terhadap sikap Sindora yang telah menolaknya mentah-mentah.

“Andy…”

“Hmm…”

“I have something to tell you. It’s about Sindora…”

Wajah ceria Andy tiba-tiba menjadi keruh mendengar nama Sindora yang terpancul dari bibir Anna.

“Please Anna, don’t spoil my mood. Saya tak mahu dengar apa-apa pun tentang dia.”

Anna sedikit tersentap.

“Ok,” jawab Anna sepatah.

Tentu ada sesuatu yang berlaku. Mengapa tiba-tiba Andy marah mendengar nama Sindora? Adakah Andy sudah tahu perangai sebenar perempuan itu? Ingin dia bertanya lanjut kepada Andy tetapi dia hanya pendamkan hasrat hati. Dia tidak mahu merosakkan suasana di mana Andy sudah mulai menerimanya. Inilah peluang yang aku tunggu-tunggu selama ini, Anna tersenyum dalam hati.

“Andy, saya rindu kat awak. Kita sambung balik hubungan kita macam dulu,” pinta Anna yang masih tidak jemu memujuk.

Begitu lembut suara Anna menerjah masuk ke dalam hati Andy. Dia kelu untuk berkata-kata. Tubuh Anna semakin rapat lantas tanpa silu dia memeluk belakang tubuh lelaki itu. Mereka hanyut sejenak dalam suasana yang hening.

“I’m here if you need me. I’m willing to help your company. Saya akan minta bantuan dari papa ok.”

Andy mengeluh perlahan. Cepat-cepat dia sedar. Kehangatan tubuh Anna telah melalaikan diri. Dia meleraikan tangan Anna yang melekap erat di pinggangnya. Anna tampak begitu kecewa.

“Thanks Anna but I can’t accept it. Saya akan berusaha untuk mempertahankan syarikat ini sampai bila-bila. Saya dan semua ahli lembaga pengarah akan fikirkan macam mana untuk mengatasi masalah ini tanpa minta bantuan dari orang lain.”

“Kita bukan orang lain Andy. Keluarga kita kan dah macam saudara. Saya tak sanggup tengok awak bersusah-payah macam ni. Your concern about your staff right? Saya akan beritahu papa. How much do you need?” ujar Anna bersungguh-sungguh ingin menolong.

“No,” jawab Andy dengan tegas.

Dia punya harga diri dan tidak mungkin dia meminta bantuan dari Syed Fairus bapa kepada Anna yang merupakan pengarah bank terkemuka. Memang perhubungan keluarga mereka sangat rapat sejak Andy masih kecil lagi. Walaupun rancangan mereka untuk menyatukan dia dan Anna dalam satu ikatan perkahwinan tidak berjaya namun sehingga kini mereka masih melayannya dengan baik.

“Andy, do you still love me?” tanya Anna dengan tiba-tiba.

Pertanyaan dari Anna telah menyentak lamunannya. Sekali lagi dia hanya mampu mendiamkan diri. Dia berpura-pura membuka laci meja lalu mencari sesuatu. Tingkahnya itu diperhatikan oleh Anna.

Awak cari apa? Menggelabah semacam aje…”

“Pen drive saya. Selalu ada kat dalam laci. Dah takde pulak, mana ehh?” gumam Andy. Satu persatu laci mejan dibuka dan diselongkar.

“Yang atas meja sebelah handphone awak tu apa?”

Andy memandang tempat yang di katakan oleh Anna dan melihat pen drive yang dicari berada di situ lalu dicapai. Kenapa boleh tak perasan pulak, gerutu Andy dalam hati. Senyuman Anna yang meleret dipandang dengan selamba.

“Jom kita pergi lunch,” ujar Anna. Memang dia ke situ untuk mengajak Andy keluar.

“Saya banyak kerja lagi,” Andy menolak walaupun perutnya sudah berkeroncong minta diisi.

“Please. Saya dah lapar ni, saya tahu awak pun sama kan?”

“My treat,” pujuk Anna lagi dengan riak wajah penuh mengharap.

Tidak sampai hati Andy untuk menghampakan permintaan Anna lantas dia mengangguk. Begitu ceria wajah Anna melihat Andy yang akur dengan kata-katanya.

********************************

“Sin, inventory report dah siap ke?”

Soalan Amran hanya di biar sepi. Dia yang sedang menongkat dagu khayal dengan dunianya sendiri.

“Sin, abang tanya ni!” tegur Amran lagi lalu menepuk bahu Sindora. Gadis itu menyeringai lalu menggosok-gosok bahunya yang terasa perit.

“Sakitlah! Kalau ya pun janganlah kejutkan orang macam ni,” Sindora menarik muka masam.

“Abang dari tadi tanya tapi senyap aje, rupa-rupanya sibuk mengelamun,”

“Abang tanya apa tadi?”

“Inventory awak tu, dah siap ke?”

“Banyak lagi. Tak tahulah boleh siap ke tidak hari ini,” balas Sindora dengan satu keluhan.

“Kau fikir apa ni dik? Tak habis-habis termenung, pecah karang skrin komputer yang tak bersalah tu kalau Sin asyik pandang dia aje,” usik Amran.

Sindora hanya diam. Di minda masih terbayang-bayang riak wajah Andy yang keruh pagi tadi. Sejak peristiwa di malam hari jadinya seminggu yang lepas lelaki itu tiba-tiba berubah menjadi dingin. Andy tidak lagi menegurnya seperti yang dilakukan setiap kali apabila bertembung.

Merajuk ke dia? Tetapi aku tidak berniat untuk melukakan hatinya. Kenapa dia mesti berkecil hati dengan kata-kataku itu? Desis hati Sindora.

Amran merenung ke arah Sindora yang berwajah sugul. Sudah lama Amran mengenali Sindora dan boleh di katakan hubungan mereka agak rapat tetapi belum pernah Amran melihatnya bersikap begitu. Dari seorang gadis yang periang tiba-tiba menjadi seorang yang pemurung.

“Sin, abang bukan nak menyibuk tapi kalau Sin nak kongsi masalah atau nak minta pendapat, I’ll be there for you,” ucap Amran dengan ikhlas.

Sindora tersenyum hambar. Dia tahu Amran selalu membantunya jika dia menghadapi masalah. Baginya Amran telah di anggap seperti abangnya sendiri yang selalu memberi nasihat dan pendapat. Syukur dia mempunyai kawan sebaik Amran.

“Thanks abang, you so sweet!” ujar Sindora perlahan.

“So, tell me. What’s your problem my dear?”

Keluhan tercetus lagi dari bibir Sindora. Patutkah dia bercerita tentang masalahnya kepada Amran? Ahh…Apa salahnya bercerita kalau dengan ini boleh melegakan kepala otak aku yang berserabut sekarang ni, katanya dalam hati.

“Hubungan Sin dengan Andy tak berapa baik sejak akhir-akhir ini. Kami dah lama tak bertegur sapa. Dia sengaja mengelak kalau terserempak dengan Sin.

“Sin rasa tak selesa tinggal kat sana lagi. Macam nak lari aje tapi Sin tak tahu nak pergi mana…”

Amran terperanjat. Dia tidak menyangka Sindora boleh berkata begitu.

“Sin gaduh dengan dia ke?”

“Entahlah bang. Mungkin dia merajuk kot…”

“Merajuk? Apa yang Sin buat sampai dia merajuk?”

“Dia minta sesuatu dari Sin tapi Sin menolak.”

“Minta apa?”

“Minta tu…”

“Yalah, minta apa?”

“Hisy abang ni, takkan tak boleh ‘tangkap’ apa yang Sin cakap ni…”

“Betul, abang tak faham,” ujar Amran dengan muka ‘blur’ nya.

“Cepatlah Sin, sementara takde orang ni,” desak Amran. Dia tidak dapat mengagak apa yang diperkatakan oleh Sindora.

Sindora membetul-betulkan tudung yang dirasakan senget. Susah benar dia ingin menerangkan perkara sebenar. Dipandangnya wajah Amran yang teruja ingin tahu.

“Mula-mula Sin ingat dia cuma bergurau tapi tak sangka pulak dia ambil serius tentang benda ni.”

“Benda apa?” tanya Amran semakin tidak mengerti.

Sindora menoleh ke kiri dan ke kanan. Dia ingin mempastikan hanya dia dan Amran sahaja di bilik itu.

“Dia nak make love dengan Sin,” ujar Sindora dengan suara yang amat perlahan seperti berbisik. Dia malu-malu untuk memandang wajah Amran.

“Habis tu selama ni Sin dengan Andy belum…” kata-kata Amran terhenti apabila melihat muka Sindora yang memerah. Mujurlah dia ada pengalaman tentang hal-hal sebegini. Dia tahu Sindora berasa malu.

“Jadi Sin ni masih dara lagi,” ujar Amran sambil tersenyum penuh makna.

“Abang ingat Sin ni ‘easy’ ke? Senang-senang nak menyerah,” bidas Sindora.

“Sin kan isteri dia yang sah. Tak salah kalau dia minta pun.”

“Tapi dia kena fikir juga perasaan Sin. Perkara macam ni mana boleh di paksa-paksa.”

“Lelaki semuanya sama, asyik nak fikir benda tu aje. Bila tak dapat mulalah buat muka,” luah Sindora dengan rasa geram.

“Silap tu Sin. Tak semua lelaki macam tu,”

“Lelaki kalau terdesak, dengan perempuan yang dia tak suka pun main redah aje kan?”

“Hisy, takdelah Sin. Lelaki pun macam perempuan juga. Ada perasaan. Kalau bukan dengan orang yang dia suka, macamana nak feel. Sin ingat lelaki ni bukan manusia ke?” bela Amran kepada kaumnya.

“Maksud abang dia suka kat Sin?”

Amran mengangguk. Memang itulah pendapatnya tentang perasaan Andy terhadap Sindora.

“Tak mungkinlah. Dia pernah cakap dia takde apa-apa perasaan kat Sin. Dia anggap Sin macam kawan aje,”

“Itu dulu. Mungkin sekarang dah berubah. Mana boleh tahan kalau hari-hari asyik tengok muka Sin yang cun ni dalam satu rumah. Kalau abang pun tak lepas,” ujar Amran sambil tergelak.

Sindora mengetap bibir. Ada masa nak bergurau pulak! Kurang asam jawa betullah Abang Am ni, rungut Sindora dalam hati.

“Abang rasa Andy tu dah tangkap syok dengan Sin, sebab itulah dia cuba nak menggatal. Sin ada ngurat dia ke?” usik Amran lagi.

“Tak kuasalah Sin nak buat macam tu. Lagipun Sin tak buat apa-apa untuk tarik perhatian dia. Goda dia pun tak pernah,” jelas Sindora dengan jujur.

“Orang kalau dah suka, tak buat apa-apa pun jalan jugak. Cuba kalau dia tak suka, Sin berbogel depan dia pun dia tak pandang,” jelas Amran lagi.

“Tapi dia tak cakap pun yang dia suka kat Sin,”

“Apa susah sangat, tanya ajelah kat dia.”

“Hisy, malulah. Nanti dia ingat Sin pulak yang syok kat dia.”

“Habis tu sampai bila Sin dengan dia nak perang dingin?”

“Ini yang Sin tengah fikir sekarang. Tak elok jugak kalau dia terus bermasam muka dengan Sin,” ujar Sindora sambil menggaru kepala.

Sin, Sin, lambat ‘pick-up’lah. Memang Andy tu suka kat kau, itupun masih tak sedar lagi, rungut Amran dalam hati.

“Nak malu apanya? Kalau dia menafikan, Sin buat selamba ajelah dan anggap apa yang dia cakap tu hanya satu gurauan. Mungkin dia ada masalah lain, Sin pun tak tahukan?”

“Kalau dia ada masalah lain kenapa pulak babitkan Sin. Bila ada orang lain telefon, dia macam biasa aje. Siap gelak-gelak lagi,” adu Sindora.

“Yang Sin risau sangat pasal Andy ni kenapa? Sampai tak makan, asyik termenung aje.”

“Jangan-jangan Sin yang suka kat dia?” tebak Amran sambil memandang tepat anak mata Sindora untuk melihat reaksi gadis itu.

“Merepeklah. Sin nak letak kat mana si Syed tu,” nafi Sindora sambil memalingkan wajah dari ditatap oleh Amran.

“Kalau macam tu ikut nasihat abang. Tak salah kalau Sin nakkan kepastian.”

Sindora diam. Ada benar kata-kata Amran tetapi dia takut untuk mendengar jawapan dari Andy. Kenapa dia berasa begitu? Dia sendiri tidak pasti.

“Macamana hubungan Sin dengan Syed sekarang?” tiba-tiba Amran mengalih topik perbualan.

“Macam biasa,” balas Sindora dengan ringkas.

“Masih berhubungan macam dulu?”

“A’ah.”

“Wah…dia betul-betul sayang kat Sin kan?”

“Kenapa abang cakap macam tu?” soal Sindora dengan hairan. Setahunya Amran tidak berapa suka dengan teman lelakinya itu.

“Andy tahu yang Sin ada lelaki lain? Dia tak cakap apa-apa?” soal Amran lagi tanpa menjawab pertanyaan Sindora.

“Tahu. Dia tak kisah pun.”

“Sin pasti yang dia tak kisah? Lelaki kalau tahu isteri dia ada hubungan dengan lelaki lain mesti tak senang duduk,”

“Sebelum kahwin dulu saya dengan dia dah setuju takkan masuk campur hal peribadi masing-masing,” ujar Sindora menerangkan perkara sebenar.

“Tak fahamlah abang dengan Sin ni. Tak pernah di buat orang,” luah Amran sambil menggeleng-geleng kepala.

“Amran, meeting!” keduanya tersentak lalu berpandangan ke arah Ismail yang menunjal-nunjal jam tangannya sebagai tanda isyarat.

Baru dia teringat Encik Fazly sudah mengingatkan mereka pagi tadi tentang mesyuarat yang akan di adakan pada pukul 3 petang berkenaan dengan audit tahunan.

“Abang bagitau Cik Li, Sin tak dapat nak involve audit kali ni. Inventory report pun tak siap lagi. Deadline esok,” beritahu Sindora. Nampaknya hari ini dia kena kerja lebih masa lagi!

“Jangan lupa apa yang abang pesan. Tanya dia ok,” sempat Amran berkata sebelum bergegas ke bilik mesyuarat.

SKSR - Chapter 10


“It is hard for me to believe this!” luah Sindora. Terpaku lemah dia untuk seketika.

“Kenapa baru sekarang awak beritahu saya?” soal Sindora dengan nada keras. Wajah Syed ditatap tajam.

“Sin, please stay calm,” pujuk Syed yang cemas melihat reaksi Sindora.

“Saya lihat Andy lain macam aje, awak tak perasan ke?” ujar Syed. Wajahnya kelihatan tidak keruan.

“Apa maksud awak? Saya tak faham,” soal Sindora balik dengan hairan.

“Sin, saya dah lama kenal Andy. Saya tahu macam mana perangai dia. Awak mungkin tak sedar tapi saya dapat merasakan.”

“Cuba jangan cakap berbelit-belit dengan saya. Kepala otak saya dah tak boleh nak fikir lagi. Boleh tak awak cakap terus terang?” Sindora mula berasa cuak.

Syed hanya membisu. Baru tadi dia memberitahu Sindora bahawa Andy adalah sahabat karibnya. Ternyata gadis itu benar-benar kaget.

“Kenapa ni Syed? Apa yang bermain di fikiran awak sekarang? Cuba awak cerita dengan saya. I need to know,” desak Sindora.

Syed tersentak dari lamunan. Fikirannya berkecamuk. Dia mengumpul kekuatan untuk meluahkan apa yang dia rasa kerana dia amat mencintai gadis yang berada di depannya sekarang.

“Saya rasa Andy ada hati kat awak.”

Tersentak Sindora mendengar kata-kata Syed. Dia menelan air liur. Terasa pahit. Wajah Andy dan wajah Syed silih berganti bermain di fikiran.

“Saya tak sanggup lihat awak bersama dengan dia lagi. Awak tahu tak? Betapa resahnya saya memikirkan awak dengan dia di rumah. Berdua sahaja. Saya tak dapat bayangkan kalau ada sesuatu yag berlaku antara awak dan Andy,” luah Syed yang kelihatan menderita sekali.

“Saya dengan Andy hanya kawan. Tak mungkin dia suka saya. Perasaan awak sahaja,” Sindora menepis prasangka Syed itu.

“Betul awak takde perasaan apa-apa terhadap Andy?”

“Awak tak percaya saya lagi Syed?” soal Sindora balik. Syed tidak segera menjawab. Dia merenung wajah Sindora dengan lama. Ternyata kasihnya sudah jauh tertumpah kepada gadis manis itu.

“Kita kahwin,” ucap Syed dengan tiba-tiba. Terbeliak biji mata Sindora memandang Syed.

“Saya dah kahwin, awak dah lupa ke?” balas Sindora menyedarkan Syed walaupun hatinya pedih dengan kenyataan ini.

“Saya pun tak tahu nak buat macam mana lagi untuk selamatkan hubungan kita,” jelas Syed dengan wajah bingung. Setelah agak lama dia berfikir, akhirnya dia mendapat satu jawapan.

“Saya akan beritahu Andy tentang kita,” ujar Syed. Sudah sampai masa perkara ini perlu didedahkan walaupun sebelum ini dia tidak berani meluahkan kepada Andy.

“Jangan! Ini akan memburukkan keadaan. Awak kawan baik dia. Awak tak rasa yang awak telah mengkhianati dia? Saya tak fikir dia boleh terima dengan semua ini,” tegah Sindora.

“Saya tak nak berputih mata. Saya yang lebih dulu mengenali awak,” balas Syed.

“Tapi awak dah lama kenal dengan Andy. Saya tidak mahu awak kehilangan sahabat baik awak sendiri,” luah Sindora dengan rasa bersalah.

“Kalau awak tidak mengenali Andy tentu kita tidak akan jadi begini. Saya tak yakin kita dapat teruskan hubungan ini lagi,” ujar Sindora seolah-olah sudah berputus harap.

“Awak nak kita berpisah?” soal Syed dengan suara bergetar. Sindora tunduk tanpa kata. Air jernih bergenang di kelopak mata lelaki itu.

“I know it’s hard. But this is the best way for all of us,” Sindora berkata dengan suara tersekat-sekat. Air matanya juga sudah laju menuruni pipi. Berat hati melepaskan Syed pergi tetapi dia tersepit antara percintaan dan persahabatan lelaki itu.

“Tidak Sin. I won’t let you go. You love of my life.”

“Tapi…”

“Sudah. Jangan cakap lagi yang awak nak berpisah dengan saya. Pasti ada jalan penyelesaian. Kita sama-sama fikirkan ok,” pujuk Syed. Dia menyeka airmata yang berlinang di kedua pipi gadis itu sambil tersenyum walaupun dalam paksa. Apa pun yang akan terjadi dia sanggup menghadapi asalkan dia boleh bersama dengan Sindora.

***************************************

“Anna, aku dengar Andy dah kahwin?”

“Hmm,” balas Anna tanpa mengulas lanjut pertanyaan dari Nora.

“Ouch! He’s so handsome, Anna. First time aku jumpa dia bersama kau dulu, I can’t take my eyes off him. And now you just let him go?” ujar Nora dengan sinis.

“Kenapa kau begitu bodoh lepaskan dia? Kau ni cepat sangat ambil keputusan terburu-buru. Mesti kau rasa menyesalkan?” Nora menjeling kepada Anna. Fresh orange diteguk perlahan.

“Kalau aku kat tempat kau pun aku rasa rugi. He’s rich, good looking and…” ujar Nora lagi menambahkan bara di hati Anna.

“Stop it Nora. Jangan kau nak sakitkan hati aku. Aku mengaku aku memang bodoh, kau tak payah nak cakap lagi.” Terasa panas cuping telinga mendengar kata-kata Nora. Mahu sahaja dia menyiat-nyiat mulut Nora yang langsung tidak memikirkan perasaannya.

“Kalau kau masih sayangkan Andy, kenapa kau tak berterus-terang aje dengan dia?”

“Sudah. Aku ada jumpa dia dan aku tebalkan muka aku ni, rayu dia supaya kembali pada aku tapi dia tetap nak kahwin juga dengan perempuan tu,” jelas Anna sambil merengus geram.

“Special sangat ke perempuan tu? Sampai Andy pun tak pandang kau!” tanya Nora ingin tahu.

“Naik berbulu mata aku tengok dia, tak cantik langsung!”

“Andy tak cintakan dia tapi aku yakin perempuan tu dah perangkap Andy,” tuduh Anna tanpa usul periksa.

“Aku takkan putus asa. He’ll be mine soon,” ujar Anna dengan yakin. Nora mencemik muka. Dia tahu sangat perangai Anna yang agak kebudak-budakkan. Selagi hasratnya tidak tercapai selagi itu dia tidak akan mengalah.

“Tapi aku ada masalah sikit,” luah Anna. Dengan tiba-tiba wajahnya bertukar murung.

“Masalah apa?” soal Nora.

“Izham.”

“Kenapa dengan adik kau?”

“Bila aku cakap pasal Andy aje, terus dia naik angin. Dia larang aku masuk campur hal Andy lagi,” hubungannya dengan Syed Izham tidak seperti dulu, mereka semakin renggang gara-gara Anna yang tidak sudah-sudah mengharapkan cinta Andy. Ibunya juga tidak setuju dan sering menasihatkannya supaya mencari lelaki lain. Bagaimana hendak mencari pengganti Andy sedangkan hatinya tidak dapat melupakan lelaki itu.

“Aku sependapat dengan Izham. There are so many guys out there. Kau boleh pilih salah seorang dari mereka. Kau aje yang jual mahal,” nasihat Nora kepada Anna.

“You don’t get it Nora. I still love him,” balas Anna dengan keras. Nora menggeleng kepala. Degil sungguh! Katanya cuma dalam hati.

“Dah terang-terang Andy tu tak nak terima kau lagi. Apa yang kau nak harapkan lagi dari dia? Dia dah lupakan kau. You have to move on.”

“Sudah Nora. Aku tak mahu dengar apa-apa lagi. Jangan kerana this damn conversation kau dan aku bergaduh pulak!” jelingan tajam dari Anna membuatkan Nora terus terdiam.

“Ok, ok. Apa yang kau nak buat lepas ni? Need my help?” Nora cuba memujuk apabila melihat wajah Anna yang seperti singa lapar.

“Wah! Tadi bukan main lagi kau tak setuju. Sekarang dah jadi supportive pulak!” ujar Anna memerli sahabatnya.

“You are my best friend. Aku tak nak gaduh dengan kau. Nanti takde siapa nak belanja aku makan. Akukan tengah broke sekarang,” balas Nora sambil tersengih-sengih. Cuba mengambil hati Anna.

“Pandai kau ehh. Cehh…,” Anna menjuih bibirnya membuatkan Nora tergelak kecil.

“Aku nak ke tandas. Nak ikut?” tiba-tiba Nora bersuara. Anna hanya menggeleng. Langkah Nora yang terlenggok-lenggok itu di perhatikan. Dia menongkat dagu sambil memandang kiri dan kanan. Dia ternampak seseorang yang dikenali tidak jauh dari tempat duduknya tetapi berlainan restoran. Dia mengecilkan mata. Izham!

Anna ternampak adiknya bersama seorang perempuan yang memakai tudung. Dia tidak nampak rupa perempuan itu kerana perempuan itu membelakanginya. Kerana hati membuak-buak ingin tahu siapakah gadis yang bersama Izham, dia bingkas bangun dan berjalan menghampiri mereka.

“Iz…” tegur Anna.

Syed tergamam melihat Anna. I’m toast!! Masalah ini belum selesai timbul pulak masalah lain, gerutu Syed dalam hati. Ingin sahaja dia melarikan diri tapi sudah terlambat. Anna semakin mendekat.

“Kau dengan sia..,” kata-kata Anna terhenti apabila terlihat Sindora yang mendongak memandangnya.

“Sindora?” Mata Anna terbeliak seakan tidak percaya.

“Anna kan?” tegur Sindora. Dia mengenali gadis yang berdiri di depannya, bekas tunang Andy. Sekali lagi dia terserempak dengan Anna. Dulu bersama Andy sekarang dengan Syed pula!

“Izham, apa hubungan kau dengan Sindora?” soal Anna lalu mengerling tajam ke arah Sindora. Syed menggelabah, kalut memikirkan alasan untuk diberikan kepada Anna.

“Hei, aku tanya kau ni,” sergah Anna.

“Dia…” Syed teragak-agak untuk meneruskan kata-kata.

“Kami kawan.Satu tempat kerja,” beritahu Sindora untuk menyelamatkan keadaan.

“Macam mana Anna kenal Syed?” soal Sindora cuba beramah mesra.

“He’s my brother,” jawab Anna dengan dingin.

Sindora terlopong. Satu demi satu kenyataan telah terbongkar hari ini. Dia kaku tanpa kata. Baru dia teringat sekarang, perempuan yang bersama Syed di Plaza Angsana adalah Anna. Betapa bodohnya dia kerana tidak menyedari dari awal. Ya Allah, kenapa semua ini terjadi pada diriku, jerit hati kecil Sindora.

“Well, mana Andy? Takkan you all berdua aje. Atau dia tak tahu korang berdua ni saling mengenali,” tanya Anna seperti mengesyaki sesuatu.

“Aku nak kau rahsiakan apa yang kau nampak hari ini. Aku tak nak Andy salah sangka,” beritahu Syed dengan tegas.

Rahsiakan? Mesti ada sesuatu yang ingin disembunyikan? Tebak Anna dalam hati penuh rasa curiga. Anna memandang Sindora yang menunduk dan tiba-tiba dia berasa jelik. Hatinya bertambah sakit.

“Oklah. I have to go. See you Sindora,” ujar Anna yang tiba-tiba ternampak Nora yang sedang mencari-cari dirinya. Biarlah kali ini mereka berdua terlepas dari aku. Anna tersenyum sendiri sambil memikirkan rancangan jahatnya.

Syed menarik nafas. Lega! Memang itu yang diharapkan agar Anna cepat-cepat meninggalkan tempat itu.

“Awak dah tahu semua ni kan?” soal Sindora seraya menghadiahi Syed dengan satu jelingan tajam. Dia tidak nampak reaksi terperanjat Syed apabila melihat Anna yang mengenali dirinya.

“Ya saya tahu, tapi itu semua tak penting,” ujar Syed tanpa mengulas lanjut.

“Tak penting kata awak? Macamana kalau Anna syak yang kita ni memang ada hubungan dan beritahu Andy?” jerkah Sindora. Wajahnya tampak begitu risau sekali.

“Biarlah. Awak ingat Andy akan percaya dengan kata-kata Anna?”

“Kenapa pulak?” soal Sindora dengan hairan.

“Anna masih tergila-gilakan Andy. Kalau dia tak tahu pasal kita pun dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan Andy.”

Sindora terkedu mendengar kata-kata Syed. Anna masih sukakan Andy? Kenapa dengan tiba-tiba dia berasa kurang enak mendengar berita itu.

******************************

Sindora membuka perlahan-lahan pintu rumah. Sudah pukul 8 malam. Andy sudah balik, getus hati kecilnya. Dia ternampak kereta Andy yang di parkir di bawah apartment.

“Sindora!” tegur Andy yang tiba-tiba terjengul dari pintu dapur. Sindora lalu melangkah ke dapur. Dia hairan melihat Andy yang sedang masak. Bau harum masakan menerjah masuk ke hidung Sindora.

“Mari makan dengan saya,” pelawa Andy. Sindora melihat makanan yang penuh di atas meja. Ada spagetti, ada sate. Sedapnya! Tapi aku dah kenyang, gerutu Sindora dalam hati.

“Kenapa tercegat lagi tu?” tegur Andy yang melihat Sindora masih lagi berdiri. Andy menuangkan kuah spagetti yang panas itu ke dalam mangkuk.

Sindora menghampiri kerusi lalu duduk. Dia terkebil-kebil melihat Andy yang sibuk mengatur makanan di atas meja dengan apron yang melekat di tubuh. Apa kena dengan dia ni? Tak pernah-pernah masak, desis hati kecil Sindora. Dia sendiri pun jarang ke dapur, bukannya tak pandai masak cuma malas. Andy nampaknya tidak kisah samada dia masak atau tidak.

“Pandai awak masak ehh?”

“Saya buat spagetti aje. Sate ni saya beli kat kedai,” balas Andy. Dia menghulurkan sudu dan garpu kepada Sindora.

“Oh ya ke? Saya ingat sate ni awak buat jugak,” ujar Sindora dengan selamba.

“Awak pandai masak?” tanya Andy dengan tiba-tiba. Sindora mengangguk.

“Masak apa?”

“Masak air.”

Andy tersenyum. Dia tahu Sindora sedang mengusiknya.

“Saya tahu awak pandai masak,” ujar Andy.

“Minggu lepas awak ada buat nasi lemak dengan sambal sotong kan?”

Sindora berkerut kehairanan. Tiba-tiba dia teringat. Selalunya kalau rasa lapar dia akan masak maggie tapi entah kenapa pada hari itu, dia ternampak sotong di dalam peti ais. Andy memang rajin membeli barang-barang dapur, dia pulak dengan selamba mengambilnya tanpa izin Andy.

“Sorilah, saya ambil sotong awak tu. Nanti saya ganti balik,” ucap Sindora.

“ Tak payahlah, saya pun makan jugak. Boleh tahan,” balas Andy.

“Ohh…patutlah bila saya nak makan lagi dah tinggal sikit, saya ingatkan tikus yang makan.”

Andy yang sedang mengunyah spagetti tiba-tiba tersedak. Sindora berlari ke peti ais, jug yang berisi air dituang ke dalam gelas dan diberikan kepada Andy. Dengan spontan dia menepuk-nepuk belakang Andy yang sedang terbatuk-batuk. Andy tergamam melihat tingkah Sindora. Dia memandang Sindora yang kelihatan bersahaja.

“Sindora…” tegur Andy.

“Hmm…”

“Kenapa tak makan?” Andy hairan melihat Sindora yang hanya memandang sahaja tanpa menyentuh makanan yang berada di depannya.

“Saya sebenarnya baru lepas makan. Saya tak tahu awak masak hari ini,” beritahu Sindora lalu duduk semula.

“Saya beli sate ni kat kedai Pak Mat semata-mata untuk awak,” ujar Andy.

“Ya ke? Tapi kenapa?” soal Sindora dengan hairan. Andy menghentikan suapan.

“Today is my birthday and I want to celebrate with you,” tutur Andy lagi.

“Oh my God!” Sindora terkejut lalu menutup mulut dengan tangan. Dia tidak sangka lelaki itu sanggup berbuat begitu untuk meraikan hari jadinya sendiri.

“Saya masak makanan kegemaran saya dan beli makanan kegemaran awak, I thought you love it but seems like…”Andy tidak meneruskan kata-kata, dia mengeluh hampa.

“Saya minta maaf Andy. Saya tak beli kek atau hadiah untuk awak. Saya betul-betul tak tahu,” ujar Sindora. Ada kekesalan yang bertamu di ruang hatinya.

“Is there anything I can do? I’ll do it for you,” ucap Sindora dengan bersungguh-sungguh.

“Really?” Andy tersenyum penuh makna.

Sindora menelan air liur. Alamak, kenapa mulut aku gatal cakap macam tu. Kalau dia minta yang bukan-bukan, naya aku!

“I want you…” kata-kata Andy terhenti. Sindora berdebar-debar. Dia masih menunggu jawapan Andy. Renungan Andy menakutkan dirinya.

“You have to finish all this food,” ucap Andy lalu menyambung semula suapannya.

Ahh…ingatkan apa tadi. Sindora menarik nafas lega. Dengan terpaksa dia makan juga untuk menjaga hati Andy.

“Biar saya yang buat,” ujar Sindora ketika melihat Andy yang sudah selesai makan mencapai sabun untuk mencuci pinggan. Sindora lalu menuju ke sinki lalu mengambil pinggan yang berada di tangan Andy.

Seperti ada aliran elektrik ketika dia tersentuh tangan Andy yang bersabun dan berbuih itu. Andy juga seperti tergamam. Mereka terpaku seketika dan berpandangan sesama sendiri. Tanpa sedar tangan Andy meramas lembut jemari Sindora.

Sindora tersentak lalu menolak tangan Andy. Pinggan terlepas lalu jatuh ke lantai dan pecah berderai. Sindora hendak mengambil pinggan yang berselerakan tetapi telah ditegah oleh Andy.

“Biar saya yang ambil, nanti tangan awak luka,” ujar Andy. Tersentuh hati Sindora dengan tingkah Andy.

“Saya minta maaf, pinggan awak pecah,” ucap Sindora dengan rasa bersalah.

“It’s ok,” balas Andy. Dia menyapu serpihan pinggan kaca itu lalu membuangnya ke tong sampah.

Takpe. Biar saya yang cuci,” ujar Sindora dengan pantas mengambil pinggan yang ingin diambil oleh Andy lalu menuju ke sinki dan mencucinya.

Sindora mengerling dengan ekor mata apabila melihat kelibat Andy di belakangnya. Dia yang ingin tahu kenapa lantas menoleh.

Cupp!!! Satu ciuman singgah di pipi kanan Sindora. Dia terpaku seketika dengan tindakan spontan Andy.

“Apa yang awak buat ni?” tanya Sindora dengan nada marah. Wajahnya bertukar merah seperti tomato yang masak ranum.

“Saya geram, tak tahan tengok pipi awak yang macam baby,” ujar Andy sambil tersenyum nakal.

“Tolong jangan buat lagi, saya tak suka,” bentak Sindora.

“Huh!” dengus Sindora sambil berlalu dari situ tapi tangannya segera ditangkap oleh Andy.

“Saya minta maaf. Anggap sahaja ciuman ini sebagai hadiah sempena hari jadi saya,” ujar Andy cuba memujuk. Sindora yang masih terkejut itu hanya diam. Ini membuatkan Andy rasa bersalah. Tangan Sindora dilepaskan.

“Sindora…” panggil Andy sambil menatap lembut ke wajah gadis itu namun tiada respons.

“Sindora, can we live like other couple?” rayu Andy dengan lembut.

“What do you mean?” soal Sindora yang masih sebal dengan perbuatan Andy.

Andy mencantumkan jari telunjuk kanan dan jari telunjuk kirinya sambil mengangguk. Sindora dapat mengagak apa yang ingin di sampaikan oleh Andy melalui isyarat tangannya itu. Dada Sindora berdegup kencang.

“Bolehkan?” pinta Andy sambil memberi renungan menggoda. Perasaannya semakin tambah mendalam terhadap gadis itu.

“Tak boleh,” ucap Sindora sambil memalingkan muka ke arah lain. Dia takut tertewas dengan pandangan dari Andy.

“Kenapa?”

“Awak tak ingat ke? Saya cintakan orang lain. Mana mungkin saya menduakan dia,” ujar Sindora lagi untuk menyedarkan Andy.

Wajah Andy ketara berubah. Ada riak cemburu di situ.

“I hope you’ll open your heart for me,” ujar Andy dengan wajah hampa. Dengan perlahan dia berlalu dari situ dengan langkah yang longlai.

Sindora terpana. Apa maksud Andy? Teringat dia dengan kata-kata Syed tadi. Ngeri rasa jika apa yang dikatakan oleh Syed benar-benar terjadi. Sindora menyentuh pipinya, masih terasa hangat ciuman Andy. Ahh… tak mungkin. Hatinya sekali lagi menidakkan.